Menangis Bantu Atasi Kesedihan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Kematian seseorang yang kita cintai dan sayangi adalah satu pengalaman paling beremosi yang kita semua akan rasai. Jadi, ia bukan sesuatu yang pelik apabila kematian itu diiringi dengan tangisan air mata kerana sebenarnya menangis bantu atasi kesedihan.

Menangis adalah satu tindak balas semula jadi terhadap kehilangan dan kesedihan. Tidak semua individu akan mengalirkan air mata apabila berdepan kesedihan, dan seandainya ada tanggisan, tangisan mereka itu mungkin lebih sedikit daripada apa yang dijangka individu di sekeliling mereka.

Walaupun tangisan adalah bahagian penting dalam tahap-tahap kesedihan bagi kebanyakan individu, kekurangan air mata bukanlah satu petanda masalah. Kerana setiap individu adalah berbeza. Terdapat individu yang cenderung untuk menangisi apa juga situasi yang melibatkan emosi dan sistem saraf bertindak balas terhadap tekanan, khususnya kesedihan.

Air mata sebagai ubat

Beberapa manfaat air mata mungkin mempunyai kaitan biologi. Apabila kita mengalami gangguan emosi yang teruk seperti kehilangan individu yang kita sayang, tubuh kita akan menghasilkan sejumlah bahan biokimia kuat yang dapat memberikan penyembuhan.

Bahan biokimia tersebut adalah sama seperti heroin dan morfin, dan air mata adalah salah satu cara bahan biokimia ini diedarkan ke dalam tubuh. Air mata membawa bahan biokimia ini ke permukaan bola mata kita, di mana ia akan diserap dan berfungsi untuk melegakan kesakitan emosi. Ini secara tidak langsung, menjadi penjelasan paling baik, mengapa sesetengah individu akan berasa lebih baik selepas mengalirkan air mata.

Apa yang akan berlaku jika anda menahan tangisan?

Jika terdapat individu yang tidak dapat mengeluarkan air mata walaupun mereka amat berkeinginan untuk menangis, ini bermakna mereka telah menolak ubatan paling mujarab yang dapat meredakan tekanan. Kajian juga membuktikan bahawa menangis mungkin cara untuk menyingkirkan bahan yang dapat mengganggu emosi dan tahap kesejahteraan diri.

Terus menangis

Masih terus menangis dan bersedih mungkin akan mendatangkan kebimbangan pada individu di sekeliling, termasuk juga kepada individu yang menangis itu sendiri. Walau bagaimanapun, jangan dianggap ia sebagai petanda bahawa individu tersebut akan terus mengalami kejatuhan dan bersedih.

Perasaan berduka dan bersedih merupakan satu petanda bahawa anda akan kembali bangun, dan sedang melalui fasa yang paling sukar. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya. Air mata adalah tanda kasih sayang dan semangat yang baik.

Oleh itu, jika anda sedang memberi sokongan kepada individu yang sedang bersedih dan berduka, adalah amat penting untuk memberikan persekitaran yang selamat agar mereka dapat menjadi diri mereka sendiri. Jangan menilai seorang individu berdasarkan jumlah air mata, kerana ia adalah berbeza bagi setiap individu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

    Ada yang mempersoalkan, bercakap dengan diri sendiri dianggap sesuatu yang tidak normal. Malah ada yang menganggap ia sebagai satu keadaan halusinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/11/2019 . 2 minit bacaan

    Umur Panjang Jika Selalu Senyum? Apa Kaitannya?

    Tahukah anda bahawa mereka yang selalu senyum mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai kelanjutan usia?Teruskan membaca di Hello Doktor Malaysia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/11/2019 . 2 minit bacaan

    Aduh…Kenapa Baby Menangis Aje Ni? Pening Kepala Mama

    Bila bayi menangis mesti timbul rasa susah hati, bukan? Arghhh...mama is confused. Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya. Lanjut Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Menangis, Kunci Kehidupan Tanpa Tekanan

    Kajian Crying and Health: Popular and Scientific Conceptions menjelaskan bahawa menangis adalah cara yang universal dan unik untuk mengekpresikan emosi. Bermula daripada awal kehidupan (tangisan pertama) hingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    buang air besar

    Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    PELIK TAPI BENAR, Ini 4 Sebab Kenapa Pasangan Menangis Selepas Hubungan Seks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 16/02/2020 . 4 minit bacaan
    insan-tersayang-bunuh-diri

    Insan Tersayang Bunuh Diri, Bagaimana Menempuhi Hari Mendatang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/11/2019 . 3 minit bacaan