backup og meta

Bukan Sekadar Dijadikan Minuman, Kopi Juga Boleh Dijadikan Skrub

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Bukan Sekadar Dijadikan Minuman, Kopi Juga Boleh Dijadikan Skrub

    Kopi boleh dikatakan sebagai satu minuman pilihan kebanyakan individu pada waktu pagi. Tetapi adakah ia setakat dijadikan sebagai satu minuman sahaja? Atau sebenarnya terdapat kegunaan lain?

    Kegunaan kopi 

    Kopi merupakan satu minuman yang boleh membantu menaikkan mood serta membuatkan anda lebih fokus. Ia merupakan satu sumber nutrien dan antioksidan yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 

    Jom ketahui apakah kegunaan lain yang boleh anda cuba.

    Skrub

    Kopi adalah bahan yang boleh bertindak sebagai agen pengelupasan yang baik. Ia merupakan bahan yang tidak larut dalam air menjadikannya berkesan untuk digunakan bagi menggosok sel-sel kulit mati. 

    Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2013 menunjukkan bahan yang terkandung di dalamnya dapat membantu mempromosikan kulit yang sihat. Asid kafein, antioksidan dapat meningkatkan tahap kolagen dan mengurangkan penuaan pramatang sel.

    Berikut adalah beberapa cara untuk menghasilkan skrub anda sendiri:

    Skrub muka

    • Serbuk kopi – 3 sudu besar
    • Minyak semula jadi (minyak zaitun, kelapa, biji anggur atau badam) – 1 sudu besar
    • Gula perang – 1 sudu besar (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut tahap kosistensi yang diingini)

    Campurkan kopi dengan gula terlebih dahulu. Kemudian masukkan minyak ke dalam campuran. Sapukan ke bahagian muka dan urut secara perlahan dalam gerakan membulat. Bilas dengan air suam. 

    Skrub badan

    • Serbuk kopi – ½ cawan
    • Gula kelapa – ½ cawan
    • Minyak kelapa – ¼ cawan
    • Serbuk kayu manis – 1 sudu teh 

    Campurkan semua bahan di atas. Jika minyak kelapa yang digunakan pejal, pastikan anda memanaskannya dengan api perlahan dan memasukkan ia ke dalam campuran setelah mencapai suhu bilik. Sapukan campuran ke seluruh badan untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati. Bilas badan anda sehingga bersih setelah selesai. 

    Mata bengkak

    Bahan ajaib ini juga boleh memberikan bantuan kepada individu yang mengalami mata bengkak. Ini kerana kafein dapat merangsang aliran darah dan mengembangkan saluran darah. Ia sekali gus dapat melancarkan aliran darah, menjadikan kulit lebih anjal secara semula jadi. Keadaan ini sudah tentu dapat mengurangkan pengumpulan bendalir di bawah mata

    Anda boleh menepuk-nepuk secara perlahan sekeliling mata anda yang bengkak dengan air atau serbuk kopi halus. 

    Merawat jerawat

    Fungsi antioksidan, perangsang dan asid klorogenik dalam bahan ajaib ini boleh menjadikan ia sebagai skrub muka yang dapat merawat jerawat dengan berkesan. Jerawat akan muncul apabila minyak, sel kulit mata dan bahan lain menyumbat liang pori. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria, sekali gus mengakibatkan keradangan. 

    Menggosok kulit wajah dengan serbuk kopi dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mengelakkan liang pori dari tersumbat. Asid klorogenik juga dapat bertindak untuk mengurangkan keradangan dan melindungi kulit daripada beberapa jenis bakteria. 

    Rambut dan kulit kepala

    Rambut dan kulit kepala secara semula jadi berasid. Semakin rendah nilai pH, semakin tinggi kandungan bahan asid. Nilai pH di bawah 7.0 dianggap berasid manakala pH di atas 7.0 adalah asas atau bersifat alkali.

    Serat rambut mempunyai pH 3.67, sementara kulit kepala pula pH pada 5.5. Menggunakan produk rambut yang mempunyai nilai pH yang lebih tinggi daripada rambut boleh menyebabkan kekusaman, rambut mengeras dan kerosakkan. 

    Minuman kegemaran ramai ini secara semula jadi adalah berasid. Menyapu bahan ini kepada rambut merupakan cara terbaik untuk mengimbangi tahap pH rambut dan kulit kepala. Anda boleh mencuba dengan menggosok serbuk atau air kopi kepada kulit kepala. Ia juga dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati daripada kulit kepala. 

    Kesimpulan 

    Selain dijadikan minuman, banyak cara lain yang boleh dilakukan dengan bahan ajaib ini. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, hasil yang diperolehi mungkin berbeza bagi setiap individu. 

    Jika anda tidak yakin untuk menggunakan bahan ini kepada kulit anda, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pakar dermatologi terlebih dahulu. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan