backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Jika Besar Daripada Saiz Ini, Ia Harus Dibuang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/09/2022

    Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Jika Besar Daripada Saiz Ini, Ia Harus Dibuang!

    Fibroid bahaya atau tidak? Umumnya, masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.

    Walau bagaimanapun, kebiasaannya, ketumbuhan ini tidak berbahaya atau bersifat kanser. Pun begitu, sesetengah kes fibroid yang bersaiz besar mungkin berisiko kepada kesihatan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Fibroid bahaya atau tidak: Fahami jenis-jenisnya

    Fibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan bersifat kanser pada tisu otot rahim. Terdapat 4 jenis fibroid:

    • Fibroid intramural, yang paling sering terjadi dalam kalangan wanita dan tumbuh di dinding rahim
    • Fibroid subserosal, tumbuh di bahagian luar dinding rahim. Apabila bertambah besar, ia boleh menyebabkan tekanan terhadap organ berdekatan atau rasa sakit kerana ukurannya
    • Fibroid submucosal, tumbuh tepat di bawah lapisan rahim dan boleh memasuki rongga rahim, menyebabkan pendarahan berat dan komplikasi lain yang lebih serius. Pun begitu, ia jarang berlaku
    • Fibroid pedunculated, boleh tumbuh sama ada di luar rahim atau di dalam rongga rahim

    fibroid bahaya atau tidak

    Antara 70 sehingga 80% wanita menghidapi ketumbuhan fibroid rahim pada saat mereka mencecah usia 50 tahun.

    Malahan, anda juga mungkin cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fibroid.

    Ia disebabkan oleh hormon estrogen yang cenderung merangsang pertumbuhan fibroid dalam kebanyakan kes.

    Sebenarnya, semasa trimester pertama kehamilan, kira-kira satu pertiga daripada fibroid akan tumbuh membesar, tetapi kemudian ia akan mengecut selepas kelahiran.

    Secara umumnya, fibroid rahim mampu mengecut selepas tamatnya fasa menopaus, tetapi terapi hormon pasca menopaus boleh menyebabkan gejalanya berterusan.

    Fibroid bahaya atau tidak: Bergantung kepada saiznya

    Untuk menjawab pertanyaan sama ada fibroid bahaya atau tidak, ia sebenarnya bergantung kepada saiz.

    Fibroid yang bersaiz besar dan sederhana dapat mempengaruhi organ sekitar dengan menyebabkan kawasan perut tampil lebih besar, kerap membuang air kecil, kesukaran mengosongkan pundi kencing, serta sembelit.

    Ini kerana kedudukan rahim adalah sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, fibroid yang bersaiz sederhana sehingga besar boleh memberi tekanan terhadap organ-organ ini.

    Ia sememangnya tidak berbahaya, bagaimanapun ia boleh menyebabkan gejala yang kurang menyelesakan atau menyakitkan.

    Sekiranya tidak dirawat, simptom-simptom fibroid boleh menjadi lebih agresif!

    fibroid bahaya atau tidak

    Justeru, amat penting untuk merawat fibroid sejak awal agar anda dapat menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.

    Gejala-gejala fibroid seperti pendarahan berat, kencing yang kerap, sakit ketika melakukan hubungan seks, keletihan disebabkan oleh anemia, sakit pelvis, dan lain-lain boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan.

    Penting untuk diingat bahawa masalah fibroid mampu mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal anda.

    Sekiranya fibroid yang besar dibiarkan tidak dirawat, ia boleh tumbuh dengan lebih besar dan berpotensi untuk pecah!

    Fibroid bahaya atau tidak: Ini ukuran saiz fibroid yang perlu dibuang

    Ukuran fibroid adalah berbeza-beza, seperti:

    • Kecil (kurang daripada 1 cm sehingga 5 cm)
    • Sederhana (5 cm sehingga 10 cm)
    • Besar (10 cm atau lebih)

    Para wanita dengan masalah saiz fibroid yang besar mungkin perlu melakukan imaging study untuk menilai ukurannya dan menentukan sama ada perlu melakukan pembuangan (pembedahan).

    Sekiranya fibroid submucosal dijumpai di bahagian dalam rahim dan cukup besar untuk membentuk lapisan rahim, ia harus dikeluarkan untuk mengelakkan masalah pembiakan.

    Selain itu, jika saiz fibroid menjadi lebih besar daripada saiz kehamilan seakan 12 sehingga 14 minggu (kira-kira ukuran limau gedang besar), risiko komplikasi semasa pembedahan, seperti kecederaan pada ureter atau pundi kencing, akan meningkat.

    Jika tidak dirawat, fibroid yang sangat besar mampu merosot atau pecah, walaupun tidak menyebabkan sebarang gejala.

    Fibroid besar yang berkembang pesat mungkin merupakan tanda fibroid bersifat kanser yang jarang berlaku, disebut leiomyosarcoma.

    Jenis tumor ini tidak dapat dibezakan dengan fibroid tidak bersifat barah (jinak) menggunakan ultrasound, MRI, atau kajian pencitraan lain.

    Walau bagaimanapun, jenis tumor ini hanya berlaku pada kurang daripada 1% fibroid rahim, dan kanser biasanya tidak terjadi daripada fibroid yang jinak.

    Baca juga:

    Pilihan-pilihan rawatan

    Seperti yang anda sedia maklum, fibroid bahaya atau tidak adalah bergantung kepada saiznya.

    Namun anda tidak perlu bimbang kerana terdapat beberapa pilihan rawatan fibroid rahim yang boleh dilakukan:

    • Embolisasi fibroid rahim (UFE)

    Menggunakan zarah-zarah kecil berukuran kristal gula yang disuntik ke dalam saluran darah yang menuju ke rahim.

    Zarah-zarah tersebut akan menyekat aliran darah ke fibroid, menyebabkannya mengecut dan mati.

    Selain itu, prosedur invasif minimum ini dapat dilakukan oleh ahli radiologi intervensi.

    Ia tidak memerlukan sebarang pembedahan terbuka dan menawarkan kelegaan simptom dengan risiko yang lebih sedikit, kurang kesakitan, dan pemulihan yang lebih cepat berbanding prosedur pembedahan.

    fibroid bahaya atau tidak

    • Magnetic resonance imaging (MRI)

    MRI berfungsi dengan menggunakan gelombang ultrabunyi untuk memusnahkan ketumbuhan fibroid.

    Gelombang diarahkan pada fibroid melalui kulit dengan bantuan pengimejan resonans magnetik.

    Ablasi endometrium mampu merosakkan lapisan rahim. Prosedur ini paling sesuai untuk fibroid bersaiz kecil yang berdiameter kurang daripada 3 sentimeter.

    Histerektomi adalah pembedahan untuk membuang rahim. Oleh itu, pesakit yang menjalaninya sudah tidak boleh hamil.

    • Myomectomy

    Ia merupakan pilihan pembedahan untuk membuang semua jenis fibroid. Terdapat 3 pendekatan untuk melakukan myomectomy iaitu histeroskopi, laparotomi, dan laparoskopi.

    Berundinglah dengan doktor mengenai pelbagai pilihan rawatan fibroid rahim agar anda faham risiko yang berkaitan dengan pembedahan, serta faedah rawatan alternatif yang sedikit invasif seperti embolisasi fibroid rahim.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan