Bagaimana mendiagnosis?
- Pemeriksaan pelvik: Pemeriksaan fizikal biasa untuk mendiagnosis mioma serviks. Semasa pemeriksaan pelvik, doktorselalunya akan mengesan dan melihat mioma anda, terutamanya jika ia membonjol. Jika tidak, doktor tidak akan memeriksa moima secara langsung, sebaliknya, mereka mungkin memeriksa saiz dan bentuk rahim dan serviks.
- Ultrasonography transvaginal: Kaedah lain untuk membantu mendiagnosis mioma serviks adalah ultrasonografi transvaginal. Doktor akan memasukkan peranti ultrasound melalui faraj ke dalam rahim anda. Peranti ini direka untuk menghantar imej kawasan yang tidak sihat kepada doktor untuk memeriksa penyumbatan aliran urin dan mioma tambahan.
Bersama ultrasonografi transvaginal, anda perlu melakukan ujian darah untuk pemeriksaan anemia dan ujian sitologi serviks untuk kanser serviks.
Bagaimana untuk merawat?
- Jika mioma kecil dan anda tidak mengalami sebarang simptom, doktor akan memberikan anda rawatan.
- Jika mioma prolaps, doktor akan masukkan peralatan dalam faraj dan mengeluarkan mioma.
- Sekiranya mioma menimbulkan simptom yang serius, mereka dibuang melalui pembedahan jika mungkin. Selepas pembedahan, anda masih boleh hamil.
- Jika mioma besar, doktor perlu mengeluarkan keseluruha rahim.
Penyakit ini boleh menyebabkan akibat yang bermasalah jika tidak didiagnosis dan dirawat segera. Anda mungkin kehilangan peluang untuk menjadi ibu selama-lamanya. Oleh itu, anda perlu prihatin dengan keadaan tubuh dan jika terdapat simptom ini, anda perlu berbincang dengan doktor anda secepat mungkin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen