backup og meta

Wanita Pun Ada Yang Beronani, Ini 5 Kebaikannya Pada Wanita Yang Anda Tak PERNAH Sedar!

Wanita Pun Ada Yang Beronani, Ini 5 Kebaikannya Pada Wanita Yang Anda Tak PERNAH Sedar!

Seperti lelaki, ada juga wanita melancap atau onani. Kajian terbaru dalam Journal of Sex Research melaporkan kebanyakkan wanita mendakwa mereka melancap sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Artikel ini akan berkongsi perkara yang menakjubkan tentang pelancapan dalam kalangan wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Melancap mempunyai kesan baik pada kesihatan wanita 

Apabila wanita melancap, aliran darah dalam badan mereka meningkat dan bertambah lancar sehingga membawa kepada rembesan hormon endorfin, bahan kimia yang memberikan kita perasaan gembira, seronok dan puas.

Bahan kimia ini mempunyai banyak kebaikannya kepada kesihatan wanita seperti menurunkan paras hormon stres dan melegakan sakit kejang akibat haid.

Sesetengah wanita beranggapan bahawa onani atau melancap, adalah sejenis ubat tahan sakit semula jadi.

Sesetengah simptom PMS seperti mudah marah, keteriritasian dan sakit kepala boleh dikawal dengan onani atau melancap.

Tambahan lagi, kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti pelancapan membantu dalam rawatan restless leg syndrome, keadaan neurologi di mana kaki seorang itu mengalami sawan/kejang ketika tidur.

wanita melancap

Melancap menambahbaik kehidupan seks wanita 

Melancap membantu memberi wanita rasa keselesaan seksual dan juga keyakinan; ini khususnya untuk wanita yang berseorangan dan tiada pasangan.

Mereka lebih memahami badan mereka sendiri. Mereka juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengenalpasti rangsangan seksual yang yang terbaik untuk badan mereka, mendorong kepada pengalaman seks yang lebih memuaskan.

Untuk mereka yang sukar untuk mencapai klimaks, onani adalah pilihan yang baik. Ianya adalah sesi peribadi di mana seorang wanita mampu mencuba pelbagai jenis sentuhan dan tekanan tangan tanpa rasa malu atau stres.

Ini membantu mereka untuk mengenalpasti apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai klimaks.

Melancap membantu masalah berkaitan seks selepas menopaus

Ketika menopaus, badan seorang wanita menjalani pelbagai perubahan.

Paras estrogen yang lebih rendah menyebabkan lebih sedikit darah yang mengalir ke bahagian faraj, mengakibatkan kesan negatif ke atas pelinciran kawasan faraj dan akhirnya membawa kepada kekeringan.

Ini menyebabkan seks pasca-menopaus menyakitkan dan menurunkan kehendak atau nafsu wanita.

Dalam kes ini, pelancapan yang disertai oleh penggunaan pelincir berasaskan air membantu melancarkan aliran darah sekaligus membantu meningkatkan kehendak seksual wanita.

Tambahan lagi, onani membantu untuk mengekalkan pembukaan faraj daripada mengecil, yang boleh menyebabkan seks menjadi lebih sakit pasca-menopaus.

Air liur bukan pelincir terbaik 

Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Michigan, wanita melancap menggunakan air liur sebagai pelincir lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yis.

Walaupun benar air liur adalah pelembap badan semula jadi nombor dua, ia juga berupaya untuk mengubah keseimbangan pH pada kawasan faraj, menyumbang kepada terjadinya jangkitan.

Untuk keselamatan dan juga sensasi anda, gunakan pelincir berasaskan air.

wanita melancap

Alat mainan seks mampu membantu mencapai kepuasan 

Menurut kajian oleh Robert Morris University, hampir separuh daripada wanita melancap, menggunakan alat mainan seks seperti yang paling lazimnya, dildo dan vibrator.

Alat-alat mainan ini mungkin membantu untuk wanita yang mempunyai masalah untuk mencapai klimaks.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Female condom. https://www.cdc.gov/condomeffectiveness/Female-condom-use.html. Accessed 5 July 2022.
  2. Female condom. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19350442/Accessed 5 July 2022.
  3. Masturbation. https://www.catholiceducation.org/en/marriage-and-family/sexuality/masturbation.html. Accessed 5 July 2022.
  4. Masturbation. https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbation. Accessed 5 July 2022.
  5. Masturbation. https://youngwomenshealth.org/2013/07/24/masturbation/Accessed 5 July 2022.

Versi Terbaru

15/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Gemar Melancap Untuk Kepuasan Diri Sendiri? Ini 5 Fakta Setiap Lelaki Mesti Tahu!

Wanita Boleh Terpancut Saat Berasmara? Ini Rahsia Di Sebalik Ejakulasi Isteri


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 15/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan