backup og meta

Mulakan Hari Anda Dengan Segar dan Bersemangat!

Mulakan Hari Anda Dengan Segar dan Bersemangat!

Seluruh hari anda bergantung kepada permulaannya, iaitu seawal anda membuka mata selepas tidur. Mendapatkan permulaan yang segar merupakan satu cabaran buat ramai orang. Bagaimana ingin mulakan hari dengan baik? Jom ikuti tip berikut.

1. Terus bangun dari katil

Sebaik sahaja anda membuka mata, jangan berlengah lagi atau berfikir untuk tidur beberapa minit lagi. Tambahan 5 minit tidur itu boleh bertukar menjadi sejam. Terus bangun dan tinggalkan katil. Tanpa anda sedar, rasa mengantuk akan hilang.

2. Kemas katil selepas bangun

Katil yang tersusun dan dikemas rapi akan memberi isyarat kepada otak anda bahawa ia bukan masa untuk tidur. Jika semuanya masih bersepah, kecenderungan untuk tidur akan bertambah. Tambahan pula, aktiviti mengemas katil itu sendiri akan membuat diri lebih aktif dan menghilangkan rasa mengantuk.

3. Rancang hari anda

Memikirkan apa yang ingin dilakukan di waktu pagi sahaja boleh mengundang rasa mengantuk. Sebelum tidur, pastikan sudah ada perancangan untuk keesokan hari. Jadi, selepas sahaja bangun anda sudah jelas apa yang ingin dilakukan.

4. Tidur dan bangun pada waktu yang sama

Jadual tidur yang teratur sangat penting bagi memastikan jam badan anda stabil. Hormon seperti melatonin, tiroid, dan kortisol ialah antara yang mengawal kitaran tidur dan bangun anda. Jika waktu tidur sering berubah, kadar hormon ini menjadi tidak stabil dan badan tidak akan mendapatkan rehat yang cukup. Tidur lebih jam di hujung minggu tidak akan membantu membayar hutang tidur anda sepanjang minggu.

5. Lakukan senaman di pagi hari

Walaupun senaman mengeluarkan peluh dan membuatkan badan letih, ia sebenarnya menambah tenaga dengan meningkatkan kadar metabolisme serta membuatkan badan aktif. Mengantuk? Keluarkan sedikit peluh!

6. Bayangkan itu ialah hari terakhir anda

Seseorang akan lebih menghargai seseuatu setelah kehilangannya. Cuba bayangkan jika hari ini ialah hari terakhir anda hidup, sudah tentu anda akan lebih bersemangat untuk melakukan banyak perkara. Hakikatnya, kita memang tidak tahu bila ajal akan tiba. Mungkin hari ini? Tiada siapa yang pasti.

Jom jadikan hidup ini lebih produktif. Mulakan hari anda dengan segar dan bersemangat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan