backup og meta

Encik Suami 'Gamers'? Sertai Pasangan Main Game Sebab Ada 5 Manfaat Kena Tahu

Encik Suami 'Gamers'? Sertai Pasangan Main Game Sebab Ada 5 Manfaat Kena Tahu

Apa aktiviti yang kerap dilakukan ketika meluangkan masa bersama kekasih hati anda? Pernah terfikir untuk melakukan aktiviti lain seperti bermain game dengan pasangan? 

Manfaat bermain game dengan pasangan

Selalunya, setiap pasangan bercinta akan meluangkan masa bersama dengan menonton wayang, berkaraoke atau sekadar berjalan-jalan bersama di taman. Tetapi tahukah anda, bermain game dengan pasangan juga boleh dijadikan 1 aktiviti bersama.

Bagi sesetengah individu, bermain game mungkin dianggap sesuatu yang menjengkelkan kerana banyak masa perlu diluangkan hanya semata untuk 1 permainan.

Tetapi hakikatnya ia boleh menjadikan hubungan anda lebih intim. Bagaimana?

5 kebaikan bermain game dengan pasangan

Walaupun bermain game mungkin dianggap sebagai hal yang tidak mendatangkan faedah, tetapi meluangkan masa bersama melakukan kegiatan ini boleh memberikan kesan kepada kecerdasan dan kesihatan mental.

Jika ia dapat memberikan kesan positif dengan bermain secara sendiri, sudah tentu aktiviti itu turut mendatangkan kebaikan jika dilakukan bersama pasangan.

Selain menjadikan mood semakin baik, bermain game dengan pasangan memberikan 5 manfaat berikut, antaranya:

  1. Menjadikan hubungan lebih mesra

Apabila bermain game, anda dan pasangan akan mempunyai matlamat sama untuk menang. Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi jika minat anda berdua adalah sama – gaming – ia akan membuatkan anda berkomunikasi dengan pasangan lebih kerap.

Bahkan, anda dan pasangan juga mungkin akan sering bertukar idea dan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Ia adalah cara terbaik mengatasi perbezaan dalam cara berfikir. 

meluangkan masa bermain game

  1. Mengatasi tekanan bersama

Tekanan boleh wujud disebabkan pelbagai faktor dalam kehidupan seharian seperti pekerjaan dan keadaan kesihatan.

Tetapi dengan meluangkan masa bermain game bersama kekasih hati dapat membantu mencetuskan pengeluaran endorfin. 

Hormon endorfin berperanan menjadikan badan dan minda lebih tenang. Sudah tentu kehadiran hormon itu akan dapat melegakan tekanan dan sebarang kesakitan di dalam badan.

  1. Mewujudkan rasa kasih sayang 

Berkongsi ketawa dan keseronokan saat bermain bersama dapat mewujudkan rasa kasih sayang, kepercayaan, dan juga keintiman bersama.

Aktiviti ini dipercayai sebagai cara efektif untuk menjadikan hubungan tetap menyeronokkan dan bahagia.

Jika anda dan pasangan pernah mempunyai konflik sebelum ini, emosi positif yang hadir ketika bermain game bersama itu akan membantu menyembuhkan ketegangan yang pernah dirasai. Hmmm…bukankah itu sesuatu yang bagus?

  1. Bekerja sebagai 1 pasukan

Ketika bermain game, anda dan pasangan boleh bekerjasama sebagai 1 pasukan, hal sedemikian sudah tentu dapat merapatkan lagi hubungan anda berdua, bukan?

Peluang seperti itu pastinya memerlukan anda berdua untuk berkomunikasi secara langsung, menetapkan strategi dan memikirkan jalan penyelesaian bersama-sama.

Anda berdua akan saling membina kefahaman bersama dan menyokong antara satu sama lain.

Bermain game membuatkan anda memahami kelebihan dan kelemahan pasangan yang tidak kelihatan dalam interaksi biasa. 

  1. Wujudkan kenangan

Ketika bermain game apa yang anda harapkan? Sudah tentulah jawapannya keseronokan.

Ini bermakna aktiviti ini adalah 1 perkara yang dapat membantu menghilangkan tekanan. Dalam masa yang sama mewujudkan momen gembira serta bermakna yang akan diingati oleh anda berdua.  

Bermain game boleh membuatkan anda dan pasangan ketawa, menangis mahupun takut jika memainkan game berunsur seram. Kenangan seperti itulah akan membuatkan hubungan bertambah kuat dan semakin intim.

bermain-game-dengan-pasangan-ada-5-kebaikan

Terpulang kepada pasangan

Selain daripada bermain game dengan pasangan, sebenarnya terdapat pelbagai lagi aktiviti lain yang boleh memberikan banyak manfaat dan kebaikan daripada sudut emosi dan kualiti hubungan yang terjalin. 

Ini kerana apabila melakukan apa jua aktiviti bersama, ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi interaksi antara anda berdua. 

Jika anda berdua tidak pernah bermain game bersama, mungkin ia sesuatu yang boleh anda dan pasangan cuba lakukan.

Pastinya ia akan memberikan 1 pengalaman baru dan menarik sebagai kunci untuk menjadikan hubungan kalian semakin kukuh.

Tetapi jika pasangan anda tidak menggemarinya, usah memaksa. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda cuba lakukan bersama, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://hellosehat.com/hidup-sehat/seks-asmara/bermain-game-dengan-pasangan/ /accessd on 6 March, 2020

 

Granic, I., Lobel, A. and Engels, R. (2014). The benefits of playing video games. American Psychologist, 69(1), pp.66-78.

 

https://www.yourtango.com/2016297485/five-benefits-playing-video-games-together-as-couple   Diakses pada 16 September 2019.

 

https://www.psychologytoday.com/intl/blog/freedom-learn/201502/cognitive-benefits-playing-video-games / Diakses pada 16 September 2019.

https://www.gamedesigning.org/why-video-games-are-good /Diakses pada 16 September 2019.

https://www.helpguide.org/articles/mental-health/benefits-of-play-for-adults.htm /  Diakses pada 16 September 2019.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324454.php / Diakses pada 16 September 2019.

Versi Terbaru

11/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan