Oleh it, basuhlah tangan anda dulu atau gunakan hand sanitiser sebelum memegang bayi. Jika ibu beri kebenaran, anda boleh pegang bayi secara perlahan-lahan.
Tapi, kalau boleh elakkan terus daripada mencium atau memeluk bayi ya!
3. Periksa dulu kesihatan anda sebelum melawat bayi
Kalau anda rasa tidak sihat, jangan datang melawat bayi! Tunggu sehingga anda dan ahli keluarga sihat terlebih dahulu sebelum anda pergi melawat.
Jika anda mempunyai anak yang ramai, mungkin boleh tinggalkan mereka di rumah dan datang berdua dengan suami sahaja.
Kanak-kanak boleh sebarkan kuman kepada bayi. Kami faham anak-anak anda mungkin juga rasa teruja untuk melawat bayi, namun buat masa sekarang, tunggu dulu ya!
4. Bawa buah tangan untuk ibu bersalin
Cuba tanya ibu yang anda ingin lawati jika dia ada mengidam untuk makan sesuatu. Pasti si ibu akan berterima kasih jika anda mampu berikan makanan yang dia inginkan!
Kalau ibu tersebut tidak minta apa-apa, anda berilah buah-buahan ataupun hadiah kecil tanda ingatan.
5. Jangan komen macam-macam
Ibu yang baru melahirkan anak boleh jadi amat sensitif terhadap komen daripada orang sekeliling.
Oleh itu, cuba elakkan daripada cakap sesuatu yang boleh mengguris hati si ibu. Selain itu, anda juga tidak perlulah sibuk memberi nasihat kecuali diminta ketika melawat ibu dan bayi.
Si ibu baru sahaja melalui pengalaman bersalin yang mungkin meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Cuba tunggu dan beri masa kepada ibu. Lambat-laun, dia akan cerita juga setelah dia bersedia.
Jadilah pendengar setia kepada masalah-masalah yang mungkin ditanggung ibu tersebut.
Jika ibu terlalu tertekan, hati-hatilah, mungkin ibu menghidap postpartum depression ataupun meroyan! Meroyan bukan mitos malah ia adalah penyakit yang amat serius.
Oleh itu, jika anda pergi melawat sahabat ataupun saudara-mara anda di hospital, cuba jangan tanya macam-macam. Tetapi, dalam masa yang sama, jangan abaikan mereka!
6. Jangan lupa balik rumah pula!

Jangan melawat lama-lama ya. Ibu dan bayi perlukan rehat yang mencukupi. Oleh itu, pastikan lawatan anda tidak melebihi sejam.
Lagipun, bukan anda sahaja yang datang melawat. Ada ramai lagi sanak-saudara lain yang datang berkunjung.
7. Sabar ketika melawat bayi baru lahir
Anda tidak dibenarkan melawat? Sabar dan tunggu hingga ibu dan bapa bayi berikan anda lampu hijau ya!
Pasti mereka risaukan kesihatan anak mereka. Hormati keputusan mereka dan bersikap prihatinlah terhadap keadaan ibu.
Mungkin anda boleh melawat ketika ibu bersalin dan bayi baru lahir ketika mereka sudah berada di rumah. Pasti lebih selesa untuk ibu menerima anda sebagai tetamu.