- Tinggal atau melancong ke negara di mana pernah terjadi serangan penyakit tersebut. Berada di kawasan tropikal dan subtropical meningkatkan risiko anda terdedah kepada virus yang mengakibatkan penyakit virus Zika. Terutamanya kawasan berisiko tinggi termasuklah beberapa pulau-pulau di bahagian pasifik, sejumlah negara di Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Amerika Utara, dan pulau-pulau berdekatan Afrika Barat.
- Melakukan seks tidak selamat.

Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Virus Zika didiagnosis?
Langkah pertama bagi diagnosis virus Zika adalah dengan membekalkan doktor keadaan kesihatan semasa serta sejarah lawatan anda ke luar, termasuklah beberapa informasi personal, seperti informasi mengenai pasangan seksual anda.
Ujian darah digunakan bagi diagnosis virus Zika.
Selepas mendapat hasil positif, tidak konklusif atau negatif dari ujian, pengamal kesihatan boleh:
- Mengesan mikrosefali dan ketidaknormalan otak bayi kandungan menggunakan ultrasound.
- Mengambil sampel air ketuban dan pengesanan tapisan pada rahim menggunakan jarum berlubang.
Bagaimana pesakit Virus Zika dirawat?
Tidak ada rawatan bagi penyakit; bagaimanapun mengambil ubatan yang mudah didapati di kaunter bagi sakit-sakit dan kesakitan boleh membantu melegakan simptom.
Penyakit secara umumnya akan sembuh dalam seminggu.
- Dapatkan rehat secukupnya
- Kekalkan berhidrasi
- Mengambil ubatan seperti acetaminophen (Tylenol®) atau paracetamol bagi mengurangkan demam dan kesakitan.
- Jangan mengambil aspirin dan lain-lain “ubatan bukan steroid anti-keradangan (NSAIDS)” sehingga denggi dapat dikeluarkan dari diagnosis bagi mengurangkan risiko pendarahan.
- Bincangkan dengan doktor anda atau pengamal perubatan sebelum menggunakan ubatan tambahan.
Zika virus ridak dapat dihalang melalui vaksin.
Sekiranya anda dijangkiti virus zika, berusaha untuk elakkan gigitan nyamuk pada minggu pertama diserang penyakit bagi meminimakan peluang penyebaran penyakit kepada orang lain.
Minggu pertama infeksi adalah tempoh kritikal di mana virus Zika masih aktif dalam salur darah dan boleh disebarkan secara mudah melalui nyamuk.

Hanya satu gigitan nyamuk boleh menjangkiti ramai orang lain yang normal.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Virus Zika?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi virus Zika:
- Tinggal di rumah yang dilindungi sempurna dan menggunakan penghawa dingin bagi mengurangkan faktor risiko kerana nyamuk pembawa Zika adalah aktif sepanjang hari.
- Menggunakan pakaian yang boleh menjaga anda dari gigitan nyamuk seperti baju berlengan panjang, seluar panjang, stoking, dan kasut.
- Menggunakan penghalau nyamuk dan alatan tidur yang disapu dengan permethrin.
- Mengurangkan kawasan pembiakan nyamuk akan membantu mengurangkan populasi nyamuk.
- Mengumpul apa-apa barang yang boleh mengumpul air sekeliling rumah seperti bekas haiwan, pasu bunga, tayar kenderaan dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen