backup og meta

Kaum Hawa Jangan Buat Main Jika Sakit Period! Senggugut Boleh Jejaskan Sistem Peranakan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/09/2022

    Kaum Hawa Jangan Buat Main Jika Sakit Period! Senggugut Boleh Jejaskan Sistem Peranakan

    Setiap bulan, sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita untuk datang haid. Sesetengah perempuan mungkin menggangapnya sebagai waktu rehat, namun bagi segelintir yang mempunyai masalah senggugut, ia momen yang menyiksakan.

    Masalah senggugut yang menyakitkan akan mengganggu rutin harian seseorang wanita. Mereka mungkin tidak mempunyai pilihan selain daripada ponteng sekolah bagi para pelajar dan mengambil cuti bagi wanita berkarier.

    Pada masa kini, senggugut bukanlah perkara yang asing dalam kalangan wanita. Budak-budak perempuan yang baru akil baligh juga boleh mengalami senggugut.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Apa punca terjadinya masalah senggugut?

    masalah senggugut

    Senggugut atau nama saintifiknya dysmenorrhoea ialah kesakitan yang dialami pada bahagian pelvis ataupun bawah perut ketika datang haid. Ia boleh terbahagi kepada 2 iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.

    • Masalah Senggugut primer

    Sering berlaku dalam kebanyakan remaja perempuan yang tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim.

    Kebiasaannya terjadi antara 6 hingga 12 bulan selepas akil baligh setelah kitaran ovulasi bermula.

    Senggugut primer kebiasaannya sakit dalam tempoh masa sehari atau dua hari.

    Boleh diatasi dengan memakan ubat penahan sakit seperti Ponstan.

    • Masalah Senggugut sekunder

    Sakit senggugut sekunder ini berlaku sepanjang anda period. Ia turut disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim.

    Senggugut ini sering berlaku dalam kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Punca-puncanya:

    1. Endometriosis: Penyakit ini dihidapi oleh 5 hingga 15% wanita yang didatangi haid.
    2. Jangkitan pada rahim atau penyakit radang pelvis.
    3. Cyst ovari atau tumor
    4. Kongenital: Rahim bicornuate atau rahim subsepta.
    5. Fibroid: Bengkakan pada rahim dan kesakitan berlaku semasa period yang banyak.
    6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD): Alat ini boleh menjadikan senggugut lebih teruk pada sesetengah wanita yang menggunakannya.

    Betulkah masalah senggugut punca sukar hamil?

    masalah senggugut

    Jika anda atau anak gadis anda mengalami senggugut teruk yang berpanjangan, pemeriksaan teliti oleh doktor harus segera dilakukan.

    Ini bertujuan bagi memastikan anda tidak mengalami masalah yang lebih serius iaitu penyakit endometriosis.

    Kajian melaporkan hampir 1 daripada 7 wanita yang berumur antara 30 dan 45 menghidapinya.

    Endometriosis adalah penyakit yang berpunca daripada sebahagian lapisan tisu dalam rahim, tumbuh dan berada di bahagian lain dalam badan.

    Apa itu endometriosis? Ia boleh dijumpai seperti di bahagian pelvis iaitu usus, pundi serta organ reproduktif.

    Selain itu, ia kerap dijumpai di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.

    Sekiranya ia dibiarkan, endometriosis mampu menjadi penyebab susah hamil dan boleh mewujudkan kesakitan ketika mengadakan hubungan seks.

    Kajian yang dilakukan mengatakan punca sebenar endometriosis masih tidak jelas.

    Teori yang sering disimpulkan merujuk kepada retrograde menstruation atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio.

    Tanda-tanda endometriosis yang perlu anda ketahui:

    Endometriosis selalunya dikesan setelah doktor meneliti sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan lanjut pada pelvis.

    Selain itu, pembedahan laparoskopi yang menggunakan satu peralatan khas untuk mengesan tisu dalam pelvis juga boleh menjadi diagnosis yang tepat.

    Rawatan-rawatan endometriosis

    Rawatan yang diberikan kepada pesakit endometriosis bertujuan bagi mengurangkan tahap estrogen dan progesteron wanita yang berfungsi dalam merangsang ketumbuhan endometriosis.

    Antara jenis-jenis rawatan endometriosis:

    • Ubat hormon progesteron dengan dos tinggi, pil kontraseptif oral dan hormon tiruan lelaki (danazol)
    • Analog GnRH iaitu hormon pembebasan Gonadotropin: Suntikan yang diambil setiap bulan atau setiap 3 bulan untuk kawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan menopause-induced
    • Pembedahan: Laparoskopi atau pembedahan biasa
    • Ablasi: Pembuangan rahim dan kadangkala ovari bagi mengurangkan kesakitan teruk setelah kaedah rawatan lain gagal

    Segala jenis rawatan ini diberikan berdasarkan tahap penyakit, keperluan dan kepentingan seseorang individu tersebut. Selalunya penyakit ini akan dapat dirawat dengan baik pada peringkat awal.

    Dinasihatkan agar ibu bapa perlu lebih peka dan segera mengambil tindakan bertemu dengan doktor sekiranya sering melihat anak gadis kesakitan saat ‘datang bulan’.

    Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu dengan menganggap mereka hanya mengada-ngada. Siapa tahu, kesakitan mereka ini adalah disebabkan penyakit endometriosis.

    Sudah terang lagi bersuluh, sekiranya ia dibiarkan melarat, endometriosis boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil pada masa hadapan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan