backup og meta

Zincofer

Kegunaan

Apakah kegunaan Zincofer®?

Zincofer biasanya digunakan ketika hamil, anemia, diet yang buruk, komplikasi kehamilan, kekurangan folat, kekurangan vitamin dan lain-lain keadaan.

Bagaimanakah saya harus mengambil Zincofer®?

Ambil secara oral dan seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau ikut arahan  pada label produk.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zincofer®?

Zincofer paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Zincofer ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zincofer®?

Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada  doktor anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zincofer atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Zincofer.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Zincofer®?

Kesan sampingan boleh berlaku apabila menggunakan Zincofer, seperti:

  • Loya
  • Najis berwarna gelap atau hijau
  • Cirit-birit
  • Rasa pahit di dalam mulut
  • Perut tidak selesa
  • Sembelit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zincofer®?

Zincofer mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Acetaminophen
  • Albuterol
  • Aminophylline
  • Amiodarone
  • Arsenic trioxide
  • Asid scorbic
  • Bleomycin
  • Chloramphenicol
  • Chlorothiazide
  • Cholecalciferol
  • Cholestyramine
  • Desogestrel
  • Erythromycin

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zincofer®?

Zincofer mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan  Zincofer®?

Zincofer akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini, termasuklah:

Penggunaan / Dos

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan  Zincofer®.

Apakah dos Zincofer® yang sesuai untuk seorang dewasa?

Diet sampingan: dos yang disyorkan ialah 50 hingga 200 mg / hari.

Pengasidan air kencing: dos yang disyorkan adalah 4 hingga 12 g / hari dalam 3 hingga 4 dos yang dibahagikan.

Scurvy: dos yang disyorkan ialah 100 hingga 250 mg sekali atau dua kali sehari selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Apakah dos Zincofer® yang sesuai untuk kanak-kanak?

Diet sampingan: dos yang dianjurkan adalah 35 hingga 100 mg / hari.

Pengasidan air kencing: dos yang disyorkan ialah 500 mg setiap 6 hingga 8 jam.

Scurvy oral, IM, IV, secara subcutaneous: dos yang disyorkan adalah 100 hingga 300 mg / hari dalam dos dibahagikan untuk sekurang-kurangnya dua minggu.

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk ketersediaan Zincofer?

Zincofer boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Zincofer®.

http://www.tabletwise.com/zincofer-tablet/uses-benefits-working. Accessed February 26, 2017.

Zincofer®.

http://www.mims.com/india/drug/info/zincofer/zincofer%20tab. Accessed February 26, 2017.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan