Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mungkin ramai yang sudah atau belum tahu mengenai penyakit hepatitis B ini namun ketahuilah bahawa ia memang berbahaya!

Selain menjadi pencetus demam kuning atau jaundis, ia juga dikatakan boleh jadi punca lelaki tidak subur. Benarkah penyataan ini?

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu hepatitis B?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan penyakit yang sangat berbahaya ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, hepatitis B adalah sejenis penyakit hati yang boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 2 bilion individu yang menghidap hepatitis jenis ini di seantero dunia.

Secara spesifiknya, 250 juta individu dijangkiti HBV dengan teruk di benua Asia – Pasifik.

Ia disebabkan oleh virus bernama hepatitis B (HBV) dan akan menjejaskan organ hati manusia.

hepatitis b

Hepatitis B mempunyai 2 kategori iaitu:

  • Jangkitan virus hepatitis B akut – merupakan penyakit jangka masa pendek yang berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama selepas seseorang terdedah kepada HBV
  • Jangkitan virus hepatitis B kronik – merupakan penyakit jangka masa panjang yang berlaku apabila HBV ini kekal di dalam tubuh seseorang individu

Kebiasaannya, jenis akut akan dihidapi oleh orang dewasa manakala jenis kronik pula akan dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak.

Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan antara simptom-simptomnya:

  • Jaundis
  • Ruam
  • Loya
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Najis berwarna pucat atau tanah liat
  • Air kencing berwarna gelap
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Gatal-gatal
  • Demam gred rendah
  • Sakit pada bahagian perut
  • Parut pada hati
  • Cecair pada abdomen
  • Saluran darah seperti labah-labah (angiomas labah-labah) yang terbentuk pada kulit

Dalam pada itu, mungkin juga terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas dan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor ya?

Apa punca hepatitis B?

hepatitis toksik

Seperti mana yang kami nyatakan di atas, punca penyakit ini adalah virus hepatitis B atau HBV.

Virus ini tersebar dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan seksual di antara orang yang dijangkiti dan menggunakan jarum tanpa steril.

Darah yang berjangkit dan cecair badan lain (air mani, cecair faraj, susu ibu, air mata, air liur dan cecair pada luka terbuka) boleh menyebarkan virus.

Apa yang lebih membimbangkan adalah HBV juga boleh disebarkan oleh ibu yang dijangkiti kepada bayi!

Dalam pada itu, risiko jangkitan hepatitis B akan meningkat jika anda:
  • Melakukan seks tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti HBV atau bersama ramai pasangan
  • Melakukan pekerjaan yang mendedahkan anda kepada darah manusia
  • Mengembara ke kawasan yang mempunyai kadar jangkitan HBV yang tinggi seperti Afrika, Asia Tengah, Asia Tenggara dan Eropah Timur
  • Berkongsi jarum ketika penggunaan ubat intravena (IV)
  • Lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki lain (homoseksual)
  • Tinggal bersama individu yang mempunyai jangkitan HBV
  • Adalah bayi yang lahir daripada si ibu yang dijangkiti

Jadi sila berwaspada dengan faktor risiko ini jika tidak mahu dijangkiti HBV okay?

Akibat daripada penyakit ini?

penyakit hepatitis c

Akibat daripada jangkitan penyakit ini tentu sekali boleh dikaitkan dengan simptom-simptom yang telah kami senaraikan di atas tadi.

Pun begitu, mungkin juga akan berlaku pelbagai komplikasi lain sekiranya ia tidak dirawat dengan lebih cepat termasuklah:

  • Kegagalan fungsi hati
  • Kanser hati
  • Parut pada hati (cirrhosis)

Ya, kesan daripada HBV ini akan banyak melibatkan organ hati manusia namun ada juga yang kata bahawa ia akan menjejaskan sistem reproduktif terutamanya lelaki!

Boleh buat lelaki tidak subur?

Meskipun penyataan ini merupakan satu hakikat yang sukar difahami dan diterima, ia mungkin ada benarnya bahawa hepatitis B boleh buat lelaki tidak subur. Bagaimana?

Menurut kajian yang dijalankan oleh WHO, HBV dipercayai mampu mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma sebanyak 50%.

Dalangnya adalah disebabkan sejenis protein yang dikenali sebagai Protein ‘S’ yang wujud di dalam HBV.

Disebabkan protein ini, lelaki tidak subur adalah lebih 1.6 kali ganda berbanding lelaki yang tidak menghidapinya.

Oleh itu, sila elakkan penyakit ini dengan cara amalkan seks yang sihat, selamat dan sejahtera di samping mengurangkan faktor-faktor risiko yang kami telah nyatakan di atas tadi.

Fakta Mitos Kesuburan Lelaki

Bagaimana merawat HBV?

Sekiranya sudah dijangkiti dengan virus ini, jangan terlalu risau kerana doktor mungkin akan memberikan vaksin buat mereka yang masih berada pada tahap jangkitan akut.

Jika jangkitan sudah memasuki tahap kronik, anda mungkin memerlukan rawatan untuk mengurangkan risiko penyakit hati dan menghalang anda daripada menularkan jangkitan kepada orang lain.

Rawatan yang dimaksudkan termasuklah:

  • Ubat antivirus – lamivudine (Epivir), adefovir (Hepsera), telbivudine (Tyzeka) dan entecavir (Baraclude)
  • Bahan versi sintetik yang dihasilkan oleh tubuh badan untuk melawan jangkitan iaitu Interferon alfa-2b (Intron A)
  • Prosedur pembedahan pemindahan hati sekiranya organ tersebut telah rosak dengan teruk

Untuk mengelakkan anda menjadi lelaki tidak subur, sila cuba elakkan daripada dijangkiti penyakit ini ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Pernah tak anda terfikir, kenapa lelaki lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan wanita? Jawapannya ada kaitan dengan hormon...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Kesihatan kelenjar prostat adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah berkaitannya. Jadi, jom klik artikel ini untuk tahu 5 cara menjaganya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

Adakah anda gemar menggunakan telefon pintar sebelum tidur? Pada masa kini, penggunaan gajet elektronik sebelum tidur sudah dianggap sebagai satu ritual.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/11/2020 . 3 minit bacaan

Jejaka Berjambang Lebih Subur? Bukan Itu Saja, Ada Kajian Kata Jambang Jadi Perisai Lelaki

Ada dalam kalangan pembaca yang suka lelaki berjambang? Perbuatan simpan jambang boleh dianggap sebagai trend pada masa kini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
jenis hepatitis

Bukan Hanya A & B Sahaja, Tahukah Anda Hepatitis Sebenarnya Ada 5 Jenis?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
apa itu STD

Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan