Nutrisi itu diperlukan sel darah merah untuk membuat hemoglobin, protein yang membawa oksigen utama dalam sel darah merah.
Punca lain termasuk:
- Mempunyai diabetes
- Mempunyai kegagalan buah pinggang sederhana atau teruk (CKD tahap 3 atau 4)
- Mempunyai kegagalan buah pinggang (tahap 5)
- Perempuan
Simpton anemia dalam penyakit buah pinggang
Tanda-tanda dan simptom anemia pada seseorang dengan CKD mungkin termasuk:
- Kelemahan
- Keletihan atau berasa letih
- Sakit kepada
- Masalah dengan tumpuan
- Kepucatan
- Kepeningan
- Kesukaran bernafas atau sesak nafas
- Sakit dada
Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami anemia mempunyai simpton. Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda harus menjalani ujian darah untuk mengukur tahap hemoglobin sekurang-kurangnya sekali setahu untuk memeriksa anemia. Jika hemoglobin rendah, anda mungkin mengalami anemia.
Selain itu, mungkin juga berlaku komplikasi masalah jantung seperti:
- Degupan jantung yang tiak teratur atau degupan yang luar biasa terutama apabila bersenam.
- Pembesaran otot yang membahayakan jantung.
- Kegagalan jantung iaitu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh.
Dalam hal ini, doktor anda akan memeriksa untuk mencari penyebab tepat bagi anemia dan mencadangkan rawatan yang tepat untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen