backup og meta

Pernah Dengar Pembedahan Pintasan Perut? Inilah 'Rahsia' Orang Kurus Dalam Sebulan!

Pernah Dengar Pembedahan Pintasan Perut? Inilah 'Rahsia' Orang Kurus Dalam Sebulan!

Pembedahan bariatrik atau pembedahan pintasan perut merupakan satu prosedur yang dijalankan pada sistem pencernaan seseorang untuk membantu mereka menurunkan berat badan.

Pembedahan ini amat sesuai dilakukan oleh mereka yang tidak boleh menurunkan berat badan walaupun telah mencuba pelbagai bentuk diet dan senaman.

Selain itu, pesakit yang mempunyai penyakit serius disebabkan masalah berat badan juga boleh mencuba pembedahan bariatrik, lebih-lebih lagi jika ia mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan pembedahan bariatrik terutamanya apabila dilakukan sekali dengan amalan pemakanan yang sihat dan perubahan gaya hidup selepas pembedahan.

Walaupun pembedahan bariatrik boleh memberikan banyak manfaat, namun semua bentuk pembedahan untuk menurunkan berat badan adalah prosedur yang boleh mendatangkan pelbagai risiko dan kesan sampingan serius.

Malah, semua bentuk perubahan dari segi gaya hidup adalah berbentuk kekal dan perlu dilakukan dengan konsisten untuk memastikan pesakit dapat menikmati faedah berpanjangan daripada pembedahan bariatrik yang mereka lakukan.

Siapakah yang layak melakukan pembedahan bariatrik?

pembedahan pintasan perut

Pembedahan bariatrik bukan pembedahan yang dilakukan untuk tujuan kosmetik atau kurus.

Sebaliknya, ia merupakan pembedahan yang dapat membantu pesakit yang mempunyai penyakit kronik untuk menurunkan berat badan masing-masing.

Dalam masa yang sama, penurunan berat badan tersebut boleh mengurangkan risiko pesakit untuk mengalami penyakit seperti:

  1. Penyakit jantung dan strok. 
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Penyakit hati berlemak bukan alkohol (Non-Alcoholic Fatty Liver Disease). 
  4. Steatohepatitis bukan alkohol (nonalcoholic steatohepatitis). 
  5. Apnea tidur.
  6. Diabetes jenis 2. 

Secara amnya, anda layak untuk melakukan pembedahan bariatrik jika anda:

  1. Mempunyai indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih tinggi (sangat obes).
  2. BMI anda di antara 35 ke 39.9 dan mempunyai penyakit berkaitan berat badan yang serius seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi atau apnea tidur yang kronik.

Walau bagaimanapun, bukan semua individu yang obes boleh melakukan pembedahan bariatrik. Pesakit masih perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk melayakkan mereka menjalani pembedahan ini.

Oleh sebab itu, pesakit mungkin perlu melalui beberapa proses saringan sebelum pembedahan bariatrik.

Bukan itu sahaja, pesakit juga perlu sanggup melakukan perubahan gaya hidup yang konsisten untuk hidup yang lebih sihat selepas pembedahan.

Pembedahan ikat perut – Adakah ia berkesan?

pembedahan pintasan perut

Menurut kajian, kebanyakan individu yang melakukan pembedahan menurunkan berat badan akan mengalami pengurangan berat badan sebanyak 15 hingga 30% daripada berat asal.

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada jenis pembedahan yang mereka alami.

Tetapi, perlu diingat bahawa tidak ada cara atau pembedahan yang 100% berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya dalam satu jangka masa panjang.

Ada juga individu yang telah melakukan pembedahan, namun tidak mengalami penurunan berat badan seperti yang diharapkan.

Malah, ada juga yang kembali kepada berat asal kerana tidak mampu untuk terus disiplin dalam melakukan senaman dan terus berdiet selepas pembedahan.

Pembedahan pintasan perut bukanlah solusi untuk masalah berat badan.

Namun, ia boleh membantu pesakit untuk mempunyai berat badan yang lebih sihat dengan mengurangkan kalori dalam pemakanan dan menjadi lebih aktif.

Risiko pembedahan pintasan perut

pembedahan pintasan perut

Seperti semua pembedahan, pembedahan bariatrik juga mempunyai risikonya yang tersendiri.

Pesakit bukan sahaja perlu komited dalam melakukan senaman dan diet sepanjang hayat, mereka juga mungkin akan mempunyai lebihan kulit yang memerlukan pembedahan lanjut untuk dibuang.

Mereka yang mengalami pembedahan pintasan perut berisiko untuk mengalami pendarahan dalaman, trombosis urat dalam, jangkitan, dan salur darah paru-paru tersumbat (pulmonary embolism).

Malah, pesakit juga mungkin tidak mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi daripada diet setiap hari. Oleh sebab itu, pesakit mungkin perlu mengambil suplemen sepanjang hayat.

Pada hari ini, pembedahan bariatrik dilakukan secara laparoskopi. Dengan cara ini, pesakit boleh sembuh daripada pembedahan dalam masa yang lebih singkat.

Pembedahan pintasan perut merupakan satu prosedur yang boleh mengubah hidup seseorang. Malah, dari segi psikologi, ia juga dapat mengembalikan keyakinan diri seseorang dan membantu mereka hidup dengan lebih sihat.

Walau bagaimanapun, jika anda nampak iklan ubat kurus di laman sosial, jangan cepat percaya!

Mungkin sebenarnya individu yang memberikan testimoni tersebut telah melakukan pembedahan bariatrik untuk kurus.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. ASMBS. n.d. Bariatric Surgery Procedures. Accessed February 22, 2021. https://asmbs.org/patients/bariatric-surgery-procedures.
  2. Mayo Clinic. 2020. Bariatric surgery. January 22. Accessed February 22, 2021. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/bariatric-surgery/about/pac-20394258.
  3. News-Medical.Net. 2019. What is Bariatric Surgery? February 26. Accessed February 22, 2021. https://www.news-medical.net/health/What-is-Bariatric-Surgery.aspx.
  4. NHS. 2020. Weight loss surgery. April 14. Accessed February 22, 2021. https://www.nhs.uk/conditions/weight-loss-surgery/.
  5. NIH. 2020. Definition and Facts of Weight-loss Surgery. September. Accessed February 22, 2021. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/bariatric-surgery/definition-facts.

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Mahu Makan Apa? Ini Dia Contoh Menu Diet 7 Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan