backup og meta

Bagaimana Ingin Mengatasi Perasaan Gemuruh?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 22/10/2018

    Bagaimana Ingin Mengatasi Perasaan Gemuruh?

    Setiap orang pasti pernah mengalami perasaan gemuruh sama ada semasa temu duga, hari pertama bekerja, berjumpa orang ternama atau memberikan ucapan awam. Mari kita lihat apakah tip yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa gemuruh.

    1. Gemuruh ialah perasaan normal

    Jangan bimbang, semua orang mengalami perasaan yang sama dalam keadaan tertentu. Jika anda lihat orang yang memberikan ucapan awam dengan sangat hebat dan berkeyakinan, mereka sebenarnya juga mengalami perasaan gemuruh walaupun setelah berkali-kali melakukan hal yang sama. Anda tidak keseorangan!

    2. Sediakan diri anda dengan ilmu pengetahuan

    Rasa bimbang dan gemuruh datang apabila terdapat ketidakpastian tentang apa yang akan berlaku. Jika anda bakal menghadiri temu duga contohnya, cuba dapatkan soalan-soalan biasa yang akan ditanya oleh penemu duga terbabit. Ia akan memberikan anda lebih keyakinan dan persediaan.

    3. Buat persediaan dan latihan

    Jangan lakukan sesuatu tanpa persediaan dan latihan meskipun anda mungkin telah melaluinya banyak kali. Dalam pengucapan awam misalnya, siapkan skrip dan cuba berlatih bercakap di hadapan cermin atau rakan anda. Sekurang-kurangnya, anda akan dapat lihat di mana kekurangan yang perlu diperbaiki sebelum acara sebenar.

    4. Kenal pasti apakah yang membuatkan anda gemuruh

    Kemudian, tuliskan perkara tersebut di atas kertas. Ada perkara yang anda boleh ubah dan ada pula sebaliknya. Berikan fokus terhadap perkara yang anda boleh kawal dan abaikan hal yang di luar kawalan anda. Contohnya dalam ujian lisan, anda tahu bahawa akan bakal diperiksa oleh pemeriksa yang garang dan cerewet. Jangan terlalu memikirkan dengan sifat pemeriksa tersebut tetapi cuba cari jalan yang boleh memikat hari beliau.

    5. Datang awal

    Jika boleh, jadilah orang pertama yang sampai di tempat tersebut. Ia akan memberikan masa untuk anda bertenang dan mengenal tempat. Selain itu, anda dapat mengelakkan orang ramai daripada memandang anda jika tiba lewat dan menambah perasaan gemuruh tersebut.

    6. Dapatkan sokongan

    Minta nasihat dan kata-kata sokongan daripada ahli keluarga, pasangan, atau rakan anda. Sokongan mereka akan membuatkan anda lebih tenang dan yakin.

    Akhir sekali, serahkan segalanya kepada Tuhan dan laluinya dengan penuh yakin. Apa pun hasilnya, anda telah berusaha dan itu sudah cukup baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 22/10/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan