Nak Hiking Tapi Tak Ada Kasut Yang Sesuai? Ada 7 Pilihan Kasut Terbaik Untuk Pemula
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Azam tahun ni, nak cuba banyak aktiviti baru seperti hiking! Tapi tak ada kasut yang sesuai, macam mana ni? Apa kasut hiking terbaik untuk pemula?
Usah risau, kami ada 7 pilihan kasut untuk anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kenapa kasut hiking berbeza daripada kasut sukan biasa?
- Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women
- Decathlon Nature Hiking Women’S Waterproof Hiking Shoe NH100 Mid Cut
- ASICS Gel-Sonoma 8 GTX Women Trail Running Shoes
- Dr Cardin Men Ultralight Outdoor Eva Sandal DH-C-DB-3027
- Decathlon NH100 Men’s Waterproof Low Cut Hiking Shoes/Kasut Sukan Lelaki
- ASICS Trail Scout 3 Men Trail Running Shoes
- Decathlon Nature Hiking Men’s Walking Sandals – NH100
Sebelum membeli, anda perlu tahu kenapa anda perlu ada kasut yang sesuai untuk masuk ke hutan.
Kasut mendaki menawarkan sokongan buku lali, ketahanan dan perlindungan untuk beban berat serta kawasan yang berbatu.
Kasut trail running pula lebih ringan, ada pengudaraan dan cepat kering untuk bergerak dengan pantas dengan beg.
Kasut-kasut ini ada tambahan ciri yang bagus seperti memberi cengkaman yang lebih kuat pada permukaan tidak rata, sokongan tambahan pada buku lali serta ketahanan terhadap air dan lumpur.
Ciri-ciri seperti tapak high grip, waterproof dan bahan yang ringan adalah faktor utama yang membezakan kasut hiking berkualiti daripada kasut sukan biasa.
7 Koleksi kasut hiking terbaik untuk pemula
1. Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women
Kasut hiking Decathlon ini direka khusus untuk wanita yang mengutamakan keselesaan sepanjang perjalanan panjang.
Dengan cushioning yang baik dan berat yang ringan, kasut ini sesuai untuklaluan denai atau bukit, tanpa menyakitkan kaki walaupun dipakai berjam-jam.
2. Decathlon Nature Hiking Women’S Waterproof Hiking Shoe NH100 Mid Cut
Jika anda inginkan pilihan yang lebih baik, pilihlah kasut hiking daripada Decathlon ini!
Model mid-cut ini menawarkan sokongan tambahan pada bahagian buku lali.
Tamabahan pula, ianya waterproof menjadikannya pilihan sesuai untuk laluan berlumpur atau musim hujan.
Tapaknya yang direka untuk cengkaman kukuh membantu mengurangkan risiko tergelincir di permukaan licin.
3. ASICS Gel-Sonoma 8 GTX Women Trail Running Shoes, sebagai kasut mendaki terbaik
Jika anda wanita yang lebih gemar gaya trail running, ASICS Gel-Sonoma 8 GTX menggabungkan teknologi Gore-Tex (GTX) untuk ciri kalis air sambil kekal ringan untuk pergerakan pantas.
Kasut hiking Asics ini sesuai untuk mereka yang menggabungkan aktiviti mendaki dengan lari denai.
4. Dr Cardin Men Ultralight Outdoor Eva Sandal DH-C-DB-3027
Dibina daripada bahan EVA yang ringan, sandal ini sesuai untuk aktiviti santai seperti kasut berjalan di sekitar tapak perkhemahan dan melintasi sungai cetek.
Sandal Dr Cardin yang minimalis ini yang mengutamakan reka bentuk ringan dan pengudaraan menjadikan ia ideal untuk digunakan ketika mendaki di laluan yang mudah atau kasut tambahan.
5. ASICS Trail Scout 3 Men Trail Running Shoes, sebagai kasut mendaki terbaik
Direka untuk aktiviti trail running yang lebih agresif, ASICS Trail Scout 3 menawarkan tapak yang padu untuk digunakan di kawasan berbatu dan tanah berbukit.
Reka bentuknya yang bergaya turut menjadikannya pilihan popular di kalangan pendaki muda.
Kasut hiking Asics ini turut menambah ciri istimewa JOLT™ 4 yang mana ia membantu kasut memberikan rasa ringan, selesa dan menyokong di bawah kaki.
6. Decathlon Nature Hiking Men’s Walking Sandals – NH100
Jangan risau, kami turut ada pilihan lain bagi sandal.
Kasut hiking Decathlon ini sesuai digunakan ketika cuaca panas dan membantu anda berjalan dengan baik di kawasan hutan.
Kasut hiking terbaik ini turut menjadi alternatif selesa berbanding kasut tertutup.
Ia sesuai untuk aktiviti seperti berkhemah atau berjalan di kawasan air cetek.
7. Decathlon NH100 Men’s Waterproof Low Cut Hiking Shoes, kasut hiking murah
Kasut versi low-cut untuk lelaki ini memberikankeselesaan apabila bergerak dan masih menawarkan ciri kalis air dan high grip.
Sesuai untuk pendaki yang lebih selesa dengan potongan rendah tetapi tidak mahu berkompromi pada ketahanan terhadap cuaca.
Kesimpulan
Bagi anda yang berjinak-jinak untuk mendaki bukit, pastikan anda memilih kasut hiking terbaik dan sesuai untuk keselesaan dan keselamatan anda.
Pertimbangkan ciri-ciri khas yang anda inginkan pada kasut sebelum membeli!