7 Langkah Untuk Mengurangkan Prehipertensi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Adakah anda menguji tekanan darah anda dengan kerap? Dan anda melihat indeksnya lebih tinggi daripada normal tetapi lebih rendah daripada tahap yang dimiliki oleh pesakit tekanan darah tinggi. Anda mungkin mengalami prehipertensi. Kedua-dua prehipertensi dan hipertensi adalah penyakit yang serius kepada serangan jantung dan juga strok. Dengan kehidupan yang sibuk dan tekanan, tekanan darah tinggi akan berlaku dengan kerap setiap hari. Untuk mengurangkan penyakit ini, ikuti langkah-langkah seperti yang disarankan berikut:

Ambil makanan yang sihat

Kita tidak boleh meneruskan kehidupan tanpa makanan. Tetapi jika anda tidak memilih makanan yang betul dan sihat, kesihatan anda dan hati anda boleh terjejas dengan teruk. Oleh itu, disyorkan untuk merancang menu yang lebih berkhasiat tanpa garam dan lebih banyak potasium. Ini kerana potasium dapat membantu menurunkan tekanan darah, yang mana dapat membantu mencegah prehipertensi. Anda juga disarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Anda juga harus menggunakan lebih banyak ayam, ikan daripada penggunaan daging yang mengandungi lebih banyak lemak.

Kurangkan garam dalam diet anda

Menurut The Dietary Guidelines for Americans, seorang individu dewasa hanya dapat menggunakan kurang dari 2300 miligram garam sehari. Tetapi bagi individu yang berusia lebih dari 51 tahun, had yang dibenarkan ialah sebanyak 1500 miligram sehari sahaja. Untuk mengurangkan garam dalam makanan anda, terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan:

  • Baca dengan jelas berkenaan kandungan garam pada label setiap produk untuk membandingkannya dengan jenama lain dan pilih produk dengan kandungan garam yang paling rendah.
  • Hadkan makanan segera dan makan di luar.
  • Elakkan makanan yang diproses seperti daging didalam tin, ham, makanan sejuk beku dan mi segera.
  • Kurangkan garam secara mendadak dalam masakan harian.

Lakukan lebih banyak senaman

Aktiviti fizikal adalah cara yang berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja ia dapat mengelakkan stres, tetapi juga menghilangkan risiko masalah lain seperti kardiovaskular, otot, tulang, peredaran darah. Anda perlu tahu bahawa adalah perlu bagi individu dewasa yang sihat untuk mengambil masa selama 15 minit aktiviti aerobik secara aktif atau 30 minit aerobik secara sederhana dalam sehari. Jika anda terlalu sibuk, anda boleh berjoging atau berlari setiap pagi.

Mengawal berat badan

Aktiviti fizikal di atas juga membantu anda menurunkan berat badan. Jika anda berlebihan berat badan, kehilangan berat badan walaupun hanya 2 atau 3 kilogram boleh menurunkan tekanan darah anda. Mengekalkan berat badan yang bersesuaian dapat membantu anda mencegah tekanan darah tinggi dan masalah lain yang berkaitan dengan jantung.

Hadkan pengambilan alkohol dan merokok

Alkohol dan rokok memainkan peranan yang besar dalam menyebabkan hipertensi jika anda menyalahgunakannya. Secara purata, wanita dari semua peringkat umur dibolehkan untuk minum satu hidangan alkohol setiap hari, dan untuk lelaki yang berusia kurang daripada 65 tahun, disarankan hanya dua hidangan alkohol dalam sehari. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengambil wine berbanding liquor kerana wine tidak mengandungi kepekatan alkohol yang tinggi berbanding liquor.

Kurangkan tekanan

Pada masa kini, ramai orang menghadapi tekanan yan disebabkan oleh tekanan kerja, penyakit, keluarga, hubungan, dan sebagainya. Tekanan akan menyumbang secara besar-besaran terhadap kewujudan hipertensi. Untuk mengelakkan tekanan, anda hanya perlu menukar beberapa gaya hidup anda seperti senaman yang teratur, cukup tidur, berlatih bernafas secara lebih dalam dan jauhkan diri daripada sebarang kemarahan. Kurangkan tekanan sebanyak yang anda boleh.

Uji tekanan darah anda dengan kerap

Anda tidak perlu datang ke hospital untuk mengambil ujian untuk mengetahui tahap tekanan darah anda, anda boleh membeli alat pemantau yang boleh digunakan di rumah. Anda dinasihatkan untuk membuat ujian tekanan darah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam. Sebelum anda membuat ujian, anda tidak boleh merokok, minum kopi, menggunakan titisan mata atau mana-mana aktiviti fizikal yang berat bagi mendapatkan hasil yang tepat.

Secara keseluruhannya, prehipertensi tidak akan menjadi hipertensi jika anda tahu cara untuk mengubah tabiat yang kurang sesuai dengan mengikuti langkah-langkah asas di atas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut