backup og meta

Kesan Merokok, Bagaimana Ia Menjejaskan Penampilan Anda

Kesan Merokok, Bagaimana Ia Menjejaskan Penampilan Anda

Anda mungkin biasa mendengar bahawa merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru dan juga termasuk kanser mulut, tekak, hati, buah pinggang peankreas, kolon dan lain-lain. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan pembiakan seseorang.

Bagaimanapun, merokok bukan sahaja boleh memendekkan jangka hayat, tetapi ia juga boleh mempercepatkan penuaan yang mengakibatkan perubahan kulit, rambut dan gigi yang tidak dapat dipulihkan.

Kesan merokok terhadap penampilan anda

Satu kajian yang diterbitkan pada 2013 dalam jurnal Plastic and Reconstructive Surgery mendapati bahawa hanya lima tahun merokok sudah cukup menyebabkan perubahan pada wajah seseorang. Penyelidik yang memeriksa hampir 80 pasangan kembar yang mana salah soeorangnya merokok, mendapato bahawa kembar yang merokok itu mempunyai kantung/kelopak mata yang lebih jatuh, bibir berkedut, garis senyuman lebih mendalam dan pipi yang jatuh berbanding pasangan kembarnya yang tidak merokok.

Berikut adalah beberapa perubahan yang boleh berlaku di kulit, rambut, dan gigi anda akibat tabiat merokok:

1. Kelihatan lebih tua

Merokok mengembangkan garis-garis halus di sekitar mulut perokok. Nikotin dalam rokok melemahkan kulit, yang mengakibatkan kedutan pramatang di beberapa kawasan, termasuk dahi, mata, leher, dan dada. Pakar memberi amaran bahawa merokok mempercepatkan penuaan sehingga secara drastik, yang mana perokok muda secara purata dua tahun kelihatan lebih berusia daripada orang yang tidak merokok.

2. Lingkaran gelap bawah mata

Kajian menunjukkan bahawa perokok tidak tidur dengan nyenyak berbanding orang yang tidak merokok. Apabila tidak mendapatkan waktu tidur yang mencukupi, ia akan merosakkan penampilan anda dalam beberapa cara. Salah satunya kesan paling segera adalah kewujudan lingkaran gelap bawah mata. Oleh itu, berhenti mungkin akan membawa anda kepada tidur yang lebih baik secara keseluruhannya.

3. Meningkatkan risiko psoriasis

Sedangkan orang yang tidak pernah merokok boleh mendapat psoriasis, manakala orang yang merokok pula boleh meningkatkan risikonya. Sekiranya anda merokok setiap hari, peluang untuk mendapatkan psoriasis meningkat sebanyak 20 peratus. Jika anda merokok pada kadar ini lebih daripada 11 tahun, risiko psoriasis meningkat kepada 60 peratus. Untuk mengelakkan keadaan ini yang menyebabkan kulit bersisik yang berwarna merah, bertompok, dan mengelupas, elakkan daripada tabiat merokok.

4. Kulit kelihatan kusam

Salah satu cara yang paling biasa merokok mempengaruhi penampilan anda adalah dengan menjadikan kulit kusam, kelabu, dan umumnya kurang bersemangat. Merokok menyusutkan nutrien termasuk vitamin C, yang berfungsi untuk membaiki dan melindungi kulit yang rosak, nikotin menghalang aliran darah, dan asap rokok dipenuhi karbon monoksida, yang mengalihkan oksigen ke dalam kulit anda. Semua kesan ini bersama-sama meninggalkan kulit anda dengan kulit yang kusam dan kering.

5. Gigi akan menjadi kuning

Anda mungkin sudah tahu mengenainya terutama apabila melihat cermin. Nikotin dalam rokok menyebabkan noda  kuning pada gigi, dan dari semasa ke semasa bahkan boleh menjadikannya berwarna coklat. Lebih memburukkan lagi, tembakau dalam rokok boleh menyebabkan penyakit gusi dengan melemahkan tisu lembut dan tulang gigi anda. Oleh itu bukan sahaja gigi anda menjadi kuning gelap, ia mungkin akan tertanggal/tercabut dari semasa ke semasa.

6. Keguguran rambut

Perokok cenderung mempunyai nipis, rambut yang lemah kerana bahan kimia toksik dalam asap merosakkan DNA folikel rambut. Rokok juga menghasilkan radikal bebas merosakkan sel, yang bukan sahaja membuat rambut nipis dan rapuh, tetapi juga menjadikannya kelabu. Dalam satu kajian, lelaki yang merokok dua kali lebih mungkin kehilangan rambut mereka sama sekali.

7. Kanser kulit

Kesan bahaya yang paling besar terhadap kulit adalah peningkatan risiko kanser kulit terutama karsinoma sel skuamosa yang cenderung membentuk di sekitar mulut.

Oleh itu, tidak pernah terlambat untuk seseorang menghentikan tabiat merokok. Walaupun beberapa punca kerosakan merokok mungkin tidak dapat dipulihkan, apabila anda berhenti, kulit anda kelihatan lebih sihat dan akan menghalang lebih banyak noda daripada membentuk pada gigi dan kuku anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Ways Smoking Makes You Look Older https://www.everydayhealth.com/hs/quit-smoking/smoking-appearance-aging/ Accessed on Nov 12, 2018.

12 Ways Smoking Cigarettes Ruins Your Looks https://www.rd.com/health/beauty/smoking-affects-appearance/ Accessed on Nov 12, 2018.

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan