backup og meta

Teh Hijau Bagus Untuk Turunkan Berat Badan & Mengurangkan Risiko Penyakit Lain

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/09/2020

    Teh Hijau Bagus Untuk Turunkan Berat Badan & Mengurangkan Risiko Penyakit Lain

    Anda pasti pernah minum minuman teh hijau atau pernah makan ais krim berperisa teh hijau. Tetapi adakah anda mengetahui manfaat teh hijau kepada tahap kesihatan? Teh hijau merupakan antara minuman yang sihat. Ia mengandungi antioksidan dan nutrien baik kepada tahap kesihatan badan. Berikut adalah beberapa manfaat teh hijau untuk kesihatan.

  • Mencegah kanser

  • Polifenol yang terkandung dalam teh hijau dikatakan dapat mengurangkan pertumbuhan tumor serta melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet UVB. Beberapa kajian menunjukkan kesan positif teh hijau dalam mencegah dan melawan serta menghalang perkembangan beberapa jenis sel kanser, seperti kanser payudara, ovari, usus, paru-paru, esofagus (tekak), prostat, kulit dan perut.

    1. Memperbaiki fungsi otak

    Teh hijau bukan sahaja membantu menghilangkan rasa mengantuk tetapi dalam masa yang sama ia dipercayai menjadikan anda lebih bijak. Ini kerana bahan aktif utama yang terkandung dalam teh hijau ialah kafein – sejenis bahan yang membantu merangsang kecerdasan otak. Walaupun kandungannya tidak sebanyak di dalam kopi, tetapi ia cukup untuk menghasilkan tindak balas tanpa mewujudkan rasa gelisah yang dikaitkan dengan pengambilan kafein yang berlebihan. Teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine yang dapat melepasi halangan dalam saluran darah di otak.

    1. Menjadi jantung lebih sihat

    Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 2006, menyatakan mengamalkan pengambilan teh hijau membantu mengurangkan kadar kematian yang dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk penyakit kardiovaskular. Kandungan catechin – kompaun polifenol – dikatakan berperanan sebagai agen perlindungan, terutama pada sistem kardiovaskular. Teh hijau kaya kandungan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung dengan memperlambatkan proses pecahan kolesterol LDL atau kolesterol tidak sihat, mencegah gumpalan darah, dan memperbaiki fungsi saluran darah.

  • Membantu mengurangkan berat badan

  • Kandungan phytonutrient dalam teh hijau juga dapat membantu anda menurunkan berat badan dan mengawal kenaikannya. Kandungan kompaun polifenol iaitu catechin dipercayai membantu dalam pengurangan berat badan dan individu yang mengamalkan meminum teh hijau cenderung mengekalkan berat badan yang sihat. Jika anda mencari sesuatu yang dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat, teh hijau adalah jawapannya kerana ia dapat meningkat kadar metabolik badan (bergantung kepada individu).

    1. Membunuh bakteria

    Kandungan catechin turut memberikan manfaat biologi yang lain. Ia dikatakan dapat membunuh bakteria dan menghalang penyebaran virus seperti influenza dengan mengurangkan risiko jangkitan. Catechin juga dipercayai dapat menghalang pertumbuhan Streptococcus mutan – bakteria utama yang berbahaya dalam mulut yang menyebabkan pembentukan plak dan penyumbang utama kepada masalah rongga dan kerosakkan gigi. Teh hijau juga dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah nafas berbau.

    1. Mengurangkan risiko Alzheimer

    Walaupun kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan tentang ini, tetapi teh hijau dipercayai dalam memperbaiki fungsi otak dalam jangka pendek dan dapat melindungi otak pada usia tua. Penyakit Alzheimer adalah penyakit neurodegeneratif yang paling biasa dihadapi yang boleh menyebabkan demensia. Manakala penyakit Parkinson adalah penyakit neurodegeneratif kedua yang paling biasa dihidapi yang melibatkan kematian neuron yang menghasilkan dopamin dalam otak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/09/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan