backup og meta

Ini Makanan Perlu Dielak Bagi Pesakit Kanser Ovari, BAHAYA!

Ini Makanan Perlu Dielak Bagi Pesakit Kanser Ovari, BAHAYA!

Pemakanan seimbang amat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, terutamanya bagi penghidap barah. Terdapat beberapa jenis makanan untuk pesakit kanser ovari elakkan.

Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Senarai makanan untuk pesakit kanser ovari ELAK

Diet yang bersesuaian adalah amat penting kepada pesakit dengan kanser ovari.

Selain mengambil kira apa yang anda patut makan semasa rawatan barah, adakah anda mengetahui tentang makanan yang patut anda elakkan jika anda mempunyai kanser ovari?

Terdapat beberapa makanan dan minuman tertentu yang perlu disingkirkan dari senarai pengambilan makan harian anda.

Jadi berikut adalah beberapa jenis makanan perlu dielakkan bagi pesakit kanser ovari.

Alkohol

Kemoterapi mungkin adalah antara pilihan rawatan untuk merawat barah ovari yang anda pilih.

Dalam kes ini, hati adalah organ penting yang bertanggungjawab untuk memetabolismekan semua toksin yang berpotensi dalam aliran darah anda.

Kerana itu anda perlu menjaga hati anda supaya badan anda dapat mengurangkan kesan sampingan kemo.

Jika anda mengambil alkohol, ia boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada hati dan menyukarkan hati untuk memproses ubatan kemo.

Selain itu, rasa mual atau kesan sampingan gastrousus lain boleh meningkat kerana alkohol. Ia juga mungkin menjejaskan ubatan tertentu yang anda ambil bersama rawatan kemo.

Sebaiknya jika anda mempunyai kanser ovari, elakkan terus pengambilan alkohol sepenuhnya.

Daging, makanan untuk pesakit kanser ovari ELAK

makanan untuk pesakit kanser ovari

Ada yang mengatakan, individu yang menghidapi barah ovari harus mengelakkan makanan yang tidak menyumbang kepada sistem imun, atau memusnahkan sel kanser.

Malah, daging dipercayai tidak menyumbang peranan dalam kanser, jadi kebiasaannya daging dilarang dalam diet kanser.

Daging menggunakan dua enzim kritikal – trypsin dan chymotrypsin, yang membolehkan sistem imun untuk membunuh sel kanser, manakala protein sayuran tidak menggunakan enzim tersebut.

Ini bermakna, memakan daging boleh melemahkan tenaga anda untuk melawan barah ovari.

Apabila menjalani rawatan kanser, daging menjadi antara makanan untuk pesakit kanser hindari. Ini kerana daging mempunyai tahap lemak tepu yang tinggi dan tidak mengandungi banyak serat.

Khususnya daging merah seperti daging lembu, tidak perlu wujud dalam diet pemakanan anda.

Daging yang diproses juga tidak patut dimakan. Kebanyakannya mengandungi sodium nitrite yang kerap dijumpai dalam sosej, yang dianggap tidak baik untuk kanser.

Selain itu, menghadkan pengambilan daging diproses dan lemak tepu turut mendatangkan manfaat kepada hati.

Baca juga:

Makanan dimasak bersuhu tinggi

Terdapat cadangan bahawa anda tidak patut mengambil makanan yang dimasak pada suhu yang tinggi.

Jika anda memasak pada suhu yang tinggi, ia meningkatkan kehadiran karsinogen, yang boleh menjejaskan penyakit anda.

Sebaliknya, anda perlu menyediakan makanan dengan cara yang sihat seperti mengukus, membakar, mendidih atau sauté.

Mengoreng adalah satu cara masakan yang tidak sihat dan menjadi antara jenis makanan untuk pesakit kanser ovari elakkan.

Jika anda masih suka memanggang, makanan anda harus dimasak pada suhu yang rendah untuk mengelakkan wujudnya karsinogen.

makanan untuk pesakit kanser ovari

Gula ditapis (refined sugar), makanan untuk pesakit kanser ovari ELAK

Ketumbuhan barah berkembang dengan mengharapkan kandungan gula dalam darah. Oleh itu, anda pasti tidak mahu menggalakkan pembiakan kanser dengan memberinya ‘makan’.

Oleh itu anda harus elakkan makanan manis yang mempunyai kandungan karbohidrat ringkas.

Memakan makanan seperti ini boleh menyebabkan saluran darah anda dipenuhi dengan tenaga kimia yang diperlukan sel kanser.

Anda perlu memakan diet rendah glisemik, terutamanya yang tidak mempunyai kandungan gula ditapis apabila anda mempunyai barah ovari.

Makanan boleh membantu anda melawan kanser ovari, dan makanan juga boleh membuatkan barah anda bertambah teruk jika anda tidak tahu apa yang perlu anda makan dan apa yang perlu anda elakkan.

Jika anda boleh membuat diet yang sihat untuk keadaan kesihatan anda, anda sedang dalam laluan yang betul untuk mendapatkan kembali kesihatan yang baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Low-Fiber Foods. https://www.cancer.org/treatment/survivorship-during-and-after-treatment/staying-active/nutrition/low-fiber-foods.html. Accessed August 20, 2017
  2. Top Foods for Cancer Patients. https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/top-foods-cancer-patients. Accessed August 20, 2017
  3. Ovarian Cancer. https://nutritionguide.pcrm.org/nutritionguide/view/Nutrition_Guide_for_Clinicians/1342008/all/Ovarian_Cancer, Accessed on Sept 22, 2021
  4. Diet and Ovarian Cancer. https://www.roswellpark.org/cancertalk/201808/diet-ovarian-cancer, Accessed on Sept 22, 2021
  5. Ovarian cancer, diet and nutrition. https://targetovariancancer.org.uk/sites/default/files/2020-07/Ovarian_cancer_%20diet_and_nutrition_Target_Ovarian_Cancer.pdf, Accessed on Sept 22, 2021
  6. 6 foods that lower women’s cancer risk. https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/cancer-fighting-foods-women.h16-1589046.html, Accessed on Sept 22, 2021

 

 

Versi Terbaru

03/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pssttt... Ini Rahsia Nak Elak Kanser Ovari! Wanita, Sila Amalkan 6 Jenis Makanan Ini

Jangan Terkejut! Wanita Yang Selalu Alami Perut Kembung MUNGKIN Menghidap Kanser Ovari


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan