Anda Pasti Ingin Kurang Minum Minuman Berkarbonat Setelah Tahu Satu Benda Penting Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sekitar era tahun 70-an sehinggalah 90-an, air botol kaca mempunyai trend kegemilangannya yang tersendiri.

Pada era tersebut, air botol kaca diletakkan di atas meja makan warung atau kedai-kedai makan agar mudah dicapai dan diminum oleh pelanggan.

Air botol kaca ini terdiri daripada pelbagai perisa dan jenama seperti Coca-Cola, Sprite, F&N Oren, Pepsi dan Kickapoo, dan ia lebih mudah untuk diminum memandangkan hanya perlu membuka penutup ceper di atasnya sahaja. 

Pada zaman sekarang, pengeluaran air botol kaca hampir telah tiada memandangkan ia telah digantikan dengan penggunaan botol plastik atau tin yang jauh lebih ringan dan tidak mengambil ruang yang banyak untuk disimpan.

Walau bagaimanapun, tabiat meminum air berkarbonat ini masih lagi berterusan tanpa henti meskipun terdapat perubahan dalam cara hidangan atau pembotolan.

Tahukah anda, selain terkenal dengan kandungan gula yang tinggi yang merisikokan peminumnya terhadap penyakit-penyakit kronik, minuman berkarbonat turut memberikan risiko yang jauh lebih bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian?

Jika anda masih tidak percaya berkenaan hal ini, ikuti penjelasan seperti di bawah.

Minuman berkarbonat dan all-cause mortality

Satu kajian terbaharu telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik daripada Agensi Antarabangsa Untuk Penyelidikan Mengenai Kanser (IARC) dan mereka mendapati bahawa, terdapat perkaitan antara pengambilan minuman berkarbonat dengan all-cause mortality.

All-cause mortality adalah jumlah kematian tahunan dalam kumpulan umur tertentu bagi penduduk dalam kumpulan umur tersebut dengan sebarang sebab kematian.

Menurut hasil kajian, peserta kajian yang meminum dua gelas atau lebih minuman berkarbonat setiap hari mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi all-cause mortality berbanding peserta yang hanya meminum kurang daripada satu gelas minuman berkarbonat dalam setiap bulan.

Tambahan lagi, pengambilan sebanyak 2 gelas atau lebih minuman berkarbonat ini setiap hari menunjukkan perkaitan yang positif dengan kematian yang disebabkan oleh penyakit peredaran darah.

Pengambilan satu gelas atau lebih minuman ini setiap hari pula berpotensi merisikokan seseorang terhadap kematian disebabkan oleh penyakit berkaitan pencernaan.

Untuk pengetahuan anda, kajian ini telah dijalankan oleh IARC yang merupakan salah satu badan organisasi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kajian ini telah melibatkan lebih daripada 450,000 individu di 10 negara Eropah dengan purata tempoh pemantauan selama 16 tahun.

Jika anda masih ragu-ragu berkenaan dapatan kajian ini, anda perlu mengetahui bahawa kajian yang telah dijalankan ini telah melibatkan ramai individu dengan tempoh masa kajian yang agak panjang.

Jadi, bukan mudah untuk kumpulan penyelidik menyatakan kata akhir bagi kajian ini sebagai kesimpulan keseluruhan. 

Sentiasalah beringat-ingat sebelum anda meneguk minuman berkarbonat selepas ini kerana anda pasti tidak ingin merisikokan kesejahteraan kehidupan yang anda miliki sekarang.

Lebih elok jika anda memesan minuman yang kurang manis atau air kosong jika anda menghabiskan masa dengan melepak bersama-sama rakan di kedai makan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya, Baca Ini Sebelum Beli

    Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Anda mungkin pernah mendengar mengenai khasiat kombucha atau teh cendawan Mekah ini. Tetapi adakah anda tahu, teh kombucha juga mempunyai mudaratnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/04/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Keliru Dengan Jenis Karbohidrat? Ini Jawapannya!

    Karbohidrat salah satu daripada nutrien penting dalam diet seimbang buat kita. Nak tahu jenis karbohidrat yang ada? Jom baca artikel dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/11/2019 . 2 minit bacaan

    Peranti Elektronik Menyebabkan Pengambilan Gula Yang Tinggi

    Mereka yang banyak menggunakan peranti elektronik, seringkali terikat dengan pengambilan minuman tersebut. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    minum teh penyakit mata glaukoma

    1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    minuman teh

    Rendah Risiko Tulang Retak Jika Gemar Minum Teh, Ada 7 Kebaikan Lain Juga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    perut masuk angin

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan