Kegunaan
Apakah kegunaan Asid Para-Aminobenzoik (PABA)?
Asid Para-aminobenzoik (PABA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam vitamin asid folat dan juga dalam beberapa makanan termasuk bijirin, telur, susu dan daging.
Asid Para-aminobenzoik (PABA) biasanya digunakan untuk merawat:
- Selaran matahari.
- Penyakit Peyronie.
- Skleroderma.
- Dermatomiositis.
- Jangkitan mata yang disebabkan oleh virus herpes (keratitis herpes).
- Liken Sklerosis.
- Morfea.
- Pemphigus, vitiligo.
- Artritis.
- “Darah penat” (anemia).
- Sembelit.
- Sakit kepala.
- Mencegah keguguran rambut.
- Menggelapkan rambut beruban.
Bagaimana ia berfungsi?
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa PABA digunakan sebagai pelindung suria kerana ia boleh menghalang radiasi ultraviolet (UV) ke kulit.
Langkah berjaga-jaga & Amaran
Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asid Para-Aminobenzoik (PABA)?
Berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:
- Anda mengandung atau menyusu badan bayi anda. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
- Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
- Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam PABA atau ubatan lain atau herba lain.
- Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
- Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.
Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Adakah Asid Para-Aminobenzoik (PABA) selamat digunakan?
PABA mungkin selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan terus ke kulit.
PABA mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam dos yang tinggi.
Langkah berjaga-jaga & amaran khusus
Kanak-kanak: Apabila disapukan terus ke kulit, PABA mungkin selamat digunakan bagi kanak-kanak. PABA mungkin selamat bagi kanak-kanak untuk diambil melalui mulut dengan sewajarnya. Dos adalah penting, kerana kesan sampingan yang serius boleh berlaku. PABA mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam dos yang tinggi. Sesetengah kanak-kanak yang mengambil dos PABA lebih besar daripada 220 mg / kg / hari telah meninggal dunia.
Mengandung dan menyusu badan: PABA mungkin selamat apabila digunakan pada kulit semasa mengandung atau menyusu badan. Walau bagaimanapun, tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil PABA melalui mulut jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaan.
Gangguan pendarahan: Menggunakan PABA secara intravena (oleh IV) mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada orang yang mempunyai gangguan pendarahan.
Penyakit buah pinggang: PABA mungkin terkumpul dalam buah pinggang menjadikan penyakit buah pinggang lebih teruk. Jangan gunakannya jika anda mempunyai masalah buah pinggang.
Pembedahan: Menggunakan PABA secara intravena (oleh IV) mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa pembedahan. Berhenti mengambil PABA 2 minggu sebelum pembedahan.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Para-Aminobenzoik (PABA)?
PABA boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mungkin juga mewarnakan pakaian dengan warna kuning. Loya, muntah, sakit perut, cirit-birit dan hilang selera mungkin kadangkala berlaku.
Mengambil lebih daripada 12 gram sehari boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti masalah hati, buah pinggang, dan darah.
Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor anda.
Tindak balas
Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Para-Aminobenzoik (PABA)?
PABA mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum guna.
Produk yang boleh bertindak balas dengan PABA termasuk:
- Antibiotik
Asid para-aminobenzoik (PABA) boleh mengurangkan keberkesanan antibiotik tertentu yang dipanggil sulfonamide.
Beberapa antibiotik termasuk sulfamethoxazole (Gantanol), sulfasalazine (Azulfidine), sulfisoxazole (Gantrisin) dan trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim, Septra).
- Dapson
Dapson (Avlosulfon) digunakan sebagai antibiotik. Asid Para-aminobenzoik (PABA) boleh mengurangkan keberkesanan dapson (Avlosulfon) untuk merawat jangkitan.
- Kortison
Tubuh menghancurkan kortison untuk menyingkirkannya. Asid para-aminobenzoik (PABA) mungkin mengurangkan kelajuan tubuh menghancurkan kortison. Mengambil PABA melalui mulut dan mendapat suntikan kortison boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan kortison.
Penggunaan /Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Apakah dos Asid Para-Aminobenzoik (PABA) yang biasa digunakan?
Dos bagi PABA mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.
Apakah bentuk penyediaan Asid Para-Aminobenzoik (PABA)?
Asid Para-Aminobenzoik (PABA) boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
- Pelindung suria PABA didatangi dalam kepekatan 1% hingga 15%.
- Kapsul 500 mg, 550 mg dan 1000 mg.
[embed-health-tool-bmi]