backup og meta

Manfaat Urutan Semasa Hamil, Melancarkan Peredaran Darah Dan Melegakan Lenguh Badan

Manfaat Urutan Semasa Hamil, Melancarkan Peredaran Darah Dan Melegakan Lenguh Badan

Wanita hamil kerap mengadu sakit belakang kerana peningkatan tekanan pada spina atau tulang belakang. Teknik urutan yang lembut dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan disebabkan oleh otot-otot yang keletihan. Ia juga membantu meningkatkan peredaran, melegakan otot dan mengaktifkan hujung saraf pada kulit.

Meminta tolong daripada pasangan anda untuk mengurut leher, tangan dan kaki sebelum tidur juga adalah cara terbaik untuk mendapatkan ketenangan selain mengeratkan lagi hubungan antara pasangan.

Urutan semasa hamil 

Gunakan minyak aromatik untuk urutan

urutan kehamilan

Minyak aromatik sering digunakan sewaktu berurut kerana terkenal dengan khasiat penyembuhan. Ia juga bertujuan untuk memudahkan proses urutan dengan melicinkan permukaan tangan ke bahagian yang ingin diurut. Selain itu, aromanya memberikan ketenangan buat si ibu sepanjang sesi urutan berlangsung.

Walau bagaimanapun, adalah disarankan supaya  anda mendapatkan pandangan daripada pakar terapi aroma kerana ada haruman tertentu yang baik untuk ibu. Contohnya, minyak lavender dapat membantu melegakan insomnia dan sakit kepala, dan meningkatkan peredaran.

Teknik mengurut

Wanita hamil boleh berurut di beberapa bahagian tubuh. Gunakan minyak urutan yang baik untuk pengalaman yang menyenangkan.

Dagu dan leher

Tingkatkan peredaran darah di bawah dagu anda dengan menggunakan pergerakan cepat tangan anda.

Secara lembut, lakukan pergerakan memicit di sepanjang tulang rahang dan sekitar leher bagi meningkatkan peredaran darah di bahagian leher.

Urutan pranatal

urutan semasa hamil

Meskipun anda boleh meminta tolong pasangan untuk melakukan urutan, namun sudah pasti sesekali anda ingin merasai pengalaman urutan di spa. Jika ingin melakukannya, anda perlu mencari ahli terapi urutan yang berkelayakan dalam urutan pranatal.

Kajian menunjukkan bahawa terapi urutan yang dilakukan semasa hamil boleh mengurangkan kebimbangan, mengurangkan simptom kemurungan, melegakan kesakitan otot dan sendi, dan membantu meningkatkan tenaga untuk kelahiran.

Salah satu teknik yang digunakan dalam urutan pranatal adalah urutan Swedish.

Teknik urutan ini bertujuan untuk melegakan tekanan otot dan meningkatkan peredaran darah dan limfa melalui urutan lembut pada otot tubuh. Antara kebaikan urutan pranatal lain ialah:

  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mengawal atur mood semasa hamil
  • Mengurangkan hormon norepinephrine dan kortisol (hormon yang berkaitan dengan stres)
  • Mengurangkan edema atau pembengkakan pada sendi semasa hamil
  • Mengurangkan sakit belakang, sakit sendi dan kaki
  • Meningkatkan peredaran
  • Mengurangkan tekanan otot dan sakit kepala
  • Mengurangkan stres dan kebimbangan
  • Mendapatkan tidur yang lena

Bila saya boleh mendapatkan urutan pranatal?

Urutan pranatal boleh dilakukan pada sepanjang tempoh kehamilan, semasa trimester pertama, kedua ataupun ketiga.

Walau bagaimanapun, banyak spa atau tempat urut menolak untuk melakukan urutan kepada wanita hamil yang masih dalam trimester pertama kerana risiko keguguran adalah tinggi sebelum usia kandungan 12 minggu. 

Mendapatkan urutan semasa hamil adalah digalakkan bagi membolehkan ibu memanjakan diri dan badan.

Jika anda melakukannya di spa atau tempat urut, pastikan anda memaklumkan kepada ahli terapi urutan tentang kehamilan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Massage and Pregnancy – Prenatal Massage

https://www.medindia.net/patients/patientinfo/pregnancy-exercise-and-massages-massage.htm

https://www.webmd.com/baby/pregnancy-and-massage#1

Versi Terbaru

10/12/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga

Wah Seronoknya Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan! Ibu Jangan Culas Periksa Kandungan, Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 10/12/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan