home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bimbang Jika Kanser Payudara Berulang Semula? Jangan Biarkan Rasa Takut Menghantui Diri Anda!

Bimbang Jika Kanser Payudara Berulang Semula? Jangan Biarkan Rasa Takut Menghantui Diri Anda!

Mereka yang pernah menghidap kanser pasti tahu akan kebarangkalian untuk kanser kembali atau berulang selepas rawatan.

Walaupun rawatan kanser yang dijalani bertujuan untuk membuang semua sel barah dalam tubuh pesakit, kadangkala ada beberapa sel yang tertinggal atau ‘terselamat’ daripada rawatan.

Sel kanser ini boleh membahagi tanpa sedar dan menjadi kanser semula. Untuk pengetahuan anda, kanser boleh kembali walaupun selepas bertahun-tahun pesakit menjalani rawatan.

Kanser tersebut juga boleh berlaku di tempat yang sama ataupun merebak ke bahagian badan yang lain.

Sukar untuk sesiapapun menerima berita bahawa kanser mereka telah kembali. Recurrent cancer atau kanser yang kembali kadangkala lebih sukar untuk dirawat.

Dalam kalangan pesakit yang pernah menghidap kanser payudara, rasa takut jika kanser kembali menghantui hidup adalah sesuatu yang lazim berlaku.

Ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut mengenai kanser berulang dan juga cara yang anda boleh lakukan untuk kurangkan ketakutan yang dialami.

Kanser payudara berulang di tempat yang sama

rasa takut

Kanser yang berulang boleh berlaku di tempat yang sama seperti kanser yang dialami sebelum ini. Jika ini berlaku, kanser tersebut akan dirawat dengan cara yang sama seperti sebelumnya.

Jika anda pernah melakukan lumpectomy, kanser yang berulang di tempat yang sama akan dirawat menggunakan mastectomy.

Jika rawatan utama anda ketika kanser terdahulu merupakan mastectomy, anda mungkin perlukan pembedahan untuk membuang tumor tersebut dan diikuti dengan terapi radiasi.

Doktor mungkin akan mencadangkan agar anda melakukan terapi hormon, terapi bersasar (seperti trastuzumab) ataupun kemoterapi selepas rawatan.

Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anda mempunyai kanser yang berulang ialah dengan cara memerhatikan simptom atau gejala yang mungkin berlaku. Sebagai contoh:

  1. Muncul ketulan baru pada buah dada
  2. Kawasan buah dada yang tegang atau keras
  3. Buah dada jadi merah atau membengkak
  4. Perubahan pada kawasan puting
  5. Muncul ketulan bawah kulit di bahagian payudara
  6. Muncul sesuatu yang abnormal pada kawasan parut mastectomy

Walau bagaimanapun, bukan semua ketulan yang muncul adalah kanser. Kadangkala, selepas wanita melakukan mastectomy dan menjalani pembedahan penstrukturan semula, anda mungkin akan merasai ketulan-ketulan kecil yang tidak berbahaya pada buah dada anda.

Ketulan ini bukan kanser dan hanyalah gumpalan sel lemak yang mati di dalam buah dada yang telah distruktur semula.

Tetapi, doktor masih perlu tahu jika anda mengesan sebarang ketulan pada payudara anda. Doktor boleh memantau keadaan anda selepas rawatan dengan melakukan ujian klinikal.

Jangan biarkan rasa takut menghantui diri

kanser payudara

Bagi pesakit kanser payudara, kanser yang datang semula ibarat mimpi ngeri yang berlaku untuk kali kedua. Oleh sebab itu, ramai yang akan gelisah dan dihantui rasa takut hingga mengganggu keamanan hidup.

Walau bagaimanapun, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menguasai rasa takut tersebut dan tukarkannya kepada sesuatu yang positif. Jom, ikuti tip kami di bawah:

1. Kekal bertenang

Perasaan takut dan risau yang anda rasai merupakan sesuatu yang rasional. Normal jika anda mempunyai rasa takut lebih-lebih lagi selepas sembuh daripada penyakit kanser.

Setiap pesakit yang melakukan rawatan kanser sudah pasti mempunyai keinginan untuk sembuh. Segala kesusahan yang dialami oleh pesakit selama ini pasti akan meninggalkan sebuah titik hitam di dalam hidup.

Jika anda mempunyai masalah untuk kekal tenang, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan kaunselor atau ahli terapi untuk bantu anda menguruskan emosi.

Mereka boleh bantu anda untuk menerima semua perasaan yang anda alami dan yakinkan diri anda bahawa semua itu merupakan sesuatu yang normal.

2. Minta sokongan keluarga

Anda tidak perlu lalui semua ini bersendirian. Pastikan anda mempunyai sokongan yang kukuh daripada keluarga dan sahabat handai jika mula diserang rasa gelisah mengenai penyakit anda.

Kajian telah menunjukkan bahawa kumpulan sokongan dapat membantu pesakit kanser untuk melalui hidup yang lebih tenang dan berkualiti.

Kadangkala, pesakit kanser rasa diri mereka berseorangan. Pengalaman yang mereka tempuhi terasa asing kerana tidak ada sesiapapun di kalangan teman rapat atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.

Kumpulan sokongan boleh menjadi medan tempat pesakit kanser bertukar-tukar cerita dan pendapat tanpa sebarang diskriminasi.

Mungkin pengalaman serta sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi boleh buatkan anda rasa lebih tenang?

3. Teruskan rawatan untuk kanser payudara

Pengalaman pahit yang pesakit rasakan semasa menerima rawatan daripada doktor mungkin akan membuatkan mereka trauma dan sukar untuk berjumpa kembali dengan doktor.

Walaupun kanser yang pesakit alami sudah sembuh, itu tidak bermakna janji temu dengan doktor sudah tidak perlu dihadiri lagi.

Seperti yang ramai sudah tahu, pengesanan awal kanser amat penting untuk kesembuhan kanser. Oleh sebab itu, jangan selalu ponteng janji temu anda bersama doktor ya!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. American Cancer Society. 2010. Treatment of Recurrent Breast Cancer. September 18. Accessed October 21, 2020. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/treatment/treatment-of-breast-cancer-by-stage/treatment-of-recurrent-breast-cancer.html.
  2. Breastcancer.org. 2020. Recurrent Breast Cancer. September 21. Accessed October 21, 2020. https://www.breastcancer.org/symptoms/diagnosis/recurrent.
  3. Breastcancernow.org. 2019. Breast cancer recurrence. May. Accessed October 21, 2020. https://breastcancernow.org/information-support/facing-breast-cancer/diagnosed-breast-cancer/your-primary-cancer-has-come-back-recurrence.
  4. Cleaveland Clinic. 2018. Fear of Recurrence Common Among Breast Cancer Survivors. January 5. Accessed October 21, 2020. https://consultqd.clevelandclinic.org/fear-of-recurrence-common-among-breast-cancer-survivors/.
  5. Mayo Clinic. 2020. Recurrent breast cancer. April 16. Accessed October 21, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/recurrent-breast-cancer/symptoms-causes/syc-20377135.
  6. Susan G. Komen. n.d. Breast Cancer Recurrence. Accessed October 21, 2020. https://ww5.komen.org/BreastCancer/ReturnofCancerafterTreatment.html.
Gambar penulis
Ditulis oleh Dr. Bassam Abdul Rasool Hassan pada 10/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Bassam Abdul Rasool Hassan
x