home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

Tip Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

Tidak makan dan minum sepanjang hari bukanlah alasan untuk kita terperap di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Malah kita dituntut untuk banyak membantu orang lain dan melakukan kebajikan.

Tapi bagaimana seharusnya kita bertenaga di bulan ini?

Berikut adalah beberapa tip untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan.

1. Jangan tinggalkan sahur

Makan sahur adalah sumber tenaga untuk anda kekal cergas di siang hari. Tanpa sahur, badan akan kekurangan bahan bakar untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya, anda akan cepat letih.

Ambil makanan yang seimbang dengan karbohidrat, protein, buah-buahan serta sayur-sayuran. Makan dalam kadar yang biasa dan jangan terlalu banyak.

Antara contoh hidangan sahur ialah:

  • 1 ½ cawan nasi / mi / mihun.
  • Seketul ayam / ikan.
  • Secawan sayur.
  • Secawan buah-buahan / 3 biji kurma.
  • Segelas susu / air kosong.

Jika tidak mahu mengambil nasi, anda boleh gantikan dengan oat atau spageti.

2. Berbuka dengan sederhana

Waktu berbuka adalah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, akhirnya tiba masa untuk mengisi perut yang kosong.

Sungguhpun anda lapar, jangan ambil jumlah makanan yang banyak dalam satu-satu masa. Perut anda akan terkejut dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ketidakhadaman. Makan perlahan-lahan dan berikan sedikit masa untuk perut anda berehat.

Contohnya, mulakan dengan kurma atau kuih dan air dahulu. Selepas solat maghrib, sambung dengan hidangan utama dalam saiz hidangan biasa atau kurang. Makan yang berlebihan akan membuatkan badan letih dan mengantuk.

3. Elakkan tidur selepas sahur atau subuh

Bagaimana anda memulakan pagi anda banyak menentukan produktiviti hari anda. Tidur selepas sahur atau subuh boleh menjejaskan kecergasan badan anda.

Pertamanya adalah anda baru sahaja mengambil makanan berat kurang daripada dua jam. Seeloknya, elakkan tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan berat.

Kedua, hormon kortisol adalah tinggi pada waktu pagi. Hormon ini berfungsi merangsang otak dan memberikan fokus serta melawan stres. Kadarnya akan turun sehingga paling rendah di waktu petang dan malam. Jika anda tidak memanfaatkan waktu ini, kecergasan badan akan berkurang.

4. Rancang hari anda

Hari yang berlalu tanpa perancangan adalah hari yang gagal. Memetik kata-kata dari Benjamin Franklin, “Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.”

Jika anda sentiasa ada sesuatu ingin dilakukan, anda tidak ada masa untuk dibazirkan dan hari anda akan terpandu. Jika terlalu banyak masa kosong, anda akan menjadi malas dan kurang bertenaga.

5. Banyakkan minum air

Jangan lupa cukupkan keperluan air anda iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air sangat penting untuk memberikan badan anda tenaga. Dengan masa yang terhad untuk minum air, anda boleh gunakan jadual 2-4-2 iaitu dua gelas semasa berbuka, empat gelas sebelum dan selepas solat tarawih dan dua gelas sewaktu sahur.

Selain air, anda juga boleh ambil buah-buahan untuk kekal terhidrat.

6. Elakkan minuman berkafein

Kafein adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menyebabkan anda membuang air dengan kerap. Ia mendedahkan anda kepada dehidrasi yang akhirnya menyebabkan badan anda kekurangan tenaga untuk meneruskan hari berbaki.

Jika tidak dapat berhenti mengambil kopi di bulan Ramadan, kurangkan pengambilannya.

7. Ambil makanan yang sihat

Kurangkan makanan bergorang celur, makan diproses dan makanan bergula. Makanan-makanan ini adalah kurang berkhasiat dan hanya akan memberikan tenaga sementara. Ia juga menambahkan lemak di dalam badan anda.

Ramadan adalah bulan perjuangan. Ia haruslah diisi dengan banyak aktiviti bermanfaat. Tanpa pengamalan gaya hidup yang sihat, Ramadan tentunya hanya akan diisi dengan tidur sahaja.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Rana Harb (9 Jun 2016). 1o Ways To Stay Fit And Healthy During Ramadan. Dimuat turun daripada https://www.wfp.org/stories/10-ways-stay-fit-and-healthy-during-ramadan.

Shady Shebak (2010). Staying Healthy In Ramadan. Dimuat turun daripada http://www.islamicinsights.com/features/staying-healthy-in-ramadan.html.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 04/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x