Ingin Buat Pemeriksaan Pelvik Tapi Tidak Tahu Prosedur? Ini Kami Tolong Terangkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda pernah pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan pelvik? Jika tidak, sila ubah pendirian anda sekarang juga!

Jika tidak tahu prosedurnya, jangan risau sebab kami akan bantu anda untuk menerangkannya. Jom ikuti artikel.

Apa itu pemeriksaan pelvik?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

Pemeriksaan pelvik adalah untuk mendiagnosis sebarang simptom penyakit dalam organ tertentu di dalam badan wanita, seperti:

  • Vulva (organ kelamin luar)
  • Uterus (rahim)
  • Serviks (bahagian pangkal atau bawah rahim bersambung dengan faraj)
  • Tiub fallopian (tiub yang membawa telur ke rahim)
  • Ovari (organ yang menghasilkan telur)
  • Pundi kencing (kantung air kencing)
  • Rektum (bahagian yang menghubungkan usus ke dubur)

pemeriksaan pelvik

Pemeriksaan ini dilakukan untuk:

  • Mengesan jangkitan pada faraj, seperti jangkitan bakteria vaginosis.
  • Mengesan penyakit jangkitan seksual (STI), seperti aschlamydia, herpes, gonorrhea, trichomoniasis, atau human papillomavirus (HPV).
  • Mengesan punca pendarahan tidak normal pada rahim.
  • Menilai keabnormalan pada organ pelvis, seperti fibroid rahim, sista (cysts) ovari, atau penurunan rahim.
  • Menilai keabnormalan atau sakit pada pelvik.
  • Sebelum menetapkan kaedah kawalan kelahiran (kontrasepsi).
  • Pengumpulan bukti untuk kes serangan seksual yang disyaki.

Sebelum pemeriksaan dilakukan:

  • Cuba untuk tetapkan jadual pemeriksaan ketika anda tidak mengalami haid untuk mengelakkan darah haid mengganggu keputusan ujian Pap Smear.
  • Elakkan douching, jangan memakai tampon, ubat faraj, atau sebarang serbuk atau semburan pada faraj sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.
  • Hindari hubungan seks untuk 24 jam sebelum pemeriksaan sekiranya menghadapi masalah penyingkiran bahan yang tidak normal dari faraj.
  • Maklumkan kepada doktor sekiranya anda mungkin mengandung, mengalami sebarang simptom reproduktif atau saluran kencing, pemeriksaan diri faraj yang biasa, sebarang kaedah kawalan kelahiran, hari pertama selepas haid dan berapa tempoh haid anda berlangsung, sebarang pembedahan atau prosedur lain.

pemeriksaan pelvik

Pemeriksaan pelvik mungkin mendatangkan sedikit ketidakselesaan, tetapi anda sepatutnya tidak akan merasa sakit semasa pemeriksaan dilakukan.

Semasa pemeriksaan pelvik yang biasa, doktor atau jururawat akan:

  • Meminta anda menanggalkan pakaian
  • Berbincang dengan anda jika terdapat sebarang masalah kesihatan
  • Meminta anda berbaring dan bertenang
  • Menekan bahagian bawah perut untuk merasakan organ-organ dari luar
  • Membantu anda mendapatkan kedudukan yang betul untuk pemeriksaan spekulum
  • Meminta anda membengkokkan lutut dan meletakkan kaki di tempat dipanggil stirrups
  • Melakukan pemeriksaan spekulum
  • Menjalankan ujian Pap Smear
  • Keluarkan spekulum
  • Melakukan ujian bimanual
  • Ada masanya, ujian rektum akan dilakukan
  • Berbincang dengan anda mengenai hasil pemeriksaan

Sekarang sudah tahu prosedurnya? Maka wanita sudah boleh ke hospital untuk buat pemeriksaan pelvik!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Hubungan Suami Isteri Jika Wanita Alami Kecederaan Saraf Tunjang? Ini Caranya!

Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks wanita? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Belum Berkahwin & Masih Dara, Bolehkah Lakukan Ujian Pap Smear?

Ujian pap smear adalah ujian yang dijalankan bagi memastikan kesihatan rahim dan serviks, namun adakah anak dara juga boleh melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Ghairah Isteri Menurun Selepas Sekian Tahun Berkahwin? Ini Puncanya Wahai Cik Abang!

Selepas berkahwin bertahun lamanya, ramai isteri yang dipercayai kurang ghairah terhadap suami. Kenapa? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tiub fallopio

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
ovulasi wanita

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvis

Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
tekanan seksual

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan