backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/11/2022

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Aktiviti dan kesan melancap boleh menyebabkan rambut gugur, kenyataan ini kedengaran kelakar sekali kan! Tetapi adakah kemungkinan ia adalah benar?

    Melancap atau onani, sebenarnya mempunyai banyak sekali urban legends yang berlegaran.

    Antara yang popular termasuklah ia berisiko sebabkan kebutaan dan boleh membuatkan bulu tumbuh di tapak tangan!

    Kini, mitos berkenaan rambut gugur dek kerap beronani menjadi bualan, ia mungkin juga berpunca daripada teori kehilangan protein atau perubahan dalam testosteron.

    Untuk merungkai sejauh mana kebenarannya, ikuti artikel ini sampai habis. Jom baca!

    Kesan melancap punca rambut gugur, fakta atau auta?

    Bagi menjawab persoalan tersebut dalam kata mudah, jawapannya adalah tidak!

    Tiada sebarang bukti saintifik yang dapat membuktikan beronani boleh akibatkan keguguran rambut.

    Habis bagaimana mitos ini boleh timbul?

    Ia mungkin dimulakan oleh idea bahawa air mani kaum Adam mengandungi kandungan protein yang tinggi, lantas badan kehilangan sumber tersebut hingga menyebabkan rambut gugur.

    Ya benar, air mani memang mempunyai protein tinggi dengan anggaran 5.04gram per 100ml, tapi setiap ejakulasi mengandungi hanya 3.3 ke 3.7ml cecair tersebut.

    Tambahan kepada mitos ini, melancap meningkatkan testosteron, yang turut menaikkan tahap hormon berkaitan dengan keguguran rambut, DHL (dihydrotestosterone).

    Namun, kajian 2001 melaporkan, peningkatan testosteron ternyata berlaku apabila seseorang lelaki dewasa menahan diri daripada melancap selama 3 minggu!

    Perkara ini jelas menolak mitos yang diperkatakan, bahkan sehingga kini tiada bukti mengatakan kesan melancap meningkatkan tahap DHT.

    Mitos-mitos onani lain

    kesan melancap

    Begitu banyak mitos berlegar-legar apabila bercakap mengenai tajuk melancap, tetapi sains moden tidak membuktikan satu pun antara mitos tersebut ternyata benar.

    Selain daripada keguguran rambut, tiada bukti langsung mengatakan onani mampu:

    • Sebabkan bulu atau rambut tumbuh di telapak tangan
    • Akibatkan kebutaan
    • Menyebabkan kerosakan atau kecacatan kekal pada alat sulit
    • Faktor mati pucuk buat lelaki dan masalah kesuburan bagi kaum Hawa

    Disebabkan ia merupakan antara topik taboo dalam masyarakat, mitos-mitos aktiviti ini masih dipercayai segelintir individu.

    Melancap ada kebaikan ke?

    Ada kajian yang mengatakan melancap boleh memberi manfaat kepada si pelaku. Antara kebaikannya ialah:

    #1 Memahami tubuh dengan lebih baik

    Beronani dikatakan dapat membantu anda menjadi selesa dan memahami badan dengan lebih baik.

    Aktiviti ini juga menolong sesetengah individu menyelami sensasi seksual serta perkara yang memberikan ‘keseronokan’.

    Penyelidikan dijalankan turut melaporkan para wanita yang mula melancap pada awal usia lebih cenderung mempunyai pengalaman seksual yang lebih positif!

    #2 Terapi untuk mudah tidur

    kesan melancap

    Sebenarnya, terdapat banyak lagi terapi yang boleh kita lakukan untuk mudah tidur, tetapi melancap adalah salah satu caranya!

    Menurut kajian yang pernah dijalankan, kira-kira 32% wanita beronani setiap kali mereka berasa sukar untuk tidur.

    Ini kerana mereka percaya kesan melancap sebagai satu bentuk terapi untuk mudah tidur.

    Lebih mengejutkan, ramai orang yang percaya bahawa ia adalah sangat berkesan.

    #3 Kesihatan fizikal

    Orgasme, sama ada dikecapi bersama pasangan atau berseorangan dikatakan dapat menyokong dan menguatkan pengaliran darah, saraf, serta sistem otot alat kelamin kedua-dua jantina.

    Bagi kaum Adam, orgasme dikatakan membantu mengekalkan sperma dan air mani pada tahap optimum.

    #4 Membantu masalah seks pramenopaus

    Menurut seorang pakar ginekologi, melancap boleh membantu seseorang wanita menyesuaikan diri ketika berada dalam fasa pramenopaus.

    Persoalannya, bagaimana?

    Sebagaimana yang kita tahu, tubuh badan wanita normal akan menjalani banyak perubahan.

    Antaranya adalah faraj akan menjadi kering dan sempit sekali gus menyebabkan proses penetrasi zakar sukar dilakukan.

    Oleh itu, kesan melancap setiap kali sebelum melakukan hubungan seks mungkin boleh membantu mengelakkan masalah ini selain meningkatkan lagi libido seorang wanita itu.

    Namun, jika perbuatan itu hanya akan mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada anda, segera hentikannya.

    Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu okay!

    #5 Tingkatkan kehidupan seks wanita

    Menurut seorang pakar lagi, kesan melancap boleh menjadikan seseorang wanita itu berasa yakin dan selesa dalam perihal kehidupan seks.

    Ini kerana ia memberi peluang kepada kalian untuk belajar mengenali tubuh badan sendiri.

    Ini adalah penting sebagai satu eksperimen terhadap diri untuk mengetahui dan memahami tentang kemahuan seksual anda.

    Dalam pada itu, ia juga boleh jadi satu teknik memuaskan nafsu sendiri sekiranya gagal mencapainya bersama pasangan tercinta.

    Ia dapat memberi mereka pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengetahui apa yang mereka suka atau tidak semasa melakukan seks.

    #6 Dapat membantu kehidupan seks kelak

    Kesan melancap dikatakan adalah sangat penting kepada para remaja agar mereka dapat meniti kehidupan seks yang indah apabila mendirikan rumah tangga kelak.

    Ia membantu orang muda untuk memahami aktiviti seksual yang digemari dan sebaliknya.

    Pun begitu, individu yang beragama Islam adalah ditegah daripada melakukannya sama sekali!

    Kesimpulannya, kesan melancap bukan punca rambut gugur. Namun, aktiviti melancap juga tidak dinafikan ada kebaikan dan keburukannya. Pendek kata, tepuk dada, tanya selera.

    #modernmustache #modernbeard

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan