Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan

Barang perhiasan dengan kaum perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi jika ia bergaya, berguna dan viral, memang penuh satu troli akan diborong.

Antara yang selalu menjadi perhatian adalah peralatan meja makan seperti pinggan, mangkuk, dulang atau cawan. Mungkin tidak salah untuk mengumpulnya, namun perlu lebih berwaspada.

Baru-baru ini, telah tular satu trend di media sosial di mana pinggan viral bercorak menjadi bualan dan rebutan. Tidak dinafikan, ia memang cantik namun ada bahaya di sebaliknya.

Ingin tahu apakah bahaya pinggan viral yang cantik ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Pinggan viral mungkin cantik tapi bahaya!

Peralatan meja makan seperti pinggan, mangkuk, dulang atau cawan yang bercorak memang nampak cantik lebih-lebih lagi jika ia dihias dengan warna-warni seakan pelangi.

Namun di sebalik keanggunannya, tersembunyi beberapa mudarat. Ketahuilah ia mungkin tidak begitu selamat untuk kegunaan harian kalian.

Dalangnya adalah bahan utama pembuatan peralatan ini yang dikenali sebagai plumbum.

Plumbum adalah dalangnya?

Buat anda yang belum tahu, plumbum sudah lama digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan peralatan meja makan terutamanya yang berasaskan seramik.

Ia digunakan sebagai sentuhan dekorasi ekoran sifatnya yang sangat menyerlah. Bahan inilah juga yang terdapat dalam pinggan viral yang sedang menjadi topik hangat kini.

Pun begitu, masih ramai yang belum sedar kerana kurang prihatin dengannya. Jadi, kalian perlu teliti semula minat dan hobi ini dengan mengenali peralatan meja makan yang wujud unsur plumbum.

Antara ciri-ciri peralatan meja makan yang mempunyai plumbum termasuklah:

  • Bercorak dan mempunyai warna-warni yang sangat menarik
  • Diperbuat secara tradisional dengan tanah liat
  • Diperbuat oleh pengilang yang tidak diketahui asal-usul
  • Mempunyai permukaan tidak rata dengan corak yang tampak timbul
  • Mempunyai pelbagai variasi rupa dan bentuk yang unik

Sebaiknya, sila beli produk yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu okay!

Mengapa plumbum berbahaya terhadap kesihatan?

Plumbum adalah sebatian toksik yang boleh memberi kesan negatif terhadap semua individu yang mungkin menggunakannya tanpa sedar.

Apa yang lebih membimbangkan adalah ia lebih berbahaya terhadap golongan yang lebih mudah terdedah seperti kanak-kanak, ibu hamil serta bayi dalam kandungan.

Jika ada yang berfikiran bahawa ia cuma sekadar alas untuk meletakkan makanan atau minuman dan tidak mendatangkan bahaya, fikirkan semula.

Ini kerana plumbum yang terdapat pada pinggan viral atau peralatan meja makan yang lain boleh meresap ke masakan yang dihidangkan di atasnya.

Kesannya, anda berkemungkinan menghidapi keracunan plumbum yang akan menjejaskan sistem organ jika ia masuk ke dalam tubuh badan dengan amaun yang terlalu banyak.

Jadi, apa yang kalian boleh lakukan?

Seperti yang kita sudah tahu, plumbum akan menjejaskan fungsi dan sistem organ tubuh badan kita jika ia masuk dengan amaun yang terlalu banyak.

Dalam usaha mengelakkan ini terjadi, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin terus menggunakan peralatan meja makan ini.

Buat para penggemar dan pengumpul pinggan viral, sila ambil perhatian terhadap 7 perkata penting ini:

#1. Elak dari meletakkan masakan yang masih panas di atasnya

#2. Elak dari meletakkan masakan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah di atasnya

#3. Elak basuh ia dengan sabun pencuci pinggan yang kuat

#4. Elak sental ia dengan berus dawai kerana corak boleh tertanggal lalu meningkatkan risiko kebocoran plumbum

#5. Elak panaskan atau masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro

#6. Elak simpan masakan terlalu lama di atasnya

#7. Elak dari menghidangkan masakan yang beralaskan peralatan ini kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan ibu hamil

Gunakan alternatif selain pinggan viral!

Hakikatnya, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Daripada kalian mengambil risiko dengan terus gunakan pinggan viral ini, apa kata kalian gunakan alternatif yang lebih selamat?

Jika anda masih tertanya-tanya, cara untuk mengelak risiko keracunan plumbum ini adalah dengan tidak langsung menggunakan peralatan meja makan yang mungkin mempunyai plumbum.

Antara alternatif yang paling selamat adalah dengan gunakan pinggan, mangkuk, dulang atau cawan yang berwarna putih tanpa corak serta yang diperbuat dari bahan lain seperti kaca atau plastik.

Jika masih khuatir dengan corak yang terdapat pada permukaannya, kalian boleh gunakan peralatan meja makan yang mempunyai corak di bawah atau luar yang tidak akan menyentuh masakan.

Kredit gambar: vitdaily.com

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

Anda mungkin pernah mendengar mengenai khasiat kombucha atau teh cendawan Mekah ini. Tetapi adakah anda tahu, teh kombucha juga mempunyai mudaratnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/04/2020 . 3 minit bacaan

7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/03/2020 . 5 minit bacaan

JANGAN Ambil 7 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

Jika anda ingin menghindari diabetes, elak makanan yang mengandungi jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Berikut merupakan antara makanan tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/03/2020 . 3 minit bacaan

Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ia Mungkin Punca Berat Badan Naik!

Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/02/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

buffet

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
pokok lidah jin

ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan