backup og meta

Stres Nak Hamil: Cara Atasinya

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 08/12/2019

    Stres Nak Hamil: Cara Atasinya

    Adakah anda pernah mengalami stres ketika anda sedang berusaha mendapatkan bayi? Menjadi stres dan emosi tidak selesa merupakan salah satu punca yang membuatkan anda lebih sukar untuk hamil. Apa yang anda boleh lakukan bagi menghilangkan stres nak hamil? Artikel di bawah akan memberikan beberapa maklumat yang berguna.

    Cara atasi stres nak hamil:

    Tulis jurnal yang betul-betul jujur

    Adakah idea ini membuatkan anda berasa seperti kebudak-budakan atau ketinggalan zaman? Walau bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian psikologikal, menulis jurnal atau diari merupakan cara yang berkesan bagi menghilangkan stres. Anda tidak perlu memberi komitmen untuk menulis setiap hari, menghias atau mencantikkan diari tersebut. Terus tulis apa yang menjengkelkan dengan menggunakan bahasa anda dan ini akan mengosongkan fikiran anda daripada perasaan atau bebanan negatif. Simpan jurnal pada tempat yang sering anda duduk, contohnya di meja berdekatan katil anda, jadi setiap kali anda rasa stres, anda boleh meringankan masalah dengan menulis sedikit mengenainya.  Jika anda tidak suka menyimpan jurnal, guna aplikasi telefon untuk menulis jurnal.

    Dapatkan seorang rakan

    Apabila anda berasa stres dan menjengkelkan, tiada apa yang lebih baik daripada berkongsi atau luahkan pada rakan yang anda percayai. Anda boleh bercakap, bersembang dalam talian, atau keluar makan bersama dan menikmati masa tersebut. Ini juga boleh menjadi medium untuk saling mengetahui perkembangan terkini dalam hidup masing-masing, berbincang mengenai masalah, dan sekiranya boleh, dapatkan sedikit nasihat. Ini adalah cara baik untuk mencari ketenangan dan mendapatkan kembali semangat bagi menjalani kehidupan sebagai ibu bapa di masa hadapan.

    Pergi keluar

    Kadang kala, duduk di dalam rumah terlalu lama boleh membuat anda berasa terkurung dan murung. Ambil masa untuk keluar di bawah sinaran matahari pasti akan membuatkan anda berasa lebih baik. Jika boleh, ajak pasangan atau rakan anda untuk berkelah atau bermain sukan bersama. Anda boleh pergi berenang, melakukan senaman yoga atau pergi bermain ski. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi masa untuk anda bergembira, malah aktiviti ini juga menguatkan lagi hubungan dengan orang yang anda percayai dan sayang. Di samping itu, ini juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan anda.

    Memang benar anda akan mengalami tekanan dengan kerja, hubungan, atau masalah kewangan ketika anda sedang cuba untuk hamil. Tetapi sekiranya anda ingat dan amalkan tip-tip di atas, anda akan berasa lebih baik dari hari ke hari. Ingatlah bahawa buat masa sekarang, kesihatan fizikal dan emosi anda adalah perkara utama, oleh itu ketepikan segala masalah dan selesaikannya kemudian.

    Anda juga mungkin berminat dengan:

    • Bagaimana stres boleh memberi kesan kepada hidup dan hubungan percintaan anda.
    • 10 cara untuk menghilangkan stres dan kurang makan.
    • Bagaimana mengatasi stres di tempat kerja.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 08/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan