backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Patutlah Susah Nak Kurus, Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi, Betul Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2020

    Patutlah Susah Nak Kurus, Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi, Betul Ke?

    Mengikut kepercayaan orang lama, kerak usus boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan tubuh badan kita. Malah, ada yang percaya bahawa ia adalah punca sebenar perut boroi!

    Disebabkan itu, telah lahir pelbagai produk cuci usus yang boleh ditemui di pasaran kini.

    Persoalannya, apa itu kerak usus? Adakah ia wujud? Adakah benar ia akan mendatangkan mudarat pada kita?

    Tenang, Hello Doktor ada jawapannya.

    Kerak usus, wujud atau tidak?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu mengenai perkara penting ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang belum tahu, sangat ramai yang mempercayai kewujudan kerak usus. Ia dipercayai sebagai 1 jenis kotoran atau lapisan yang berada di dalam usus akibat tidak menjaga pemakanan dengan betul.

    Dikatakan, makanan yang kita ambil boleh terhenti dan tersimpan di dalam usus sehingga melekat padanya dan menyerupai kerak.

    Inilah yang orang lama katakan sebagai kerak usus.

    Hakikatnya, para pembaca perlu tahu bahawa pergerakan usus akan sentiasa berlaku dan dinding usus itu sendiri boleh menghasilkan enzim atau bendalir bagi mengelakkan najis melekat pada dinding usus.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, kerak usus sebenarnya tidak wujud!

    Oleh itu, tidak perlulah lagi kalian membazirkan wang dengan membeli pelbagai produk mencuci usus yang sudah terang lagi bersuluh adalah scam semata-mata.

    Jadi, kerak usus bukan punca sebenar perut boroi?

    Lemak dan Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenainya - penjagaan perut

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu kerak usus dan kewujudannya.

    Kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah kerak usus adalah punca sebenar perut boroi? Jawapannya adalah tidak sama sekali.

    Ini juga merupakan satu scam sejak zaman berzaman lagi. Ini kerana kerak usus itu sendiri tidak wujud.

    Jadi, bagaimana sesuatu yang tidak wujud itu boleh mengakibatkan sesuatu hal berlaku? Bagi yang mempercayainya sebelum ini, sila ubah persepsi anda segera.

    Jika ini hanyalah 1 penipuan semata-mata, maka apa punca sebenar perut boroi?

    #1. Diet tidak seimbang

    Pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan lemak trans adalah musuh utama bagi individu yang inginkan tubuh badan langsing.

    Selain itu, makanan rendah protein dan tinggi karbohidrat juga adalah punca perut boroi. Ini kerana ia akan membuat kalian lambat kenyang lalu akan makan lebih banyak.

    Jadi, sila amalkan diet seimbang mengikut saranan suku-suku-separuh okay!

    #2. Kurang buat senaman

    Mengapa kerak usus yang perlu dipersalahkan sekiranya anda kurang buat senaman? Ini adalah punca utama mengapa perut anda boroi.

    Ini kerana seseorang yang makan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar oleh tubuh badan, maka pertambahan berat badan akan berlaku.

    Oleh itu, jangan malas dan bersenamlah untuk perut yang sihat!

    perut buncit

    #3. Stres

    Dalam tubuh badan kita ada 1 hormon yang dikenali sebagai cortisol. Ia akan dirembeskan oleh tubuh badan kita setiap kali berasa tertekan untuk membantu mengawalnya. Namun, ia ada kesan sampingan.

    Kebanyakan individu cenderung untuk makan ketika stres. Cortisol yang dirembeskan ini pula akan mengakibatkan kalori tersimpan di dalam perut. Kesannya, anda akan lebih mudah gemuk.

    Untuk kurangkan risiko perut boroi, kawal tekanan anda.

    #4. Genetik

    Kadangkala, ada perkara yang kita tidak boleh ubah seperti genetik. Sekiranya anda lahir dalam keturunan yang berbadan chubby, maka anda berisiko tinggi untuk mengikuti jejak langkah mereka.

    Pun begitu, ia bukanlah 1 kemestian. Anda masih boleh mengubahnya dengan menjalani hidup yang lebih sihat!

    Selain itu, terdapat beberapa lagi sebab perut boroi yang lain antaranya waktu tidur tidak tetap, menghisap rokok dan meminum alkohol – kesemuanya merupakan gaya hidup yang tidak sihat.

    Pun begitu, tiada satupun yang mengatakan bahawa perut boroi adalah disebabkan oleh kerak usus. Jadi, jangan mudah percaya akan sesuatu mitos sebelum mengkajinya terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan