Individu Obes Tak Sama Dengan Golongan Lebih Berat Badan! Jangan Silap Nilai Orang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita sering mendengar berkenaan obesiti dan juga berlebihan berat badan. Namun, adakah terdapat perbezaan yang ketara antara maksud obesiti dan juga berat badan yang berlebihan?

Jika ya, apakah perbezaannya?

Ini maksud obesiti dan berlebihan berat badan

Definisi perubatan untuk berat badan berlebihan adalah berdasarkan indeks jisim badan atau ringkasnya BMI.

BMI diukur dalam unit kg / m2, yang bermaksud bahawa ia memerlukan tinggi dan berat seseorang untuk pengiraan.

Berat badan berlebihan ditakrifkan dengan mempunyai BMI antara 25.0 hingga 29.9 kg / m2. BMI normal dikira antara 18.5 dan 24.9.

Mempunyai BMI lebih rendah daripada 18.5 mengelaskan seseorang individu sebagai seorang yang mempunyai kekurangan berat badan.

Definisi perubatan untuk maksud obesiti juga bergantung pada pengiraan BMI. Untuk diklasifikasikan sebagai obes, seseorang itu mestilah mempunyai BMI bermula 30.0 atau lebih tinggi.

BMI 40.0 atau lebih besar sering disebut sebagai ‘obesiti yang lebih parah’, dan boleh dijadikan sebagai titik tolak untuk mengenal pasti pesakit yang mungkin layak menjalani pembedahan bariatrik.

Namun, perlu juga diketahui bahawa sesetengah atlet yang berotot mungkin mempunyai BMI yang tinggi disebabkan oleh berat otot yang lebih besar daripada lemak badan.

Oleh itu, BMI menjadi sebahagian daripada penilaian klinikal yang lebih besar.

Secara umumnya, terma obesiti bermaksud mempunyai lebih banyak jumlah lemak badan berbanding berat badan yang berlebihan. 

Apakah yang menyebabkan obesiti dan juga berat badan berlebihan?

berlebihan berat badan

Penyebab asas bagi maksud obesiti dan berat badan berlebihan adalah disebabkan ketidakseimbangan tenaga antara kalori yang dimakan dan kalori yang digunakan.

Di peringkat global, terdapat beberapa penyebab hal ini terjadi dan ia adalah seperti berikut:

  • Peningkatan pengambilan makanan yang tinggi tenaga serta kandungan lemak dan gula
  • Peningkatan kadar mereka yang tidak aktif secara fizikal disebabkan persekitaran seperti cara bekerja, penggunaan pengangkutan tertentu dan peningkatan urbanisasi
  • Kurangnya bersukan atau bersenam setiap hari
  • Sejarah keluarga yang mempunyai berat berlebihan atau obes. Kanak-kanak yang mana ibu bapanya makan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif cenderung untuk mempelajari tabiat yang sama. Genetik juga berperanan dalam menyebabkan obesiti seseorang individu. Ia akan mempengaruhi berapa banyak jumlah lemak yang kita simpan, dan di mana ia disimpan
  • Mempunyai emosi yang negatif seperti bosan, kesedihan, kemarahan yang boleh mempengaruhi tabiat makan anda

Perubahan dalam pola aktiviti diet dan fizikal seseorang individu tersebut sering terjadi akibat faktor persekitaran di sekeliling manusia.

Apakah wujud kesan kesihatan yang berbeza antara individu obes dengan mereka yang lebih berat badan?

Sebenarnya, tidak terdapat perbezaan bagi kesan negatif yang mungkin berlaku terhadap kesihatan mereka yang obes dan juga individu yang mempunyai berat badan berlebihan.

Kadar BMI yang tinggi bagi kedua-dua obesiti dan berat badan berlebihan akan meningkatkan faktor risiko utama bagi penyakit-penyakit seperti berikut:

Obesiti kanak-kanak dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya obesiti, kematian pramatang dan kecacatan apabila mereka telah dewasa.

Selain itu, kanak-kanak yang obes juga akan mengalami kesukaran untuk bernafas, peningkatan risiko patah tulang, hipertensi, penanda awal penyakit kardiovaskular, kerintangan insulin dan juga kesan terhadap psikologi.

Bolehkah masalah obesiti dan juga berat badan lebih ini dielakkan?

maksud obesiti

Obesiti dan juga berat badan lebih adalah antara perkara yang boleh dielakkan.

Persekitaran dan komuniti yang sentiasa memberikan sokongan adalah asas dalam membentuk pilihan seseorang itu, dengan menjadikan makanan sihat dan aktiviti fizikal yang teratur sebagai pilihan termudah.

Dengan sokongan seperti ini, ia boleh mengelakkan kadar obesiti daripada terus meningkat.

Antara perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang itu untuk mengelakkan obesiti ialah:

Kesimpulan

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikuti saranan yang telah dinyatakan seperti di atas untuk mengelakkan obesiti.

Sentiasalah bersenam setiap hari agar kalori berlebihan dalam tubuh dapat dibakar dengan baik dan seterusnya menurunkan berat badan anda.

Semakin rendah BMI anda, maka semakin kurang risiko anda untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan lain yang disebabkan oleh berat badan berlebihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Individu Obes Berisiko Mati Jika Positif COVID-19, WASPADA!

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah berat badan obesiti berisiko untuk mendapat jangkitan virus korona baharu (COVID-19) teruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Orang Kata Perut Jadi Buncit Kalau Mandi Lepas Makan, Adakah Ia Mengarut Atau Benar?

Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/02/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan diet malam

Orang Nak Kurus Tak Boleh Makan Malam? SALAH! 6 Snek Ini Buat Anda Kenyang & Mudah Tidur

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
pil diet

Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
punca gemuk

AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
susu rendah lemak

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan