backup og meta

Adakah Rakyat Malaysia Bersenam?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 16/08/2018

    Adakah Rakyat Malaysia Bersenam?

    Bersenam adalah amalan yang sangat penting dan digalakkan dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bahkan, badan manusia sebenarnya memang dicipta untuk menjadi aktif. Badan yang tidak aktif hanya akan membawa kesan yang buruk seperti:

    • Bertambah kolesterol dan lemak di dalam badan.
    • Otot menjadi lemah.
    • Salur darah menjadi sempit dan tersumbat.
    • Emosi dan mod terganggu.

    Walau bagaimanapun, teknologi yang semakin berkembang pada hari ini sedikit sebanyak membuatkan manusia menjadi kurang aktif. Jika dahulu perlu berjalan atau mengayuh basikal, kini ada kereta dan motosikal untuk bergerak. Kerja-kerja berat seperti mengangkat barang telah diganti dengan mesin dan robot.

    Bukanlah salah teknologi, tetapi salah kita yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

    Adakah rakyat Malaysia rajin bersenam?

    Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, rakyat Malaysia secara relatifnya adalah aktif. Laporan tersebut mendapati bahawa 66.5% penduduk negara ini adalah aktif (sekurang-kurangnya pada tahap minimum) dari sudut fizikal secara puratanya.

    Lelaki mendahului wanita iaitu 71.1% berbanding 61.7%.

    Angka ini adalah agak baik dan telah berlaku peningkatan berbanding laporan pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, majoriti daripada peratusan tersebut adalah aktif pada tahap minimum. Hanya 25.4% sahaja yang termasuk dalam kategori sangat aktif.

    Sudah aktif tapi diet kurang memuaskan

    Malaysia mencatatkan peratusan obesiti yang tinggi iaitu 30.6%, lebih tinggi daripada purata di peringkat global (13%).

    Pemakanan sememangkan isu yang perlu diutarakan dengan serius di Malaysia. Ia adalah antara faktor utama kepada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis. Bersenam dan gaya hidup aktif semata-mata tentu tidak mampu memberikan tubuh badan yang cergas dan sihat jika pemakanan masih kekal di tahap yang kurang memuaskan.

    Pengambilan buah-buahan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 2 hidangan sehari) dalam kalangan rakyat Malaysia hanya 9.9%. Manakala peratusan yang mengambil sayur-sayuran yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari) pula 11.2%.

    Sebaliknya, purata pengambilan garam oleh penduduk negara ini adalah lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Budaya gaya hidup sihat perlu dipupuk sejak kecil di semua peringkat melalui pendidikan, program jangkauan (outreach), kempen dan juga penguatkuasaan undang-undang.

    Ayuh kita mulakan dengan diri sendiri!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 16/08/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan