backup og meta

"Betul Ke Punca Sindrom Down Kerana Ibu Ayah?", Ini Kami Jawabkan Untuk Ibu Bapa Yang Resah

"Betul Ke Punca Sindrom Down Kerana Ibu Ayah?", Ini Kami Jawabkan Untuk Ibu Bapa Yang Resah

Sindrom Down dianggarkan berlaku sebanyak 1 dalam setiap 950 kelahiran di Malaysia, sekitar 0.1%.

Angka ini adalah jauh lebih rendah berbanding rekod yang dilaporkan di negara-negara Eropah.

Pun begitu, angka ini tidak wajar membuat ibu bapa lega kerana masih terdapat risiko bayi dalam kandungan anda mungkin mengalami sindrom yang sangat membimbangkan ini.

Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca sindrom Down yang sebenarnya.

Apakah punca sindrom Down berlaku?

Keadaan ini adalah disebabkan kelainan yang berlaku pada bahagian kromosom, iaitu kumpulan DNA yang dipadatkan di dalam bentuk seperti benang.

Kromosom terletak di dalam nukleus setiap sel di dalam badan.

Setiap spesies mempunyai bilangan kromosom yang berbeza.

DNA pada kromosom ini menentukan karakter seseorang itu termasuk ketinggian, jenis rambut dan warna kulit serta mata.

Manusia mempunyai sebanyak 46 kromosom.

Setiap kromosom dipasangkan antara satu sama lain dan membentuk sebanyak 23 pasangan dengan angka 1 hingga 22, ditambah dengan kromosom seks X dan Y.

Contoh kariotipe (bilangan dan visual kromosom) manusia normal

Dalam kes sindrom Down, kelainan yang berlaku adalah pada kromosom nombor 21 di mana terdapat lebihan satu kromosom.

Ini menjadikan keseluruhan bilangan kromosom bagi penghidap sindrom ini adalah sebanyak 47.

Contoh kariotipe (bilangan dan visual kromosom) sindrom Down

Pertambahan ini memberikan karakter khusus bagi orang yang mengalami sindrom Down.

Ini termasuklah:

  • Leher pendek dengan lebihan kulit di bahagian belakang tengkuk
  • Hidung penyek
  • Telinga, kepala dan mulut kecil
  • Mata sepet dan condong ke atas, kebiasaannya terdapat lipatan kulit daripada kelopak mata atas yang menutup sudut dalam mata
  • Tangan pendek dan lebar serta jari yang pendek
  • Lekuk yang dalam antara ibu jari dan jari telunjuk kaki
  • Otot lemah

Di samping karakter fizikal, perkembangan kognitif dan intelektual juga sedikit berbeza dan perlahan berbanding kanak-kanak biasa.

Bergantung kepada tahap berbeza, ada yang boleh berdikari dan hidup sendiri, ada juga yang memerlukan sokongan seumur hidup.

Bagaimana kelainan kromosom ini boleh berlaku?

sindrom down

Ia berlaku apabila bilangan kromosom gagal dikurangkan semasa proses pembahagian sel berlaku.

Secara normal, sel daripada ibu (ovum) dan bapa (sperma) masing-masing membawa 23 kromosom.

Apabila bergabung, ia akan membentuk 46.

Kadangkala, terdapat lebihan pada salah satu sel, kebiasaannya daripada ovum, menyebabkan lebihan berlaku.

Antara faktor risikonya adalah:

  • Ibu mengandung lanjut usia – Semakin berumur, semakin tinggi risiko mendapat anak sindrom Down.
  • Ibu atau ayah mempunyai genetik – Ada sebilangan kecil kes di mana terdapat bahagian kecil daripada lebihan kromosom 21, bukan keseluruhannya. Ini dinamakan sebagai translokasi. Sesetengah ibu atau bapa menjadi pembawa kepada jenis ini.
  • Pernah mendapat anak sindrom Down – Ini bermakna ada risiko adik kepada abang yang menghidapi sindrom ini juga mungkin akan mengalaminya.

Walau bagaimanapun, anak sindrom Down atau yang lahir dalam keadaan istimewa tetap merupakan anugerah dari tuhan.

Oleh itu, wajarlah untuk kita menjaga serta memberi mereka kasih sayang yang secukupnya dan seadilnya buat mereka ini.

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, sila berjumpa dengan doktor pediatrik untuk berkonsultasi.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/down/conditioninfo/causes
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/down-syndrome/symptoms-causes/syc-20355977
  3. https://www.livescience.com/27248-chromosomes.html

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Kudis Api, Masalah Kulit Kanak-Kanak Yang Lebih Bahaya, Ibu Bapa Perlu Awasi Tanda Ini!

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan