Penyakit Chagas: Jangkitan Parasit Bawaan Pepijat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit Chagas ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh parasit bernama Trypanosoma cruzi (T. cruzi), paling kerap berlaku di Mexico, Amerika Selatan, dan Amerika Tengah. Penyakit ini tersebar melalui serangga atau pepijat triatomine. Ia digelar sebagai “serangga cium” kerana kerap menggigit bahagian muka individu semasa tidur di waktu malam.

Pepijat triatome atau “serangga cium” yang membawa parasit T. cruzi

Memandangkan penyakit Chagas adalah endemik di benua Amerika (khususnya negara Amerika Latin), ia juga dikenali sebagai American trypanosomiasis (istilah trypanoomiasis diambil dari nama parasit yang menjadi punca penyakit ini). Di Afrika, parasit dari kumpulan yang sama menyebabkan African trypanosomiasis. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit Chagas menjejaskan 8 juta individu di seluruh dunia.

Simptom penyakit Chagas mungkin tidak disedari

Seseorang yang dijangkiti parasit T. cruzi boleh mengalami fasa akut dan mungkin berkembang kepada fasa kronik. Simptom adalah berbeza mengikut individu, ada yang mengalami simptom ringan dan ada juga yang lebih parah. Selain itu, ramai juga individu tidak mengalami sebarang simptom.

Fasa akut

Fasa ini berlangsung selama beberapa minggu atau bulan, kebiasaannya tanpa sebarang simptom. Jika berlaku simptom, kebiasaannya tidak parah dan tidak spesifik termasuk:

  • Bengkak di bahagian gigitan serangga.
  • Demam, ruam, badan letih dan sakit.
  • Kelopak mata bengkak.
  • Sakit kepala.
  • Hilang selera makan.
  • Mual, cirit-birit atau muntah.
  • Nod limfa bengkak.
  • Limpa dan hati bengkak.

Fasa kronik

Jika fasa akut tidak dirawat, ia berisiko membawa kepada fasa kronik yang mungkin berlaku 10 hingga 20 tahun selepas jangkitan. Terdapat risiko komplikasi yang serius jika tidak dirawat iaitu:

  • Jantung – degupan jantung tidak sekata, kegagalan jantung kongestif, serangan jantung.
  • Usus – saiz esofagus (kerongkong) dan usus besar bertambah sehingga sukar untuk menelan makanan dan membuang air besar.

Rawatan melibatkan ubat parasit dan kawalan simptom

Ubat parasit hanya efektif jika diberikan semasa fasa akut. Dalam fasa kronik, rawatan difokuskan terhadap mengawal simptom dan komplikasi.

Pencegahan boleh dilakukan melalui penggunaan ubat serangga untuk mengelakkan gigitan pepijat tersebut, terutamanya jika anda merancang untuk pergi ke negara-negara Amerika Latin, walaupun kes dalam kalangan pelancong jarang berlaku.

Selain melalui gigitan “serangga cium”, penyakit Chagas juga dilaporkan tersebar melalui makanan yang dicemari najis triatomine mengandungi T. cruzi, dari ibu mengandung ke bayi dalam kandungan, dan pemindahan darah (parasit tersebut berkembang biak dalam darah) atau organ.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    3 Penyakit Berjangkit Utama di Malaysia

    Penyakit dan beban kesihatan utama di dunia pada hari ini sudah beralih dari penyakit berjangkit kepada penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 21/12/2018 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Ingin Menjadikan Kesihatan Sesuatu yang Berjangkit?

    Kita sedia maklum bahawa demam denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), tuberkulosis, HIV, demam campak, dan influenza boleh berjangkit dari seorang individu ke individu yang lain. Namun, bukan penyakit sahaja ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/12/2018 . 2 minit bacaan

    Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik. Jom Belajar!

    Anda masih keliru dengan maksud epidemiologi yang berkaitan dengan penularan penyakit? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan-virus-west-nile

    Jangkitan Virus West Nile

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Ini Rupanya 4 Sebab Kenapa Tak Digalakkan Makan Babi, No #3 Paling Seram!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    air bukit

    Pernah Nampak Orang Kumpul Air Daripada Tepi Bukit? Boleh Minum Terus Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan