Cirit-birit dan muntah merupakan antara gejala dan simptom yang paling biasa berlaku kepada mereka yang mengalami keracunan makanan. Namun, apakah penyebab sebenar keracunan makanan? Adakah boleh makanan penyebab keracunan?
Penyebab keracunan
Anda boleh mengalami keracunan makanan apabila makanan yang anda makan itu tercemar disebabkan oleh cara penyediaan yang tidak betul dan makan menggunakan tangan yang kotor. Memakan makanan yang sudah tamat tempoh juga boleh menjadi punca.
Tetapi adakah anda tahu, sebenarnya terdapat makanan tertentu yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan. Jom semak apakah jenis makanan penyebab keracunan tersebut.
- Telur mentah
Telur mentah sering terdedah kepada pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya atau sekurangnya-kurangnya matang. Ibu yang mengandung harus mengelakkan daripada memakan telur separuh masak, okay?
- Sayuran
Sayuran hijau seperti buncis, salad, sawi, bayam atau sayur-sayuran lain merupakan sajian yang baik dan menyihatkan. Tetapi tanpa anda sedari sayuran seperti ini juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan.
Ini kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah. Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang. Jadi berhati-hati, ya?
- Tuna
Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan apabila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan anda berasa sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.
Kaedah penyimpanan ikan tuna yang tidak betul atau disimpan pada tempat yang melebihi suhu 60 ℃ akan menyebabkan racun keluar daripada ikan. Bahaya!
- Daging merah
Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.coli. Cara terbaik untuk mencegah keracunan disebabkan oleh daging adalah dengan memastikan ia dimasak dengan sempurna.
- Tiram
Makanan laut dari jenis kerang-kerangan boleh menjadi punca keracunan makanan. Tiram merupakan antara makanan yang boleh menjadi punca keracunan disebabkan pencemaran virus dan bakteria berbahaya dari air yang tersimpan di dalamnya.
Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan. Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.
- Kentang
Biasanya kita akan membeli kentang dalam jumlah yang banyak, bukan? Tetapi selepas ini, mungkin anda ingin membelinya dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ini kerana kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada pencemaran silang dari Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh berlaku jika kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.
Kesimpulan
Anda mungkin menganggap bahawa keracunan makanan adalah satu isu kecil. Tetapi hakikatnya mengalami masalah ini boleh mengganggu perjalanan tugasan harian anda.
Jadi sebaiknya, pastikan anda mengutamakan soal kebersihan sama ada dalam aspek penyimpanan dan penyediaan makanan serta kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum makan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- Bahaya Salad Romaine Dicemari E.coli
- Model Ramalan Wabak Salmonella Dibangunkan
[embed-health-tool-bmr]