Sememangnya diketahui umum bahawa aktiviti fizikal adalah bagus untuk tubuh badan. Ia juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kesihatan mental.
Senaman yang dilakukan secara berkala boleh memberi kesan positif kepada kebimbangan dan depresi. Ia juga melegakan tekanan, menguatkan ingatan, membantu anda untuk tidur dengan lebih baik dan merangsang mod anda.
Tidak kira berapa umur dan tahap kecergasan anda, anda sentiasa boleh mempelajari cara menggunakan aktiviti fizikal sebagai alat untuk membantu merasa lebih baik.
Kelebihan aktiviti fizikal terhadap kesihatan mental
Manfaat kesihatan mental daripada senaman berkala yang perlu ditekankan ialah;
1. Mengurangkan stres
Melegakan stres merupakan salah satu manfaat bersenam pada mental yang paling popular.
Mengeluarkan peluh dapat membantu untuk mengawal tekanan mental dan fizikal.
Selain itu, aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan paras norepineferin, sejenis bahan kimia dalam otak yang dapat membuatkan kita lebih fokus dan bertenaga. Ia juga dapat menstabilkan mood seseorang.
2. Merangsang hormon gembira
Senaman merangsang perembesan endorfin iaitu bahan kimia atau hormon yang menghasilkan rasa gembira dan euforia.
Kajian menunjukkan bahawa senaman juga boleh menyingkirkan simptom-simptom kemurungan, yang merupakan salah satu punca kepada terjadinya kesihatan mental.
3. Meningkatkan keyakinan diri
Tanpa mengira jantina, umur, saiz dan berat , aktiviti fizikal boleh meningkatkan persepsi seseorang pada tarikan dirinya sendiri, itulah yang dipanggil harga-diri
4. Mengelakkan kemerosotan kognitif
Bersenam, terutamanya bagi yang berumur antara 25-45 tahun, merangsang bahan kimia di dalam otak yang menyekat kemerosotan hipokampus iaitu bahagian penting di dalam otak yang bertanggungjawab bagi fungsi kognitif, memori dan pembelajaran.
Aktiviti fizikal berkala menguatkan ingatan dan kemampuan untuk mempelajari perkara baru. Ia juga meningkatkan penghasilan sel di dalam hipokampus. Kajian juga menunjukkan bahawa berlari dapat membantu menghafal kosa kata dengan lebih baik.
5. Mengawal ketagihan
Sebahagian individu mengalami ketagihan dopamine iaitu bahan kimia yang dilepaskan oleh otak sebagai respon kepada apa sahaja bentuk kenikmatan.
Ia menyebabkan mereka menjadi ketagih kepada bahan-bahan yang menghasilkannya seperti dadah dan alkohol. Senaman dapat membantu untuk memulihkan ketagihan.
6. Meningkatkan ketenangan
Bagi sesetengah individu, senaman yang sederhana seolah-olah seperti mengambil pil tidur, sama juga bagi mereka yang ada insomnia.
Bersenam sebelum waktu tidur membuatkan suhu badan menaik. Apabila suhu kembali normal beberapa jam kemudian, ia memberi isyarat pada badan untuk tidur.
7. Dapat menyelesaikan lebih banyak perkara
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melakukan aktiviti fizikal secara berkala lebih produktif dan bertenaga berbanding individu yang tidak bersenam.
8. Merangsang kreativiti
Senaman kardio boleh merangsang kreativiti sehingga dua jam kemudian. Sekiranya anda memerlukan cetusan pemikiran kreatif, lakukan senaman seperti berjalan jauh atau belari untuk menyegarkan badan dan minda anda.
Jom bersenam hari ini
Adakah anda pernah terfikir sejauh mana anda perlu menjadi aktif untuk mendapatkan rangsangan kesihatan mental? Sebenarnya ia tidaklah sebanyak yang anda fikirkan .
Senaman yang sederhana selama 30 minit sebanyak lima kali seminggu adalah disyorkan. Sekiranya anda terlalu sibuk, dua sesi senaman (15minit setiap sesi) atau tiga sesi senaman (10minit setiap sesi) juga boleh dilakukan.