backup og meta

Tak Salah Mengidam Tapi 5 Jenis Makanan Ini Ibu Perlu ELAKKAN!

Tak Salah Mengidam Tapi 5 Jenis Makanan Ini Ibu Perlu ELAKKAN!

Sepanjang tempoh kehamilan, adakah terdapat makanan yang tidak boleh dimakan oleh ibu? Jom ketahui dengan lebih lanjut apakah makanan yang perlu dielakkan ketika hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil

Ketika hamil, kebanyakan wanita mengalami keadaan mereka mengidam sesuatu jenis makanan. Makan makanan yang pelbagai dapat memastikan sumber nutrien yang cukup untuk perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Namun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang seharusnya dielakkan demi melindungi kesihatan bayi dalam kandungan dan anda sendiri.

Berikut merupakan 5 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika hamil menurut saintis.

1. Keju

Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil

Ibu hamil perlu mengelakkan diri daripada memakan jenis keju seperti brie, camembert, feta serta pelbagai lagi jenis keju yang mempunyai kaedah salutan yang sama.

Elakkan juga memakan keju biru seperti gorgonzola or roquefort yang diperbuat daripada kulat yang berfungsi sebagai perisa keju tersebut. Keju jenis ini mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan listeriosis.

Meskipun individu dewasa jarang dijangkiti infeksi listeria, ibu yang sedang hamil yang terkena jangkitan ini berisiko mengalami masalah kehamilan seperti keguguran atau kelahiran bayi pramatang.

Oleh itu, hanya pilih produk keju yang diperbuat daripada susu yang telah dipasteurkan demi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan anda.

2. Telur mentah, salah satu makanan yang perlu dielakkan ketika hamil

Demi mengelakkan infeksi salmonella, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada makan telur mentah atau sebarang makanan yang diperbuat daripadanya.

Makanan seperti ais krim, kek juga mungkin mengandungi telur mentah. Begitu juga dengan sos buatan seperti mayonis.

Oleh itu, hanya pilih makanan yang diproses seperti ais krim, kek atau mayonis yang diperbuat daripada telur yang telah dipasteur demi mengurangkan risiko dijangkiti infeksi salmonella.

Baca juga:

3. Makanan laut yang bercengkerang

Makanan laut bercengkerang seperti tiram dan kerang sebenarnya mempunyai kandungan kalsium tinggi yag bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Namun begitu, ibu hamil diingatkan untuk tidak makan makanan laut bercengkerang yang tidak dimasak atau separuh masak demi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada makanan laut.

Melalui masakan, bakteria yang terdapat dalam cengkerang makanan laut akan dimusnahkan namun tidak semua.

Oleh itu, jalan yang terbaik untuk mengurangkan penyakit ini adalah dengan menjadikannya sebagai salah satu makanan yang perlu dielakkan.

4. Ikan yang disalai

Ikan atau makanan laut yang disalai mengandungi amaun listeria yang sangat tinggi.

Oleh itu, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada memakan atau membeli ikan yang disalai ini. Jika anda masih ingin memakannya, pastikan anda memasak ikan yang disalai ini dengan secukupnya terlebih dahulu.

Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil

5. Daging mentah antara makanan yang perlu dielakkan ketika hamil

Ibu hamil seharusnya lebih berhati-hati apabila memakan daging yang kelihatan masih mentah.

Sebagai contoh, sosej, salami, chorizo, pepperoni atau daging cincang selalunya tidak dimasak dengan sepenuhnya. Ini menyebabkan makanan jenis ini masih mempunyai kandungan bakteria dan parasit yang tinggi.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Foods To Avoid During Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/foods-to-avoid-during-pregnancy/. Accessed December 19, 2016.

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/foods-to-avoid-when-pregnant

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-nutrition/art-20043844

https://www.marchofdimes.org/pregnancy/foods-to-avoid-or-limit-during-pregnancy.aspx

https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/nutrition-in-pregnancy/foods-avoid-pregnancy

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jenis-Jenis Vitamin & Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Ibu Hamil Yang Selalu Muntah Balik Makanan, Hati-hati! Ini Tanda Pedih Ulu Hati Makin Teruk


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan