backup og meta

Masalah Kesihatan Mental di Tempat Kerja Semakin Meningkat

Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia yang diumumkan oleh AIA Vitality 2018 pada hari ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan masalah kesihatan mental di tempat kerja dengan jumlah sebanyak 50.2 peratus responden berada pada risiko untuk memiliki sekurang-kurangnya satu tekanan berkaitan kerja. 18.2 peratus pekerja-pekerja juga memiliki masalah kebimbangan mengenai kewangan manakala 20 peratus pula dibuli di tempat kerja dengan anggaran satu daripada setiap lima pekerja di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Anusha Thavarajah menyatakan bahawa masalah kesihatan mental yang sebahagian besarnya diabaikan akan menjadi penyakit kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020.

Tekanan di tempat kerja seperti waktu kerja yang panjang menyumbang kepada kekurangan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Sebanyak 54.4 peratus responden mempunyai kurang daripada tujuh jam waktu tidur setiap malam yang memberi kesan terhadap produktiviti kerja untuk hari-hari berikutnya. Menurut Naib Presiden RAND Europe, Dr. Christian van Stolk, bekerja lebih masa adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekurangan waktu tidur yang berkualiti. Tambah beliau lagi, apa sahaja yang memanjangkan waktu kerja adalah menjadi masalah kepada seseorang pekerja memandangkan setiap individu memiliki komitmen lain selain daripada tugas kerja seperti tanggungjawab kepada keluarga.

Bagi khidmat intervensi yang disediakan oleh pihak majikan bagi kesejahteraan di tempat kerja, 90 peratus daripada majikan menyediakan sekurang-kurangnya satu intervensi, 13 peratus majikan pula hanya menyedari berkenaan intervensi dan 10 peratus majikan langsung tidak menyediakan apa-apa khidmat intervensi kepada pekerja mereka.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

04/12/2019

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bukan Sombong Tetapi Hanya Berwaspada, 5 Cara Dekati Individu Yang Introvert!

Kerja 'Overtime', Adakah Ia Perlu Semata Mahu Tunjuk Budaya Kerja Cemerlang?


Fakta Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 04/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan