backup og meta

Ibu, kenal Pasti 28 Tanda Jika Anak Prasekolah Hingga Menengah Alami Gangguan Pembelajaran

Ibu, kenal Pasti 28 Tanda Jika Anak Prasekolah Hingga Menengah Alami Gangguan Pembelajaran

Ada kanak-kanak yang mungkin berdepan kesulitan belajar di sekolah sama ada melibatkan kemahiran atau subjek tertentu. Namun, adakah itu petanda anak alami gangguan belajar? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanak-Kanak, sila dapatkannya di sini.

Apa itu gangguan belajar?

Gangguan pembelajaran adalah secara mudahnya melibatkan kesukaran untuk belajar. 

Contoh gangguan belajar merangkumi:

  • Disleksia – kesukaran membaca
  • Dyscalculia – kesukaran dengan matematik
  • Dysgraphia – kesukaran menulis

Apa yang disebutkan di atas adalah antara contoh gangguan berkaitan pembelajaran yang paling biasa terjadi. 

Tetapi ia bukan sekadar melibatkan kesulitan belajar membaca dan menulis semata-mata. 

Kesukaran dalam mendengar, bercakap dan membuat penilaian juga boleh dikatakan sebagai antara gangguan pembelajaran atau learning disorder.

Seperkara yang perlu ibu bapa fahami, gangguan yang dialami ini tidak sama dengan gangguan kognitif. 

Cuma hubungan otak mereka sedikit berbeza, maka anak-anak dengan kesukaran untuk belajar ini memerlukan alat pembelajaran alternatif yang bersesuaian. 

Kenal pasti simptom anak kesulitan belajar

Di bawah merupakan beberapa gejala yang boleh dikenal pasti jika anak mengalami gangguan belajar.

kesulitan belajar

Prasekolah

Anak mungkin menghadapi beberapa kesukaran di prasekolah seperti:

Sekolah rendah

Antara kesukaran yang mungkin dialami:

  • Menghubungkan huruf dan bunyi
  • Membezakan antara bunyi perkataan atau kata-kata berirama yang sama
  • Membaca, mengeja atau menulis dengan tepat
  • Membezakan antara kiri dan kanan, ‘b’ dengan ‘d’, dan lain-lain
  • Mengenal pasti huruf abjad
  • Menggunakan simbol matematik yang betul
  • Mengingati fakta atau nombor
  • Mempelajari kemahiran baharu
  • Memahami konsep masa
  • Koordinasi tangan-ke-mata, tidak dapat mengukur kelajuan atau jarak
  • Tugasan melibatkan kemahiran motor halus – memegang pensel, mengikat tali kasut, memakai butang baju dan sebagainya
  • Menyimpan barangan sendiri seperti alat tulis

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Sekolah menengah

Anak dengan kesulitan belajar mungkin menghadapi masalah untuk:

  • Mengeja perkataan sama bunyi seperti ‘sea/see’, penggunaan awalan dan akhiran
  • Membaca dengan kuat, menyiapkan tugasan, menyelesaikan tugasan matematik
  • Membuat ringkasan dan menjawab soalan dalam ujian
  • Tulisan tangan – anak mungkin menggenggam pensel dengan kuat
  • Menghafal atau mengingati fakta
  • Memahami bahasa badan dan ekspresi wajah
  • Mempamerkan reaksi emosi yang bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran 
  • Memahami konsep abstrak
  • Fokus secara konsisten – anak mungkin akan memberikan tumpuan pada sesetengah perkara atau tugasan sahaja

Umumnya, gangguan belajar agak sukar untuk dikenal pasti pada anak-anak kecil, terutamanya jika mereka masih belum memasuki alam persekolahan.

Kebanyakan anak yang mengalami kesulitan belajar hanya dapat didiagnosis apabila memasuki sekolah. 

Ini di mana mereka akan dibandingkan dengan rakan sebaya yang lain.

Seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan pembelajaran mungkin akan berasa kecewa kerana tidak dapat menguasai sesuatu subjek atau kemahiran walaupun berusaha keras.

kesulitan belajar

Akhirnya mereka mungkin akan berputus asa.

Gangguan dalam pembelajaran yang dialami juga boleh wujud dengan isu lain seperti gangguan emosi dan tingkah laku. 

Contohnya, gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD) atau kegelisahan.

Tetapi ibu bapa tidak perlu berasa takut untuk melakukan pemeriksaan doktor kerana diagnosis yang tepat dapat membantu lebih awal. 

Rawatan untuk anak dengan kesulitan belajar

Kanak-kanak dengan gangguan belajar selalunya memerlukan bantuan dan arahan tambahan yang khusus untuk mereka.

Mengalami kesulitan belajar membolehkan mereka layak mendapat tempat untuk kelas pendidikan khas di sekolah.

Biasanya sekolah akan melakukan ujian sendiri untuk menentukan sama ada anak dengan gangguan pembelajaran memerlukan bantuan semasa proses belajar atau tidak.

Penilaian dan pemeriksaan oleh pakar kesihatan juga mungkin diperlukan. 

kesulitan belajar

Apa yang boleh ibu bapa lakukan?

  • Fokus pada kelebihan. Setiap anak pasti mempunyai perkara yang boleh mereka lakukan dengan baik dan sebaliknya. Oleh itu, tumpukan pada kekuatan anak
  • Kembangkan kemahiran sosial dan emosi anak yang alami gangguan belajar. Sekali gus bantu mereka untuk berasa lebih yakin dengan diri sendiri 
  • Dapatkan sokongan yang diperlukan untuk membantu anda dalam mendidik dan membesarkan anak dengan gangguan belajar. Percayalah anda tidak keseorangan
  • Rancang masa hadapan anak. Sebaiknya bantu anak untuk membuat perancangan masa hadapan di saat mereka dewasa nanti. Dorong mereka untuk mempertimbangkan kekuatan dan minat dalam pendidikan serta kerjaya pilihan

Anak yang mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran dapat berkembang dengan maju melalui sokongan yang tepat dan bersesuaian.

Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan anak, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Learning Disorder. https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/learning-disorder.html. Accessed March 8, 2021. 
  2. Learning Disabilities. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/learning-disabilities/Pages/Learning-Disabilities-What-Parents-Need-To-Know.aspx. Accessed March 8, 2021.  
  3. Learning Disorder. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/learning-disorders/art-20046105. Accessed March 8, 2021. 
  4. Treatment. https://childmind.org/guide/specific-learning-disorder/treatment/Accessed March 8, 2021. 
  5. Learning Disability. https://www.whiteswanfoundation.org/disorders/neurodevelopmental-disorders/learning-disability. Accessed March 8, 2021.  

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Mengapa Perlu Memperkenalkan Muzik kepada Kanak-kanak Prasekolah?

Kencing Malam Dalam Kalangan Anak Prasekolah: Apa Punca & Tandanya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan