Terdapat banyak jenis masalah pendengaran dan antara yang boleh terjadi adalah wujudnya bunyi bising dalam telinga.
Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila bunyi bising ini kedengaran seperti suara orang sedang bermain alat muzik.
Jika anda bukan berada di tempat pertunjukan muzik, ia mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom bernama MES! Apakah sebenarnya sindrom ini?
Bunyi bising dalam telinga angkara MES?
MES adalah bermaksud Musical Ear Syndrome dan ia merupakan kondisi di mana anda terdengar bunyi bising seakan muzik dalam telinga.
Sebenarnya, sindrom ini bukan disebabkan oleh aktiviti orang yang bermain muzik berdekatan anda namun ia hanyalah bayangan semata-mata.
Apabila halusinasi ini berlaku, anda mungkin akan menyangka diri sudah mengalami masalah mental namun itu bukanlah halnya.
MES ini akan berlaku apabila terdapat masalah pada sistem pendengaran telinga dan bukannya masalah pada sistem pemikiran otak.
Namun mungkin juga ada kaitan di antara masalah pada telinga ini dengan otak!
Otak akan menerima informasi menerusi sistem deria untuk memprosesnya namun jika deria ini rosak, maka otak akan terjejas.
Disebabkan tidak bersedia dengan kerosakan sistem deria (dalam kes ini, telinga) maka otak mungkin akan menghasilkan ‘bunyi’ itu sendiri.
Apa punca sebenar bunyi bising dalam telinga?
Jika ia bukan disebabkan oleh tinnitus (telinga berdesing/berdengung) dan bunyian yang didengar seakan muzik, maka MES mungkin adalah dalangnya.
Meskipun ramai pakar masih belum tahu sebab sebenar kenapa ia berlaku, akan tetapi berikut adalah kemungkinan puncanya:
#1. Kehilangan pendengaran
Bagaimana individu yang pekak boleh mendengar bunyi bising dalam telinga seakan muzik pula?
Ia mungkin ada kaitan di antara fungsi otak yang akan memproses ‘bunyi’ itu sendiri akibat kerosakan sistem deria pada telinga.
#2. Implan koklea
Terdapat laporan di mana individu yang melakukan prosedur implan koklea pada telinga mengalami MES sejurus selepas itu.
Dalam kajian yang melibatkan 82 pesakit koklea, 22% individu yang melakukan implan dikatakan mengalami sindrom ini.
#3. Pengambilan ubatan tertentu
Ada beberapa jenis ubatan tertentu yang mungkin boleh mengakibatkan halusinasi termasuklah pada sistem auditori manusia.
Meskipun ia sangat jarang berlaku, ada kemungkinan bahawa ubatan tertentu inilah penyebab kepada bunyi muzik dalam telinga.
Apa yang penderita MES boleh buat?
Perkara pertama yang perlu anda buat jika berlaku bunyi bising dalam telinga seakan muzik, segera berjumpa doktor untuk diagnosis.
#1. Alat bantuan pendengaran
MES mungkin akan berlaku akibat kehilangan pendengaran, jadi langkah terbaik untuk dicuba adalah dengan memulihkannya terlebih dahulu.
Dengan bantuan alat bantu pendengaran ini, maka otak penderita mungkin tidak lagi akan menghasilkan ‘bunyi’ secara sendiri.
#2. Terapi kelakuan kognitif
Terapi ini mungkin tidak mampu menghentikan bunyi bising dalam telinga seakan muzik tersebut, namun boleh membuat anda menerima kewujudannya.
Secara asasnya, metode ini akan melatih sistem deria anda untuk mengendahkan bunyi ini seperti mana yang dilakukan oleh penderita tinnitus.
#3. Pengambilan ubatan tertentu
Ironinya, pengambilan ubatan tertentu mungkin boleh jadi penyebab serta penawar kepada sindrom ini.
Berikut adalah ubatan yang boleh dicuba untuk merawat MES:
- Haloperidol
- Atypical neuroleptics
- Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs)
- Serotonin-norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIs)
- Cholinergic
- Agen GABAergic agents
Namun adalah sangat penting untuk kalian berbincang terlebih dahulu mengenai pro dan kontra pengambilan ubat ini dengan doktor sebelum mencubanya.
Rawat MES dengan cara#4. Ubah gaya hidup
Sebenarnya, gaya hidup anda akan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha merawat dan mencegah sindrom ini.
Ada beberapa strategi yang mungkin anda boleh cuba di rumah untuk mengatasinya iaitu:
- Bernafas sedalam-dalamnya
- Meditasi
- Yoga
- Taichi
- Aromaterapi
Jika berlaku bunyi bising dalam telinga seakan muzik secara tiba-tiba sahaja, segera berjumpa doktor untuk diagnosis okay!