home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bantu Anak Remaja Anda Mengambil Snek Secara Sihat

Bantu Anak Remaja Anda Mengambil Snek Secara Sihat

Snek yang tidak sihat datang dengan kalori yang tidak diperlukan. Pengambilan snek yang rendah kandungan nutrisinya tidak akan membantu anak remaja anda membesar dengan lebih baik. Perkara yang paling penting adalah snek yang diambil oleh anak remaja anda adalah sihat dan mempunyai nutrisi yang sangat diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental mereka.

Bagaimanakah snek menjejaskan berat badan anak remaja anda?

Snek yang popular dalam kalangan remaja termasuklah kerepek kentang, biskut, gula-gula, piza, burger, kentang goreng dan ais krim. Kesemua snek yang tinggi kalori ini akan mengakibatkan pertambahan berat badan. Apa akan berlaku apabila mereka mula menyedari berat badan mereka meningkat? Mereka akan berhenti mengambil snek malahan sanggup untuk berpuasa sehingga berjam-jam lamanya.

Remaja cenderung mempunyai masalah terlebih makan pada satu waktu sajian sahaja dan kemudiannya tidak akan makan selepas itu. Ini sangat tidak bagus buat mereka kerana sajian kecil setiap 3 hingga 4 sekali adalah lebih baik berbanding apa yang dilakukan mereka. Ini dapat membantu mereka mengekalkan kandungan gula dalam badan selain membekalkan glukosa yang secukupnya untuk membendung remaja daripada mengalami masalah emosi. Selain itu, Ia juga dapat membantu remaja mengatasi masalah ‘binge eating disorder’.

Pro dan kontra mengambil snek

Cara paling berkesan untuk remaja mengekalkan berat badan yang normal adalah berhenti membendung diri sendiri daripada mengambil snek sebaliknya mengambil snek dalam kadar yang sepatutnya. Mengambil snek di antara waktu sajian dapat memastikan badan kita tidak akan berasa lesu dan lemah akibat kelaparan.

Jika remaja tersalah buat pilihan snek atau mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan, mereka akan mengalami pertambahan berat badan yang agak drastik. Anak remaja anda mungkin akan mengalami masalah terlebih makan atau kekurangan nutrisi sekiranya mereka mengambil snek mengikut kemahuan tanpa memikirkan kualitinya terlebih dahulu. Sebaiknya, anda perlu membantu mereka merancang pengambilan snek secara sihat.

Snek apakah yang paling bagus untuk anak remaja anda?

Snek yang sihat sepatutnya mempunyai karbohidrat kompleks, rendah lemak tenusu serta rendah lemak protein.

  • Karbohidrat kompleks: contohnnya seperti buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan kekacang.
  • Produk rendah lemak tenusu: contohnya seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.
  • Produk rendah lemak protein: contohnya seperti daging ayam, ayam belanda atau ikan

Snek apakah yang wajar dielakkan oleh anak remaja anda?

Anak remaja anda perlu menjauhi makanan berkabohidrat yang tinggi kandungan gula dan tepung. Hadkan pengambilan kerepek kentang, gula-gula, minuman bergula dan pastri. Makanan-makanan ini akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat selain menyebabkan kelaparan pada waktu kemudian. Selain itu, elakkan juga pengambilan bar tenaga meskipun pada labelnya tertulis ‘bar protein’ atau ‘bar sukan’. Ini hanya untuk mengaburi fakta bahawa bar tenaga ini juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Healthy Snacks for Teens. http://teens.webmd.com/features/healthy-snacks-for-teens. Accessed February 14, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x