Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda kini seperti saiz kubis bunga. Jika bayi anda membesar dengan sihat, beratnya sekitar 900 g dengan kepanjangan 36.8 cm
Daripada permulaan minggu pertama trimester ketiga, bayi anda semakin menyerupai rupanya waktu kelahiran kelak. Walaupun paru-paru, hati, dan sistem imun masih memerlukan masa untuk matang sepenuhnya, jika bayi dilahirkan sekarang, dia masih mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
Memandangkan pendengarannya sedang berkembang, bayi anda mungkin mula mengenal suara ibu bapanya. Telinga bayi masih diliputi lapisan berlilin tebal yang dapat melindungi kulit daripada merekah disebabkan air ketuban. Jadi, bunyi yang didengari bayi anda mungkin agak sayup.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Badan anda secara semula jadi akan memberikan nutrisi dan melindungi bayi anda sewaktu kehamilan. Tetapi, menjaga bayi baru lahir ialah kemahiran yang perlu dipelajari. Jadi anda patut mempertimbangkan pengambilan kelas kelahiran melalui pusat komuniti setempat atau hospital. Pada tempat tersebut anda boleh belajar topik seperti kelahiran, pilihan untuk menghilangkan kesakitan dsb. Anda juga akan mempelajari tentang masalah yang selalu dihadapi bayi yang baru lahir, penyusuan susu ibu, penyusuan dengan susu formula, dan CPR utk bayi. Anda patut mempelajari sebanyaknya tentang kelahiran dan bayi. Maklumat ini dapat membantu anda berasa lebih yakin, terutamanya jika ini kehamilan pertama anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen