Kenapa Anda Tak Boleh Guna Semula Botol Air Plastik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Nurul mempunyai satu tabiat yang mungkin kebanyakan individu lain turut lakukan. Setiap air botol yang dibeli, botol tersebut akan diguna kembali untuk menyimpan air terutamanya air kosong. Botol tersebut hanya perlu dibasuh bersih dan diisi dengan air kosong yang telah dimasak, lalu disimpan di dalam peti sejuk. Bersusun-susun botol plastik dengan pelbagai label seperti F&N dalam peti sejuk di rumah Nurul.

Bagi mereka yang mempunyai tabiat seperti Nurul, kami ada satu benda nak bagitau anda. Kami yakin berita ini tidak akan menggembirakan anda. Apa dia?

Bahaya guna semula botol air plastik

Anda mungkin terfikir bahawa penggunaan berulang kali botol air plastik boleh mengurangkan pembuangan plastik. Disebalik anda memikirkan hal pencemaran, ada satu isu yang anda mungkin tidak fikirkan dengan baik. Ia adalah isu keselamatan dan kesihatan tubuh anda. Berikut merupakan antara bahaya penggunaan semula botol plastik kepada tubuh.

#1. Tercemar dengan BPA

BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu dan bekas makanan. BPA yang terdapat dalam botol plastik boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan air minuman yang disimpan terdedah kepada BPA. 

Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:

BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam. Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.

#2. Pencemaran mikroplastik

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.

#3. Bahan botol air plastik

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan botol plastik sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET. Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali. Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol plastik ini keluar dan bercampur dengan air minuman anda setiap kali digunakan.

#4. Faktor bakteria

Apabila menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentuhan dengan mulut dan tangan anda, atau mungkin juga individu lain. Kedua-kedua mulut dan tangan anda merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria. Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui. 

Bagi tujuan penyimpanan air, adalah lebih baik untuk anda membeli botol minuman yang lebih sesuai. Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk penyimpanan air minuman. Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kali kerana botol plastik tersebut hanya untuk tujuan sekali guna. Jika ada rakan-rakan anda yang memiliki tabiat seperti Nurul, nasihatinya untuk pertama kali. Jika dia masih tidak hiraukan nasihat anda, cuba buang botol-botol tersebut tanpa pengetahuan dia. Itupun jika anda berani mengambil risiko untuk tidak dimaki hamun.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengapa Microbead Diharamkan daripada Produk Kecantikan

    Pada tahun 2015, kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan microbead (manik mikro) plastik diikuti kerajaan United Kingdom pada awal tahun ini. Ini diikuti dengan keputusan parlimen Eropah pada penghujung ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/09/2018 . 2 minit bacaan

    Patutkah Penyedut Minuman Plastik Diharamkan?

    Tindakan Kementerian Wilayah mengumumkan pengharaman penggunaan penyedut minuman (straw) plastik baru-baru ini mungkin menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peniaga dan pengguna. Mengapa straw? Sedangkan masih ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 24/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    botol susu

    Sebelum Beli, Ambil Tahu Dulu Apa Maksud BPA-Free Pada Botol Susu Anak Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 3 minit bacaan

    EU Bersetuju Mengharamkan Plastik Pakai Buang Untuk Mengurangkan Pencemaran Laut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 28/12/2018 . 2 minit bacaan

    WHO: Lebih 90% Botol Minuman Popular Mengandungi Mikroplastik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 07/12/2018 . 1 minit bacaan
    selamatkan bumi

    Ingin Selamatkan Bumi? Lakukan 3 Langkah Ini Untuk Hari Esok Yang Lebih Baik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 30/10/2018 . 2 minit bacaan