Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Makanan organik atau bukan organik?
Produk organik adalah lebih baik untuk kesihatan anda dalam jangka masa panjang berbanding produk bukan organik tetapi perbezaan dalam kandungan pemakanan mereka tidak ketara. Mungkin ada sisa baki racun perosak dalam makanan bukan organik, tetapi boleh dikurangkan dengan cara membasuh, membuang kulit atau dengan memasak makanan.
Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah untuk makan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda tidak perlu menghadkan makanan anda kepada makanan organik semata.
Berdiri untuk tempoh yang lama
Jangan berdiri sepanjang hari sewaktu anda hamil. Jika anda berjalan tiada masalah untuk berdiri. Tetapi berdiri tetap untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan tekanan darah rendah, dan semasa mengandung, masalah ini boleh menjadi lebih teruk. Jika tekanan darah anda jatuh, anda mungkin merasa pening dan juga pengsan. Anda boleh mengatasi risiko-risiko ini dengan berjalan sedikit di kawasan sekitar.
Memakai tali pinggang bersalin juga boleh membantu menyokong perut dan berat badan pada akhir tiga bulan semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan.
Gambaran Janin Minggu ke-20

Jadi minggu depan, bagaimanakah pertumbuhan janin anda?
Hello Health Group tidak memberi sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen