backup og meta

Anak Kencing Malam: Bagaimana Cara Menanganinya

Anak Kencing Malam: Bagaimana Cara Menanganinya

Masalah kencing malam atau bedwetting boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tidak terkecuali anak anda. Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah. Namun, jika anak selalu kencing malam, apa yang perlu dilakukan?

Ketahui cara bagaimana untuk menangani masalah ini dengan mengikuti panduan di bawah.

Tips tangani anak selalu kencing malam

  1. Jika anak anda dalam lingkungan umur yang sesuai untuk bercerai lampin, mulakan cara didikan dengan tidak memberikan anak menyusu botol dua atau tiga jam sebelum waktu tidurnya. Elakkan juga memberi anak minuman berkafein atau berkarbonat pada waktu malam kerana kafein hanya akan membuatkan anak anda untuk kencing lebih kerap.
  2. Latih si kecil untuk ke bilik air sebelum masuk tidur untuk tangani masalah anak selalu kencing malam. 
  3. Pesan pada anak anda untuk bangun ke bilik air jika terasa ingin membuang air kecil. Jika anak anda takut untuk ke tandas seorang diri, pesan padanya untuk mengejutkan anda jika ingin membuang air kecil.
  4. Bagi mengelakkan anak takut ke bilik air, sentiasa nyalakan lampu di tandas bagi memudahkannya jika terjaga daripada tidur.
  5. Buat permulaan, kejutkan anak anda daripada tidur untuk pergi membuang air kecil selepas beberapa jam mereka tidur. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan rutin tersebut.
  6. Berikan pujian pada anak anda jika dia berjaya untuk tidak kencing malam. Namun, jika ada beberapa kali anak anda terkencing malam, jangan mudah menghukum atau memarahi mereka.
  7. Letakkan plastik pada tilam supaya mudah untuk anda membersihkan tilam dan menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing.
  8. Ajar anak anda tentang kebersihan dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh kencing malam.
  9. Luangkan masa bersama anak sebelum tidur. Berikan mereka pelukan dan ciuman sebelum tidur agar mereka rasa tenang.
  10. Jika masalah kencing malam anak anda kronik, cuba kaedah hipnosis yang dikatakan berkesan untuk menangani masalah kencing malam.
  11. Buat jadual tentang kencing malam anak anda. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk berusaha tidak kencing malam.

anak selalu kencing malam

Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda.

Selain itu, anda juga perlu meniupkan semangat kepada anak untuk berhenti daripada kencing malam. Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya.

Jika semua usaha ini tidak berhasil untuk tangani masalah anak selalu kencing malam, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/genitourinary-tract/Pages/Nocturnal-Enuresis-in-Teens.aspx
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bed-wetting/symptoms-causes/syc-20366685
  3. https://www.nhs.uk/conditions/bedwetting/
  4. https://health.clevelandclinic.org/how-to-help-your-child-stop-wetting-the-bed-2/
  5. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2018/02/bedwetting-5-common-reasons-why-children-wet-the-bed

Versi Terbaru

09/07/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pernah Tengok Orang Pakai Tiub Untuk Kencing? Fahami Fungsi Kateter Urin Buat Pesakit Sukar Buang Air Kecil

AWAS Jika Anda Kerap Kencing & Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan