Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari. Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating.

Anda mungkin terkejut, adakah binge eating juga diklasifikasikan sebagai satu gangguan makan?

Sebelum kita kenali sama ada ia adalah satu gangguan pemakanan atau tidak, kita perlulah mengetahui dengan lebih baik apakah yang dimaksudkan dengan binge eating

Binge eating: Gangguan makan ikut nafsu!

Binge eating adalah satu keadaan di mana seseorang individu makan dengan banyak mengikut nafsu dalam satu-satu masa.

Mereka mengambil banyak makanan dalam tempoh masa yang pendek walaupun tidak rasa lapar pada ketika itu.

Antara perkara yang mungkin menyebabkan binge eating ini ialah stres dan waktu selepas stres tersebut.

Jika ada yang bertanya adakah binge eating dianggap sebagai satu gangguan, jawapannya adalah YA.

Ia adalah satu gangguan pemakanan yang disahkan oleh pakar perubatan.

Ini simptom jika seseorang itu sedang alami gangguan makan binge eating

gangguan makanan

Seseorang individu tersebut akan disahkan mengalami gangguan pemakanan ini jika mempunyai tanda atau simptom seperti berikut: 

  • Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa 
  • Makan sehingga kenyang yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut
  • Makan dengan banyak walaupun pada waktu diri tidak berasa lapar
  • Makan berseorangan disebabkan rasa malu
  • Berasa bersalah atau meluat dengan bentuk tubuh diri sendiri

Apakah penyebab kepada gangguan makan ini berlaku?

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang menyebabkan gangguan pemakanan ini.

Berikut adalah antara faktor risiko yang mungkin berlaku kepada individu tersebut:

Bagaimana gangguan makan ini didiagnosis?

gangguan makan

Gangguan makan ini biasanya bermula ketika akhir waktu remaja dan awal 20-an. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam semua peringkat umur.

Jika ia tidak dirawat, gangguan ini boleh berlaku dan bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Untuk mengesahkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan pemakanan ini, dia mestilah pernah mengalami sekurang-kurangnya 1 hingga 3 episod binge eating dalam tempoh seminggu.

Bagi keadaan yang lebih melampau, seseorang itu mungkin mengalami lebih daripada 14 kali episod binge eating dalam tempoh seminggu!

Selain itu, antara ciri lain ialah seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah, mengambil julap atau bersenam secara berlebihan untuk tujuan mengelakkan binge eating

Apakah risikonya kepada kesihatan?

Seperti yang anda boleh jangkakan, apabila anda makan secara berlebihan tanpa kawalan dan kerap, akan ada perubahan terhadap tubuh badan anda.

Malah, ia bukan sahaja melibatkan kesan kepada fizikal, tetapi juga kepada emosi dan juga kesihatan sosial seseorang individu tersebut.

Semestinya, risiko untuk mengalami obesiti itu amat tinggi. Hampir separuh daripada penghidap gangguan makan ini mengalami obesiti.

Apabila obesiti mula berlaku, maka risiko untuk mengalami penyakit-penyakit lain turut meningkat. Ini termasuklah penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 bahkan kanser.

Namun menurut kajian, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan binge eating berbanding mereka yang sedia obesiti tetapi tidak mempunyai gangguan tersebut.

Selain daripada penyakit kronik tersebut, ada juga beberapa risiko kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan pemakanan ini seperti masalah tidur, keadaan sakit kronik, asma dan juga sindrom iritasi usus (IBS).

Bagi golongan wanita pula, ia akan memberikan risiko seperti masalah kesuburan, komplikasi ketika hamil dan berlakunya sindrom ovari polikistik (PCOS). 

Ini yang boleh anda lakukan untuk atasi binge eating

gangguan makanan

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk atasi gangguan ini, dan ia bergantung kepada punca dan tahap keterukan gangguan tersebut.

Antara yang boleh dilakukan adalah dengan melibatkan diri dalam terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik, terapi pengurangan berat badan, dan juga ubat-ubatan.

Mungkin anda hanya perlu satu jenis terapi sahaja, tetapi mungkin juga perlu gabungan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.

Untuk kepastian, berjumpalah dengan doktor atau ahli psikiatri bagi memilih kaedah terbaik buat diri anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal (lean), seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 02/07/2020 . 2 minit bacaan

Hati-Hati Bila Ibu Hamil Suka Kunyah Ais, Ini 11 Perkara PENTING Perlu Tahu, #3 Paling BAHAYA

Sejak hamil anda mempunyai tabiat mengunyah ais? Tiada masalah tetapi apa kata kita selidik kesan pagofagia pada wanita mengandung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/05/2020 . 3 minit bacaan

Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2020 . 3 minit bacaan

Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

Pasti anda pernah mendengar mengenai piramid makanan bukan? Adakah ia masih relevan untuk diamalkan atau perlu diganti dengan diet suku-suku separuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kencing manis jenis 2

Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit bulimia nervosa

Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
jenis buah-buahan

Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
penyakit malnutrisi

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan