Teh hijau bukan sahaja membantu menghilangkan rasa mengantuk tetapi dalam masa yang sama ia dipercayai menjadikan anda lebih bijak. Ini kerana bahan aktif utama yang terkandung dalam teh hijau ialah kafein – sejenis bahan yang membantu merangsang kecerdasan otak. Walaupun kandungannya tidak sebanyak di dalam kopi, tetapi ia cukup untuk menghasilkan tindak balas tanpa mewujudkan rasa gelisah yang dikaitkan dengan pengambilan kafein yang berlebihan. Teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine yang dapat melepasi halangan dalam saluran darah di otak.
-
Menjadi jantung lebih sihat
Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 2006, menyatakan mengamalkan pengambilan teh hijau membantu mengurangkan kadar kematian yang dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk penyakit kardiovaskular. Kandungan catechin – kompaun polifenol – dikatakan berperanan sebagai agen perlindungan, terutama pada sistem kardiovaskular. Teh hijau kaya kandungan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung dengan memperlambatkan proses pecahan kolesterol LDL atau kolesterol tidak sihat, mencegah gumpalan darah, dan memperbaiki fungsi saluran darah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen