backup og meta

Komplikasi Tulang Akibat Kanser Payudara

Komplikasi Tulang Akibat Kanser Payudara

Kanser payudara tahap 4 berlaku apabila kanser pertama muncul di payudara dan kemudiannya metastasis atau merebak ke bahagian badan yang lain. Kawasan biasa untuk metastasis termasuk nodus limfa, dinding dada, tulang, paru-paru, hati, dan otak.

Secara definisi, kanser payudara tahap 4 melibatkan komplikasi, kerana ia telah bergerak daripada tempat asal. Tetapi komplikasi tambahan boleh berlaku, sama ada secara langsung dari kanser itu sendiri atau akibat rawatan yang diterima oleh pesakit. Komplikasi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis kanser, di mana ia tersebar, dan jenis kaedah rawatan yang sedang digunakan.

Komplikasi tulang

Kanser payudara selalunya merebak ke tulang dan terdapat sejumlahnya membabitkan komplikasi rangka. Masalah ini sering disebabkan oleh penyerapan tulang, iaitu proses normal memecahkan tulang. Bagi orang muda yang sihat, tulang dibina semula pada kadar yang sama seperti mana ia dipecahkan. Manakala bagi orang yang berusia, mereka yang mempunyai metastasis ke tulang, proses penyerapan berlaku lebih cepat.

i) Sakit tulang

Rasa sakit yang menyakitkan dalam tulang yang sering berlaku merupakan tanda pertama bahawa kanser telah merebak ke tulang. Apabila keadaan berjalan, penyerapan menyebabkan penipisan dan kelemahan tulang. Apabila tulang menjadi terlalu lemah, boleh berlakunya patah tulang, kadang-kadang tanpa kecederaan utama yang menyebabkan kerosakan.

ii) Mampatan tulang belakang

Apabila sel-sel kanser tumbuh di atau berhampiran tulang belakang, ia boleh memberi tekanan pada saraf tunjang dan saraf yang bersebelahannya. Tekanan ini boleh menyebabkan sakit di belakang atau leher, kebas atau kesemutan, dan kesukaran berjalan. Kadang-kadang ia boleh mengakibatkan kesukaran mengawal pundi kencing dan usus. Walaupun mampatan tulang belakang kurang biasa daripada komplikasi tulang lain, ia boleh menjadi sangat serius.

Fakta mengenai kanser payudara dan sakit belakang

  • Sakit biasanya tidak menjadi simptom kanser payudara pada peringkat awal.
  • Sekiranya sakit belakang teruk atau berlarutan lebih daripada beberapa hari, anda harus berunding dengan doktor.
  • Pengurusan kesakitan dinasihatkan jika kanser payudara menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan.

iii) Hiperkalsemia (Hypercalcemia)

Hiperkalsemia merujuk kepada tahap kalsium yang tinggi dalam darah. Ini berlaku apabila kadar penyerapan meningkat dan kalsium dari tulang dibebaskan ke dalam aliran darah. Hiperkalsemia boleh membawa kepada masalah yang serius, seperti:

  • Batu karang
  • Kegagalan buah pinggang
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Masalah neurologi, termasuk kekeliruan, demensia, atau koma

Merawat komplikasi tulang

Kelas ubat tertentu yang dipanggil bisphosphonate, berfungsi untuk melambatkan kadar penyerapan. Ia berfungsi dengan memusnahkan osteoklas, sel-sel yang bertanggungjawab untuk penyerapan. Ini membantu mengurangkan tahap kalsium darah, memperlahankan struktur tulang yang lemah, dan mengurangkan sakit tulang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Apa yang perlu diketahui mengenai kanser payudara dan sakit belakang https://www.sihat.net/kanser/apa-perlu-diketahui-kanser-payudara-sakit-belakang/ Accessed on July 4, 2018.

Possible Complications of Advanced Breast Cancer https://www.healthline.com/health/stage-iv-breast-cancer-possible-complications#pain Accessed on July 4, 2018.

Versi Terbaru

06/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

7 Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Paling ‘Rare’ Dan Kurang Diketahui!

Kaedah Digital Kesan Kanser Payudara Pertama Di Malaysia, Ikuti Huraian Pakar!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan