backup og meta

Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

Bercakap soal seks, mungkin apa yang digambarkan adalah sesuatu yang indah-indah belaka. Namun begitu, bagi mereka yang memiliki gangguan bipolar, mereka mungkin akan berhadapan dengan beberapa isu atau masalah ketika melakukan hubungan seks. Anda ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan bipolar? Ikuti penerangannya di bawah ini. 

Gangguan emosi dan aktiviti seksual

Secara umumnya, gangguan bipolar adalah satu gangguan mood atau emosi. Individu yang memiliki gangguan bipolar ini akan mengalami satu tahap euphoria atau keterujaan dan kemurungan yang tinggi atau melampau. Emosi mereka akan bertukar menjadi sangat ekstrem dalam satu-satu masa. 

Adakah ia boleh menjejaskan hubungan seks saya? Ya, jika anda adalah seorang yang mempunyai gangguan bipolar atau emosi ini, ia boleh menjejaskan seksualiti dan aktiviti seks anda. Aktiviti seksual anda mungkin akan meningkat (hypersexuality) dan berisiko ketika anda sedang mengalami satu episod mania. Walau bagaimanapun, ketika anda berada dalam episod kemurungan atau tertekan, anda mungkin akan kehilangan minat untuk melakukan seks.

Seksualiti dan episod mania

Apabila anda sedang berada dalam episod mania, keinginan anda untuk melakukan seks akan membawa anda kepada perlakuan seks yang tidak biasa dilakukan oleh anda sebelum ini. Antara contoh hypersexuality semasa anda mengalami episod mania ialah:

  • Aktiviti seksual yang meningkat dengan tinggi tanpa mempunyai kepuasan
  • Melakukan seks dengan pasangan yang ramai termasuklah yang tidak dikenali
  • Onani melampau
  • Hubungan seksual yang berterusan
  • Perlakuan seks yang berisiko dan tidak sepatutnya
  • Keasyikan terhadap imaginasi seksual;
  • Penggunaan pornografi yang tinggi

Disebabkan oleh ketidakmampuan seseorang individu untuk mengawal kehendak seksnya yang melampau, ada sesetengah pasangan yang terpaksa berpisah dan ia boleh meruntuhkan ikatan perkahwinan yang telah dibina.

Seksualiti dan episod kemurungan

Anda juga mungkin akan mengalami satu episod lain yang bertentangan dengan episod mania tadi. Apabila anda sedang mengalami episod kemurungan, anda akan kehilangan minat untuk melakukan seks yang juga dipanggil sebagai hyposexuality. Hyposexuality berpotensi menyebabkan masalah dalam perhubungan disebabkan pasangan anda tidak begitu memahami isu berkaitan kehendak seks anda. Disebabkan anda mempunyai keinginan seks yang mempunyai turun naiknya secara melampau, pasangan anda mungkin berasa keliru, tertekan dan ditolak. 

Bagi golongan kanak-kanak atau remaja yang mempunyai gangguan bipolar pula, mereka mungkin akan menunjukkan beberapa kelakuan seksual yang tidak sepatutnya terhadap orang dewasa. Ini termasuklah dengan cara godaan, sentuhan seksual dan penggunaan bahasa-bahasa lucah dengan tujuan menggoda. 

Bagi golongan dewasa pula, anda meluahkan gangguan atau keadaan yang anda alami kepada pasangan anda ketika emosi anda berada dalam keadaan stabil. Ini bertujuan bagi menjaga hubungan yang sihat antara pasangan dan mencapai kepuasan seks seperti yang diingini. Berjumpalah dengan doktor atau ahli psikologi bagi mendapatkan rawatan bagi mengurangkan gangguan bipolar yang anda alami. 

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthline.com/health/bipolar-disorder/sexual-health

Versi Terbaru

25/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kemelut Kanye Dan Kim K, Tanda Orang Bipolar Tak Boleh Kahwin? Ini Pendapat Ahli Psikologi

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan