Tinggalkan Hand Sanitiser Di Dalam Kereta, Masih Boleh Guna Atau Sudah Tidak Berkesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Penggunaan hand sanitiser amat berguna pada waktu ini, lebih-lebih lagi ketika negara berada di bawah cengkaman pandemik. Jika tidak ada air atau sabun untuk membasuh tangan, penggunaan pensanitasi tangan boleh dijadikan sebagai alternatif. 

Rakyat Malaysia juga kini semakin bijak untuk mencegah penularan COVID-19. Malah, hampir semua orang mempunyai pensanitasi tangan untuk kegunaan sendiri yang tersimpan rapi di dalam beg tangan ataupun di dalam kereta.

Tahukah anda, penggunaan cecair pensanitasi tangan merupakan langkah kedua yang paling berkesan selepas membasuh tangan menggunakan air dan sabun?

Dengan penggunaan hand sanitiser untuk cuci tangan, ramai orang boleh memastikan tangan mereka sentiasa bersih dan bebas kuman.

Pensanitasi tangan bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah saiznya yang kecil juga membolehkan ia dibawa ke mana-mana.

Tetapi, disebabkan cuaca panas di Malaysia, pernahkah anda terfikir mengenai keberkesanan pensanitasi tangan setelah dibiarkan di bawah pancaran matahari dalam satu tempoh yang lama?

Bagaimana pula dengan keselamatan kenderaan anda? Disebabkan cecair ini mempunyai alkohol sebagai bahan utamanya, sudah pastilah ia mudah terbakar bukan?

Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Jom baca.

Pensanitasi tangan di dalam kereta, bagus atau tidak?

cuci tangan

Bukankah mudah jika kita menyimpan pensanitasi tangan di dalam kereta? Selepas pulang membeli barang, kita boleh terus cuci tangan sejurus masuk ke dalam perut kereta.

Malah, ia merupakan satu langkah yang mudah dan amat efektif.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada keberkesanan hand sanitiser akan berkurang jika terdedah kepada sinaran matahari dalam masa yang panjang.

Jawapannya adalah ya. Pensanitasi tangan yang dibiarkan di bawah panas terik akan menjadi kurang berkesan, lebih-lebih lagi jika dibiarkan dalam satu tempoh masa yang lama.

Semua bahan kimia boleh melerai jika dibiarkan di bawah cuaca panas, begitu jugalah dengan bahan yang terkandung di dalam hand sanitiser.

Sebagai contoh, alkohol di dalam cecair pensanitasi tangan boleh melerai dan tersejat jika dibiarkan di bawah cahaya matahari.

Perkara ini akan menyebabkan peratusan alkohol di dalam hand sanitiser tersebut berkurang lalu menyebabkan penggunaannya kurang berkesan.

Menurut CDC, pensanitasi tangan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk berfungsi dengan baik. 

Semakin tinggi peratusannya, semakin berkesanlah ia dalam mengekalkan tangan anda bebas daripada bakteria dan virus.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah penghalang untuk anda terus menyimpan cecair pensanitasi tangan di dalam kereta. 

Cuba letakkan botol tersebut di tempat yang teduh dan jauh daripada sinaran matahari seperti di dalam laci atau di dalam poket belakang tempat duduk.

Hand sanitiser tamat tempoh?

cuci tangan

Selain cuaca panas, cuba periksa tarikh tamat tempoh pensanitasi tangan yang anda gunakan sekarang.

Selalunya, cecair ini boleh digunakan selama 2 hingga 3 tahun sebelum ia tamat tempoh.

Walau bagaimanapun, setelah digunakan berkali-kali, mungkin cecair pensanitasi tangan anda sudah menjadi kurang efektif.

Cuba ingat kembali, pernahkah anda tinggalkan penutup hand sanitiser anda terbuka selepas menggunakannya? Jika ya, pensanitasi tangan tersebut mungkin sudah tidak berkesan lagi.

Untuk panduan anda, cecair pensanitasi tangan akan menjadi lebih pekat dan sukar untuk kering jika ia sudah tamat tempoh.

Selain itu, perhatikan juga bau hand sanitiser tersebut. Jika ia sudah berbau pelik, mungkin sudah sampai masanya untuk anda beli botol baharu!

Cecair pensanitasi tangan meletup di dalam kereta?

Pasti ramai yang pernah melihat gambar pintu kereta terbakar yang pernah viral di laman sosial suatu ketika dahulu.

Katanya, kebakaran itu berlaku disebabkan hand sanitiser yang ‘meletup’ di dalam kereta. Tetapi, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?

Menurut Dr. Jason McKnight daripada Texas A&M College of Medicine, penyimpanan pensanitasi tangan di dalam kereta adalah selamat dan tidak berbahaya.

Malah, alkohol atau ethyl alkohol, dua komponen yang terdapat di dalam pesanitasi tangan hanya akan terbakar jika terdedah pada suhu 600 hingga 700°F (315 – 371°C).

Oleh sebab itu, mustahil kereta akan jadi sebegitu panas walaupun ketika musim kemarau.

Menurut beliau lagi, penyimpanan hand sanitiser di dalam kereta adalah selamat dan tidak akan menyebabkan sebarang kebakaran.

Walau bagaimanapun, untuk kekal selamat, pastikan anda jauhkan pensanitasi tangan daripada punca haba seperti elektrik dan api.

Kesimpulan

cuci tangan

Penggunaan pensanitasi tangan amat efektif dan berkesan untuk menghalang penularan virus COVID-19.

Malah, meletakkan sebotol hand sanitiser di dalam kereta sebenarnya merupakan idea yang bijak. Jika diletakkan di tempat yang mudah dilihat, kita akan sentiasa ingat untuk cuci tangan selepas masuk ke dalam kereta.

Walaupun begitu, pastikan hand sanitiser yang digunakan tidak diletakkan di bawah pancaran matahari dan belum tamat tempoh ya. Untuk lebih selamat, simpan di dalam tempat yang tertutup dan redup.

Selain itu, pastikan juga penutupnya ketat dan sentiasa ditutup rapat. Jika tidak, keberkesanannya akan berkurangan.

Bukan itu sahaja, keberkesanan cecair pensanitasi tangan juga bergantung kepada cara penggunaannya.

Pastikan anda letakkan cecair yang mencukupi di atas tapak tangan. Untuk cuci tangan dengan sempurna, pastikan tangan anda basah sebelum menggosoknya sekurang-kurangnya selama 20 saat hingga kering.

Walau bagaimanapun, aktiviti membasuh tangan masih lagi penting untuk mengelakkan jangkitan.

Jika kulit tangan anda selalu kering disebabkan penggunaan pensanitasi tangan, cuba banyakkan membasuh tangan menggunakan air dan sabun. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Suka Foreplay Guna Jari? SUAMI, Jangan Lupa Buat 1 Benda Wajib Ini Sebelum Fingering!

Teknik rangsangan yang sering dilakukan sebelum hubungan seks adalah fingering. Tetapi Encik Suami sekalian, ada membasuh tangan ke tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Seksual, Petua Seks 17/03/2020 . 3 minit bacaan

Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

Anda biasa menggunakan hand sanitizer untuk mencuci tangan? Mana lebih baik, hand sanitizer atau mencuci tangan menggunakan sabun dan air?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Habit Sihat, Kebersihan Diri 10/02/2020 . 3 minit bacaan

Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

Selepas anda mengetahui lokasi seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, pastikan anda cuci tangan anak anda dengan sebaiknya. Sila cuci tangan anda juga

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19, Penyakit Berjangkit 30/01/2020 . 3 minit bacaan

Tabu Dunia Sains Dan Perjuangan Seorang Doktor: Nukilan Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2019

Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2019, HelloDoktor ingin meraikannya dengan mengenang kisah bapa antiseptik yang memulakan semuanya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Habit Sihat, Kebersihan Diri 06/05/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cuci tangan

Pen Atau Pensel Di Tempat Awam Penyebar Penyakit Berjangkit? Ini Sebab Kena Hati-Hati!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
hari kebersihan tangan sedunia

Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 2 minit bacaan
cara elak covid

Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/04/2020 . 4 minit bacaan
jangkitan kuman

Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/04/2020 . 3 minit bacaan